keesokan hari...
"Perhatian kepada semua pelajar baru. sila berkumpul di dewan sekarang juga" menandakan orientasi akan dijalankan sebentar lagi.
suasana dalam dewan agak riuh kerana kehadirian MPP belum ada di kawasan dewan. Namun bagi Lily ini adalah sesuatu yang membosankan kerana kedatangnya di kolej hanya sendirian tanpa berteman. Dalam masa Lily mengelamun, tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang memandang tajam ke arahnya. Dengan tak semena-mena dia cuba menyembunyikan wajah kekok itu dengan berpura-pura menyibukkan diri.
Tidak lama kemudian seorang wakil MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar datang dan memberikan beberapa taklimat dan aktiviti kepada semua ahli pelajar kemasukan baru. Lily memgikuti semua sesi tersebut tanpa bersembang atau melayan mana-mana karenah orang sekelilingnya.
Di asrama...
"Hoi junior! bawa-bawa lah tegur senior kau ni ar. sudahlah junior berlagak lagi tu. ko pikir ko siapa oh" tengking seorang senior dengan loghat sabahannya. Lily kemudian meminta maaf dan memohon diri untuk ke katilnya.
"hai, saya Yen. ko ni pelajar baru juga ka?" ramah seorang perempuan yang mengelarkan dirinya sebagai Yen. Lily hanya mengganguk sambil memperkenalkan dirinya.
Share this novel