pejam celik pejam celik rupanya Lily kini kian menghampiri bulan akhir pengajian tahun pertama.
"Dengar berita petang ni ada perlawanan bola sepak. aku nak tengo abang macho beraksi lh" kedengaran suara dari arah belakang Lily. Dalam hati Lily terus menyimpan niat untuk turun serta meyumbangkan suara petang ini menyokong mana-mana kumpulan yang dia berkenan.
petang harinya....
keberadaan lily yang agak lama di padang membuatkan dia merasa bosan. Dalam gerak langkah ingin pulang ke asrama. Tiba-tiba ada suara teriakan kedengaran "Mana laki aku ni? Awas dia kalau tak dapat golkan bola. aku putuskan dia nanti. tengok lah" mendengar suara itu Lily agak tertarik pula hendak mengetahui siapakah pula jejaka yang dimaksudkan perempuan tersebut. Dengan tidak semena-mena Lily memberanikan diri untuk bertanya siapakah lelaki yang cuba dia maksudkan.
" aii yang ni bah. Baju putih tu. kasut highlight dengan stoking panjang hijau tua" Lily terus mencari-cari lelaki yang cuba dimaksudkan. namun apa yang di cari tak kunjung tiba malah berganti pula dengan habuan baru. ' waa. macho gile abang bola kasut oren ni. dah style mengelecek bola tu mencairkan. haiii hati tahan je lah. jangan kau pengsan melebur kat sini suda' bisik hati Lily yang mulai mengangau. sebelum sempat Lily melebur di tempat itu, dia sudah menanam niat untuk beredar dari sana. tetapi, sempat pula bertanyakan kepada wanita tadi tentang match sebentar tadi. "oh, laki aku tu daru kursua kimpalan lawannya ni dari kos binaan bangunan tahun satu kot. batch kita rasanya" selesai sahaja apa yang Lily inginkan dia terus menghayun laju langkahnya beredar dari sana.
keesokkan harinya, Lily mencari mana-mana wanita yang mengambil kos binaan bangunan. Dalam perjalanan menuju ke kelas kuliah, seorang lelaki telah menegurnya katanya "hai. junior kn? ada kakak ko di sini sebab saya nmpk muka ko ni ada iras-iras chealse. kakak ko kh?"
Lily membalas pertanyaan tersebut dengan hanya tersenyum. "alahaiii dalamnya piuk (lesung pipi) kirim salam ar"
Share this novel