KDS 3 - TERJATUH

Romance Completed 249703

ADAM IAN duduk di ruang tamu sambil menonton rancangan Majalah Tiga di televisyen. Dalam masa yang sama tangannya sedang memegang telefon bimbit, sambil melihat Facnya. Datang Mak Nah membawa secawan air kopi kegemaran Adam Ian.

“Jemput minum Ian,” jemput Mak Nah.

Mak Nah sudah lama bekerja dengan keluarga Dato’ Arif sebelum Adam Ian dilahirkan lagi. Ibu Adam Ian     meninggal dunia semasa melahirkannya. Arwah ibunya itu juga telah mengalami komplikasi semasa bersalin. Dan selepas itu, Mak Nahlah yang mengambil tugas untuk menjaga Adam Ian.

Ayahnya pula Dato’ Arif, sehingga ke hari ni langsung tidak berkahwin lain. Katanya dia tetap cintakan arwah ibunya itu sehingga ke akhir hayatnya.

“Eh, Mak Nah. Macam tahu-tahu je Ian terfikirkan kopi.”

“Kamu ni macam tak tau pulak yang Mak Nah memang selalu bawakan air kopi, kalau kamu duduk sorang-sorang begini.”

Adam Ian tersengih. “Ayah mana Mak Nah? Ian tak nampak dia pun hari ni.”

“Oh, dia pergi ke majlis hari jadi kawan katanya. 

Pak Mail hantar dia ke sana tadi, sebelum kamu balik dari kerja. Mulanya dia kata nak ajak kamu pergi sekali dengan dia tapi dia.Tapi bila tengok jam dah pukul 8.00 malam, terus dia suruh Pak Mail hantarkan.”

Pak Mail pula, merupakan suami kepada Mak Nah. Mereka memang tinggal sekali dengan Dato’ Arif sejak dulu lagi. Cuma jika ada cuti panjang, baru mereka akan pulang ke kampung.

“La kenapa dia tak call je Ian. Kalau tak, Ian balik awal je tadi.”

“Entahlah ayah kamu tu. Okeylah, Mak Nah nak ke dapur ni nak kemas dapur sikit,” balas Mak Nah sambil berlalu pergi.

Pada waktu itu, telefon bimbit Adam Ian berbunyi, tanda WhatsApp masuk. Dia membuka mesejnya. Ternyata mesej yang masuk itu adalah daripada wanita pujaan hatinya. Iaitu Wanna.

Sehingga ke hari ini, Wanna masih tidak mengetahui yang Adam Ian meminatinya dalam diam. Walaupun begitu, Adam Ian langsung tidak berani meluahkan perasaannya kepada wanita itu. Ini kerana, Wanna adalah sahabatnya sejak kecil lagi. Ayahnya pula memang berkawan baik dengan bapa Wanna.

Wanna : You buat apa?

Adam Ian : I tengah termenung teringatkan you sayang.

Wanna : Isy apa you ni? Tiba-tiba panggil I sayang pulak?

Adam Ian ketawa kecil. Jarinya laju membalas mesej wanita itu.

Adam Ian : La…  tak boleh eh I panggil you sayang? You kat mana ni? You dah balik ke dari Perth?

Wanna : I sampai KL petang tadi.

Adam Ian: Oh. So bila nak jumpa I?

Wanna : Ni yang I nak beritahu you ni. Esok malam kita jumpa tempat biasa. I ada something nak beritahu you.

Adam Ian: Something? Macam penting sangat je.

Wanna: Memang penting pun. Okay I nak tidur dulu. Esok kita jumpa. Good night.

Adam Ian : Okay good night sayang.

Adam Ian menunggu balasan daripada Wanna. Tetapi hampa, tiada langsung balasan daripada wanita itu. 

Wanna bekerja sebagai pramugari. Disebabkan itulah, dia jarang bertemu dengan Wanna. Mereka hanya akan bertemu, apabila wanita itu cuti panjang sahaja.

“Tapi kenapa dia nak jumpa aku? Macam something pula,” fikir Adam Ian.

Adakah Wanna ingin meluahkan perasaan kepadanya?

“Aku tak boleh pendam lagi perasaan aku ni. Esok aku kena luahkan perasaan aku dekat dia, sebelum aku melepas. Kalau tak, aku akan menyesal,” getus Adam Ian.

 Sampai bila lagi dia perlu pendamkan perasaannya? 

Esok adalah waktu yang terbaik. Adam Ian tersenyum. “Ya esok adalah harinya!” bisik Adam Ian.

“BANYAK kerja kak?” tanya Damia.

“Biasalah Mia, kerja tak pernah nak habis. Jadi, macam mana hari pertama kerja? Okey tak?” soal Dahlia sambil tangannya ligat menanda buku sekolah pelajarnya.

“Hari pertama okey. Tapi tulah, tak banyak kerja sangat. Mungkin sebab Mia baru mula kerja.”

 Dalam masa yang sama Damia terfikirkan tentang kejadian pagi tadi. Dia betul-betul malu. Bagaimanalah dia boleh terfikir hendak membuatkan kopi untuk bosnya. Damia pada mulanya mahu becerita tentang apa yang terjadi pagi tadi, tetapi bila difikirkan balik, mungkin kakaknya akan memerlinya nanti. Jadi, lebih baik sahaja dia tidak bercerita.

Mata Damia tertumpu ke arah televisyen. Dalam masa yang sama, dia tiba-tiba sahaja ketawa melihat Lee Kwang Soo dibuli oleh Kim Joong Kook. Damia terlalu meminati rancangan Running Man dan begitu juga dengan drama-drama Korea. 

Baru-baru ini, drama yang ratingnya mendadak naik, iaitu Crash Landing On You telah membuatkan dia terbayang-bayang watak di dalam drama tersebut.

Sehinggakan display picture WhatsAppnya juga turut ditukar kepada gambar pelakon lelaki tersebut, iaitu Hyun Bin.

“Tak habis-habis cerita Korea,” ejek Dahlia

“Suka hati Mialah nak tengok cerita Korea. Bukannya Mia taksub sangat pun. Biasala, kalau dah minat kan?” balas Damia sambil matanya masih tertumpu ke arah televisyen.

“Yalah tu. Bos Mia tak macam pelakon Korea ke?” usik Dahlia.

Damia memandang wajah Dahlia. “Ha? Bos Mia lagi handsomelah. Maco, tinggi. Ha lepas tu kan, dia ada mix Jerman campur Melayu tau.”

“Jerman? Wow!” Wajah Dahlia seakan teruja.

“Ya. Arwah ibu bos Mia tu orang Jerman, ayahnya Melayu. Sebab tu Mia cakap dia ada mix. Dahlah kak, Mia nak tengok cerita Running Man ni, jangan kacau.”

“Mesti bos Mia tahu cakap Jerman kan?”

“Entah, tak tahulah. Dah kak, Mia nak tengok TV ni.”

“Eleh, baru cakap pasal bos Mia, terus Mia nak tukar topik. Okeylah, kerja akak pun dah siap ni. Akak nak masuk tidur dulu. Mia jangan tidur lewat sangat. Asyik nak layan Korea je. Esok nak kerja nanti lambat pula bangun.” Dahlia membebel sambil dia menampar punggung adiknya itu. 

Adiknya itu suka sangat memakai baju tidur berseluar pendek paras paha dan berbaju singlet bertali nipis. 

Langsung tiada rasa malu.

“Isy, sakitlah kak!” marah Damia.

“Siapa suruh pakai seluar pendek.”

“Rumah ni bukan ada aircond pun. Panaslah malammalam. Lagipun, mana ada lelaki dalam rumah ni. Mia dengan akak je.”

“Ha, yalah. Dah, jangan tidur lewat sangat,” pesan Dahlia lagi.

“Yalah, kak. Habis Running Man ni, Mia tidurlah,” jawab Damia malas.

Dahlia hanya menggelengkan kepala sambil mengemas buku di atas meja, lalu berlalu masuk ke bilik. Damia pula masih menumpukan pandangannya pada televisyen.

BUNYI jam loceng menunjukkan pukul 6.00 pagi. Damia terjaga daripada tidur sambil mengeliatkan tubuh badannya.

“Emm, dah pukul 6.00 pagi. Nak pakai baju apa pergi kerja ni? Padahal baju banyak kat almari. Hisy, peninglah.” Damia mengomel sendiri.

Damia menuju ke almari untuk mencari baju. Dia akhirnya memilih baju kemeja dan dipadankan dengan tudung bawal yang dibeli online minggu lepas.

Hampir 40 minit membersihkan diri dan solat subuh, dia terus menuju ke bawah untuk membasuh baju pula.

Tiba sahaja di bawah, kelihatan kakaknya Dahlia sedang menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

“Marilah makan,” ajak Dahlia

“Akak tak boleh hantar Mia pergi kerja ke hari ni?”

“Mia kan masuk kerja lambat. Akak kan kena keluar awal. Tapi kalau Mia nak akak hantar boleh je. Tapi, awallah Mia sampai ke pejabat.”

“Em, tak naklah. Awal sangat nanti bosan pulak,” jawab Damia.

“Hmm, mana-manalah Mia,” kata Dahlia.

DAMIA berlari menuju ke perhentian bas, dalam keadaan kelam-kabut. Tak disangka dia boleh terlajak tidur di atas sofa. Sedang dia berlari, tiba-tiba sahaja kakinya terpijak batu, lalu terhentak pada permukaan simen perhentian bas tersebut. Nasib baiklah, dia sempat berpaut pada tiang. Kalau tidak, mungkin wajahnya akan mencium simen.

“Aduh sakitnya! Nilah padahnya, gara-gara tidur lambat lagi,”omel Damia sambil mengerang kesakitan. 

Malam tadi bukan main lagi dia melayan drama Korea, sehingga dia tak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi.

Dalam pukul 9.10 pagi, Damia tiba di pejabat. Dia berjalan terhincut-hincut menuju ke lif. Sakitnya jangan cakap, memang sakit. Semasa dia mahu menuju ke lif, dari jauh kelihatan susuk tubuh bosnya yang sedang menunggunya di dalam perut lif.

“Alamak bos! Dia buat apa pulak dekat dalam lif tu. Pergi jelah naik dulu. Tapi tulah, aku dah lambat pulak ni,” bisik Damia.

Sengaja dia berjalan perlahan. Dan berharap pintu lif tersebut tertutup.

Fuh... fuh... fuh... cepatlah tutup pintu lif tu. Buat apa lagi tengok aku, jerit hati kecil Damia.

“Awak buat apa lagi tu? Cepat!” laung Adam Ian.

“Eee, sibuk pula dia ni,” getus Damia. Nak tak nak Damia terpaksa juga menuju ke arah pintu lif.

“Morning boss,” ucap Damia tanpa memandang wajah bosnya.

Adam Ian dari tadi memang memerhatikan Damia yang jalan terhincut-hincut semasa menuju ke lif.

“Morning. Awak kenapa Damia? Saya tengok awak jalan terhincut-hincut je ni. Kaki awak kenapa tu?” Adam Ian memandang ke arah kaki Damia.

“Sebenarnya tadi saya terjatuh, sebab terpijak batu. Lepas tu kaki saya terhentak dekat simen. Tu yang saya jalan macam ni.”

“Macam manalah awak berjalan sampai jatuh? Awak dah pergi klinik ke?”

“Err, tak bos. Nanti saya sapu minyak okeylah,” jawab Damia

“Tapi awak jangan biar sangat. Nanti dah bengkak, teruk pulak kaki awak tu. MC jelah hari ni.”

“Tak apa bos, nanti saya sapu minyak je. Kalau tak okey jugak, baru saya ke klinik.”

Adam Ian menggelengkan kepalanya. Tidak lama itu, mereka berdua tiba di tingkat lima. 

“Ni, ingat. Sapu minyak tu. Jangan biar bengkak sangat,” pesan Adam Ian.

“Baik bos. Terima kasih sebab ambil berat.”

Adam Ian hanya tersenyum lalu berjalan masuk ke pejabatnya. Manakala Damia berjalan perlahan menuju ke mejanya. Dari jauh kelihatan Erin yang sedang bercekak pinggang merenungnya. Lagaknya seperti dia pula yang bos.

“Ha, kenapa kau datang lambat hari ni? Ewah-ewah baru hari kedua kerja, dah mula buat hal,” tengking Erin sambil berpeluk tubuh.

“Maafkan saya, Cik Erin. Saya tak sengaja nak datang lambat hari ni. Tadi saya terjatuh semasa nak tunggu bas,” jawab Damia.

“Macam-macam alasan kau kan? Kau dengar sini eh! Aku nak ingatkan kau, jangan cuba nak rapat dengan Encik Adam.” Erin memberi amaran kepada Damia.

Damia tersentak apabila Erin memberi amaran sebegitu kepadanya. “Err, kenapa Cik Erin fikir sampai macam tu? Saya datang ke sini hanyalah nak bekerja. Bukan nak mengorat bos ke apa.”

“Tak payahlah kau nak berlakon depan aku ni. Kau tu tak layak untuk Encik Adam. Aku je yang layak untuk dia kau tahu tak? Dia tak pandanglah perempuan macam kau ni! Dia pandang perempuan macam aku ni je!” Erin menjeling Damia. 

“Saya minta maaf, Cik Erin. Tapi saya memang datang sini hanyalah nak bekerja sahaja,” jelas Damia lagi.

“Maaf-maaf tu jelah kerja kau!” Erin menengking.

Muncul Liyana tiba-tiba di situ. “Eh you ni kenapa Erin. Tiba-tiba je nak marah Damia. Tak nampak ke kaki dia tu sakit?” marah Liyana.

Erin menjeling Liyana sambil berlalu pergi. Malas dia mahu melayan mereka berdua.

Damia mengeluh perlahan melihat sikap dingin Erin terhadapnya.  “Mia, mari sini sapu minyak. Nanti lambat pulak baik,” panggil Liyana.

“Sikit je ni Kak Yana. Nanti esok lusa baiklah,” jawab Damia.

Damia mula rasa bersalah. Kalau dia tidak tertidur tadi, dia tidak mungkin lambat sampai ke tempat kerja. Dan dia juga tidak akan tergopoh-gapah hingga dia boleh terpijak batu. Ini semua gara-gara melayan Running Man dan drama Korea malam tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience