Qis melangkah masuk ke dalam KFC. Dia menuju ke bahagian staf. Hmm...pagi-pagi taklah ramai sangat pelanggan. Nasib baik. Qis menjaga bahagian kaunter.
Ada seorang pelanggan menuju ke arah kaunter. Qis bersedia untuk mengambil pesanan.
"Bagi saya lil' zinger combo..." ujar pelanggan tersebut.
"One Lil' Zinger Combo!!!" laung Qis. "Ada apa-apa lagi?"
"That's all."
"Semuanya harga RM 5.95..."
Selepas membayar duit, pelanggan tersebut segera pergi. Kemudian, telefon bimbitnya bergegar tanda ada mesej masuk. Dia membaca mesej tersebut.
Zafril Husni...
Siapa dia ni? Asyik mesej ni je yang dia hantar! Dia nak apa sebenarnya hah???
Kau ni sapa sebenarnya hah?!
Dah bertahun kau kacau hidup aku!
Kau nak apa?!
Namun, tiada sebarang balasan. Penat menunggu, Qis kembali menyimpankembali telefon bimbitnya ke dalam poket.
"Kau kenapa Qis? Muka kau cuka semacam je," tanya Wani. Selepas membaca sesuatu di telefon, muka Qis terus monyok.
"Ada orang wayar putus hantar pesanan nama Zafril Husni dekat aku. Hesy! Rimaslah aku!" gerutu Qis. Menyampah apabila asyik tertera nama Zafril Husni!
"Lagi? Hmm...redha jelah. Mungkin dia sengaja kot uji kesabaran kau. Macam nilah, kau anggap je dia buat lawak dan dia adalah badut. Kan senang?" usul Wani.
"Dahlah...aku malas nak fikir pasal semua ni. Aku tak ambil kisah pun. Cuma, yang aku ambil kisah ialah nama mangkuk retak tu. Zafril Husni...huh! Menyemak je!"
"Dahlah Qis. Perkara yang dah berlaku, biarlah dah berlaku. Kita nak perbetulkan balik semuanya, tak boleh dah. So, let bygone be bygone. Kan senang kalau kau fikir macam tu?" nasihat tulus dari Ustazah Wani.
"Masalahnya apa yang dia dah kata dekat aku tu memang buat aku sakit hati! Ada pulak dia cakap aku ni nak kikis harta dia dan sebab tulah aku buat rancangan tangkap basah dengan dia tu. Tak gila namanya?"
"Dahlah Qis. Kalau kau nak fikir semua tu, kau fikirlah. Tapi, jangan sampai libatkan dengan kerja ok?"
Qis mengeluh. Betul jugak cakap Wani. Kenapa aku nak kena fikir semua tu? Dah lima tahun kot berlalu...Qisnurul Humaira! Wake up! Stop fikirkan pasal dia dan mulakan hari dengan senyuman. Senyuman anda bak berlian! Bak kata Fazura dalam iklan gigi Colgate.
Pasal Zafril Husni? Emm...lupakan jelah. Tak penting pun! Lagipun kan dia cakap, habis je SPM dan dah ambik result, aku dengan haluan aku dan dia dengan haluan dia. Hah! So, tak payahlah nak fikir pasal dia. Bijak!
ADUH! Banyaknya kerja! Aduh, ini yang malas aku nak kerja dekat ofis ni! Yang papa ni pun satu. Kenapa heret aku sekali untuk kerja dalam ofis dia? Aku kan mentah lagi. Baru dua puluh dua tahun kot. Otak aku taklah bijak mana pun!
Tok tok tok!
"Masuk!"
"Encik Zafril, sebentar lagi kita ada mesyuarat dengan Mega Holding. Encik Zafril boleh attend tak meeting ni?" tanya Azura. Secretary Zafril.
"Mega Holding? Emm...pukul berapa?"
"About 2.oo o'clock. "
"Pukul 2.oo? Ok, saya boleh..." jawab Zafril.
"Oklah...kalau macam tu, saya keluar dulu Encik Zafril?" Azura minta diri untuk beredar.
"Azura!"
"Ya?"
"Buatkan nescafe untuk saya ya?"
"Baiklah..."
Selepas Azura menghantarkan nescafe kepadanya, Azura segera beredar. Zafril meneliti fail-fail yang ada di atas mejanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Dia membaca mesej tersebut.
Qisnurul Humaira...
Zafril mengerutkan dahinya. Nama Qis? Siapalah yang hantar ni? Setiap pagi, tengahari dan malam, mesti sender akan hantar benda yang sama? Apa maksud mesej ni?
Zafril mengabaikan mesej tersebut lalu kembali meneliti fail-fail tersebut. Daripada dia layan mesej tersebut, baik dia layan fail-fail ni lagi bagus!
Namun, otak Zafril kembali teringat akan mesej tersebut. Kenapa tiap-tiap hari dia hantar benda yang sama? Tak habis kredit ke? Dan, kenapa sender harus ingatkan dia kembali kepada perempuan itu??
"Qis...perempuan yang inginkan harta aku dan sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan duit aku!" kata Zafril. Lebih kepada menuduh.
Jangan terlalu ikutkan emosi! Nanti padah akibatnya! Sangkal hati.
Memang betul pun! Kalau tak, dia tak akan perangkap aku macam ni! sangkal otak.
"Arghh!!!" Zafril meraupkan mukanya.
SELEPAS mesyuarat, hatinya tergerak untuk makan di KFC. Entah kenapa, dia teringin sangat untuk makan di situ.
Sampai di hadapan KFC, dia segera masuk. Dia menuju ke kaunter. Matanya terpaku apabila melihat insan yang sedang nmenjaga kaunter tersebut. Qis??!
Qis turut terpaku melihat insan yang berdiri di hadapan kaunternya sekarang ini. Zafril??! Aduh! Mimpi apa aku semalam sampai aku boleh terjumpa dengan dia hari ni??!
"Ehem! Encik nak makan di sini atau bawak balik?" tanya Qis bagi menutup amarah yang ada di hati sekarang ini.
"Bawak balik. Saya nak Zinger Burger Combo!" ujar Zafril tegas.
"Wan! Zinger Burger Combo! Take away!" laung Qis. Dia berundur ke belakang untuk mengambil pesanan tersebut.
"Semuanya RM 10.45!" kata Qis sambil meletakkan bungkusan makanan tersebut.
Selepas mengambil duit baki, Zafril segera beredar pergi. Qis hanya mencebik menyampah!
Kalau aku tahu kau datang hari ni! Awal lagi aku suruh Wani ganti aku! bebel Qis dalam hati.
Zafril memandang beg plastik KFC tersebut. Apasal hari ni aku teringin sangat nak makan KFC? Aduh! Kan dah terserempak!
Tanpa menunggu lagi, Zafril segera memandu pulang ke rumah.
Share this novel