Bab 15

Romantic Comedy Completed 57040

Qis berjalan menuju ke keretanya. Namun, rasa tidak sedap hatinya masih menguasai dirinya. Kenapa pulak aku rasa berdebar bagai nak rak ni? Aku rasa...macam aku diekori lah.

Dia memandang ke belakang. Tak ada siapa pun. Tapi...serius aku rasa tak sedap hati gila sekarang ni. Memang aku rasa ada macam yang tengah ekori aku. Aduh! Dahlah malam ni! Mintak-mintaklah tak jadi perkara yang tak diingini.

Qis berlari menuju ke keretanya dengan pantas. Dengan pantas, dia menyelinap masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan terus memandu pulang.

Anis hanya tersenyum sinis. Oh! Dekat sini rupanya kau kerja! Ahahaha! Senang nak cam kau lepas ni! Kereta Suzuki Swift warna putih. Not that hard to find you Qisnurul Humaira.

Dia menelefon Diana. "Hello Diana...aku dah jumpa tempat Qis bekerja. Not that hard to find. Just KFC restaurant." Anis memutuskan talian.

"Heaven not that cruel enough! The game is start. You just wait and see. Your life will suffer! Aku akan pastikan dengan Zafril sekali kena!" Anis tersenyum lalu menuju ke kereta.

Dari jauh, ada mata yang memandang. Siapa tu? Kenapa dia hendap Qis? Kenapa dia ekori Qis? Apa niat dia? Fikir Wani.

"Awak buat apa dekat sini? Terhendap-hendap. Kenapa tak balik lagi?" tanya Encik Kamal.

"Isy! Encik Kamal ni! Buat saya terkejut je. Bukan saya menghendap ke apa, cuma tadi kebetulan ternampak ada orang sedang ekori Qis. So, saya mengendaplah dari jauh. Orang tukan Encik Kamal, pakai jaket. Pakai kaca mata hitam. Tak kenai dia tu lelaki ke tak sebab ada bahagian menutupi kepalanya." cerita Wani.

"Ya? Qis mana? Dah balik??" tanya Encik Kamal. Risau pulak dengan keselamatan Qis.

"Dah...tak apalah Encik Kamal. Saya balik dulu. Bye!" Wani segera menuju ke keretanya. Tak nak lama-lama dengan Encik Kamal. Takut kena tangkap basah pulak! Dahlah hensem!

Dalam perjalanan, Wani menelefon Qis. Dia perlu beritahu Qis perkara yang sebenarnya. Biar Qis tahu agar Qis lebih berhati-hati.

"Assalamualaikum Qis!"

"Qis! Aku ada something nak cakap dengan kau!"

"Isy! Bukan pasal Encik Kamal lah! It's about your safety. Tadi, masa kau balik, ada seseorang ekori kau dari belakang. Aku tak sure dia tu lelaki ke perempuan sebab bahagian kepalanya ditutupi dengan topi jaket."

"Apa pun Qis, aku nak kau hati-hati ok? Aku risaukan kaulah Qis. Aku takut sesuatu jadi dekat kau!"

"Oklah kalau kau kata macam tu. Jaga diri ok? Bye!" Wani mematikan talian. Ya Allah...kau lindungilah Qis dari segala bahaya! Amin...

QIS masuk ke dalam rumah ibu bapa Zafril. Yes! Lagi dua hari tinggal lepas tu dia boleh blah dari rumah ni. Duduk dalam rumah ni, menyesakkan gara-gara Zafril yang menantikan sepakan kuda belang dia ni!

"Hai akak. Baru balik? How's work?" tanya Zakri. Adik Zafril.

"Hai...kerja? Emm....macam biasalah Zakri. Kerja pun dekat kedai francais. KFC namanya kan? Kalau masuk malam ialah yang paling memenatkan. Nasib baik syif akak sampai pukul 10.00 je..."

"Oh ya?? Akak busy, abang pun busy. Tinggallah Zakri dekat rumah besar ni," Zakri buat suara sedih.

"Well, abang Zafril mana?"

"Abang outstation ke Jepun. Ada projek. Dua hari lagi dia akan balik."

"Zakri...apa yang seronoknya duduk dalam rumah besar macam ni? Akak rasa tak best pun. Rumah besar tapi dihuni hanya tujuh orang termasuk sekali dengan pembantu rumah. Dalam rumah ni hanya ada abang Zafril, Zakri, mama, papa, driver dan jugak pembantu rumah. Tak sunyi ke?"

"Sunyi tu memang sunyilah akak. Kadang-kadang, terfikir jugak duduk rumah yang kecil ataupun sederhana lagi ok dari duduk rumah besar sealam ni. Yang berpenghuni hanya beberapa orang saja. Bosanlah akak. Lainlah akak dengan abang..." kata-kata Zakri terhenti di situ.

"Akak dengan abang apa?"

Zakri tersengih penuh makna. "Bagi Zakri anak saudara. Barulah meriah. Tambah lagi kalau dapat kembar. Mesti lagi meriah!"

"Isy budak ni! Sempat lagi erkk?? Apa kata Zakri je yang kahwin. Kan senang?"

"Zakri muda lagi. Baru 20 tahun."

"Kenapa kalau 20 tahun pun? Tak salahkan? Tengok! Zakri mampu handle projek yang besar ketika abang ke overseas. Tak mustahilkan Zakri tak mampu handle keluarga kecil Zakri?"

"Nak tu nak jugak tapi tengok abang dengan kakak, Zakri jadi takut pulak nak kahwin.Hahaha...yalah. Disebabkan perkara yang kecil boleh jadi sebesar macam ni."

"Zakri...tak semestinya oleh abang, takdir Zakri jugak akan jadi macam kami. Zakri kena berfikir positif."

"Entahlah akak. Kalau ikutkan, Zakri nak orang tu macam akak. Seorang yang kuat, tabah dengan tohmahan abang. Yalah, abang Zafril tukan wayar sikit. Sebab tulah kadang-kadang dia mental!" Qis tergelak mendengar kata-kata Zakri. Kata dekat abang sendiri. Tak patut!

"Insya-Allah...nanti Zakri akan bertemu dengan jodoh Zakri."

"Insya-Allah...kalau tak fikirkan yang akak ni isteri abang Zafril, dah lama Zakri ambik akak jadi isteri Zakri!"

"Hesy! Sampai ke situ pulak! Oklah, akak masuk bilik dulu. Zakri tak nak tidur lagi ke??"

"Tak naklah. Nak tengok tv kejap."

"Ok, akak masuk bilik dulu ya?"

"Ok, have a good rest..." Qis hanya memberi senyuman kepada adik iparnya.

Selepas mandi, Qis menghempaskan badannya di atas katil. Sedapnya dapat tidur atas katil! Kalau tak, dia tidur atas sofa je. Well, nasib baik sofa tu empuk jugak. Rambut dibiarkan tidak berikat.

Elok nak terlelap, dia tangkap bunyi telefonnya. Dia memandang skrin telefon. Ada mesej.

Qisnurul Humaira...the time is near to my plan. Get ready to get my revenge back! See you!

Qis mengerutkan dahinya. Apa maksud dia ni? Apa mesej ini dari Anis Rania? Atau Diana Kalisha? Tapi...apa salah aku dekat dia??

Dia teringat perbualan dia dengan Wani di telefon yang memintanya supaya berhati-hati kerana dirinya diekori. Ok...apa orang yang ekorinya itu menghantar mesej ini?

Arghhhh!!! Serabutnya! Apa dia ni nak?!!!! Apa salah aku dekat dia?!!!!! Geram betul aku!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience