Dian duduk di birai katil mengenang nasibnya lepas ni.
" Lepas dari tirai besi, aku fikir aku akan tenang. Rupanya hidup aku makin menderita. Terkurung dalam penjara lelaki ni. " Kata Dian Danila.
Terdengar bunyi derap kaki menghampiri pintu bilik itu, Dian menelan liurnya buang terasa kesat.
Ceklek...
Tombol pintu dipulas dari arah luar dan terlihat wajah seorang perempuan tua yang dikenalinya.
" Mak Ngah Siti? " Tanya Dian Danila pada perempuan itu.
" Dian? Dian Danila? " Tanya Mak Siti.
" Mak Ngah?? " Dian memeluk erat tubuh Kakak kepada Arwah Papanya.
" Mak Ngah buat apa kat sini? " Tanya Dian Danila teresak.
" Mak Ngah kerja kat sini nak. Mak Ngah dan Ilham kerja dekat sini. " Kata Mak Siti.
" Abang Ilham? " Tanya Dian Danila.
" Kamu belum jumpa Abang Ilham? " Tanya Mak Siti.
" Tak Mak Ngah. Dian tak jumpa pun Abang Ilham. " Kata Dian Danila.
" Dia pemandu peribadi Ku Uthman merangkap orang kanan dan orang kepercayaan Ku Uthman.. " Kata Mak Siti.
" Pemandu tadi Abang Ilham? " Tanya Dian Danila mencuba memikirkan lelaki yang memandangnya melalui cermin pandang belakang.
" Macam mana Dian boleh kenal dengan Ku Uthman? " Tanya Mak Siti.
" Dia tak pernah kenal dia Mak Ngah. Tapi sebabkan hutang Mak tiri Dian, Dian jadi pengganti pembayaran yang tak mampu dilunaskan oleh mereka. " Kata Dian Danila.
" Dian lebih rela duduk dalam penjara Mak Ngah dari duduk dalam neraka dunia ni. " Kata Dian Danila lagi.
" Dian, Ku Uthman seorang yang ceria. Sentiasa senyum dengan pekerja Arwah Papa dia dalam rumah ni. " Kata Mak Siti.
" Ceria? Mak Ngah silap ke apa? Perangai macam iblis tu Mak Ngah cakap seorang ceria. " Kata Dian Danila.
" Dia jadi macam tu lepas tunang dia Nelysa meninggal akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas. " Kata Mak Siti.
" Tu semua takdir. Dia meninggal apa kena mengena dengan orang sekeliling dia. " Kata Dian Danila.
" Kamu masih tak tahu? " Tanya Mak Siti.
" Tahu apa? " Tanya Dian Danila.
" Dalam kemalangan tu, ia melibatkan beberapa buah kereta. Dan salah sebuah kereta tu adalah milik Dani abang kamu.
" Abang Dani? " Tanya Dian Danila.
" Ye Abang kamu Dani Daniel dan Pak Ngah kamu. " Kata Mak Siti.
" Jadi Pak Ngah? Abang Dani macam mana? " Tanya Dian Danila.
" Abang kamu selamat. Tapi Pak Ngah kamu meninggal kerana kecederaan teruk di kepala. " Kata Mak Siti.
" Innalillahi wainnailaihi rojiun. " Ucap Dian Danila.
" Tapi Ku Uthman menyalahkan Abang kamu punca kemalangan tu berlaku walaupun bukti menunjukkan Nelysa yang menyebabkan semuanya. " Kata Mak Siti.
" Tapi Mak Ngah... " Baru Dian nak bertanya lanjut, terdengar derapan kasut menuju ke arah bilik itu.
" Mak Ngah. Panggil Dian Danila sambil menggenggam jemari Mak Siti erat.
Mak Siti hanya mampu mengusap belakang tangan anak saudaranya agar bertenang.
Ceklek...
tombol pintu di pulas lagi dari luar. Kini wajah Darius muncul dibalik daun pintu.
" Mak Siti, Tuan minta Mak Siti bawa gadis ni turun kebawah untuk makan malam. " Kata Darius.
" Mereka dah balik? " Tanya Mak Siti.
" Dah. " Balas Darius.
" Ni pakaian ganti untuk Cik Danila. Harap muat lah. " Kata Darius.
" Pakaian? " Tanya Dian Danila.
" Cik Danila tengok sendiri nanti. " Kata Darius lalu meletakkan bakul kertas itu diatas katil dan pergi ke luar dari bilik itu.
" Mak Ngah pergilah. " Kata Dian Danila.
" Dian tak turun? Jomlah turun. Nanti mengamuk lagi Ku Uthman tu. Susah Dian. " Kata Mak Siti.
" Tak Mak Ngah. Nak tengok muka dia pun Dian dah muak. Tambah lagi kalau Dian lihat wajah Abang Ilham. " Kata Dian Danila.
" Herm takpelah. Kalau Dian lapar, Dian turun ye. bilik Mak Ngah kat dapur. " Kata Mak Siti.
" Baik Mak Ngah. " Balas Dian Danila melepaskan Mak Siti keluar dari biliknya.
Langsir Balkoni masih terbuka. Dian melihat pekat malam itu. Sebak mulai menerpa ke jiwanya.
Teringat akan kata-kata Daddynya dulu.
" Cuba Dian bayangkan andai Daddy dah takde disisi Dian, temani Dian disaat Abang Dani tak pedulikan Dian. " Kata Dato Darwin .
" Kenapa Daddy cakap macam tu? Daddy nak tinggalkan Dian ke? Daddy dah tak sayangkan Dian? " Tanya Dian Danila.
" Bila-bila Allah boleh cabut nyawa Daddy sayang. " Kata Dato Darwin.
" Sayang Daddy ni kena ingat ye, pesan Daddy, Dian jangan menangis, jangan sedih. Jika kamu sedih, Daddy juga akan merasa sedih disana. Daddy nak kamu senyum dan bersemangat. Daddy kat sana pasti akan turut sama tersenyum dan bahagia. " Kata Dato Darwin.
" Kamu adalah satu-satunya anak perempuan Daddy yang kuat dan hebat. Daddy akan selalu ada buat kamu sayang walaupun saat tu Daddy dah takde disisi kamu. " Pesan Dato Darwin lagi.
" Kamu akan selalu ada dihati Daddy satu tempat dengan Arwah Mama. Kalau ada apa-apa masalah, ceritalah pada Allah, nanti Allah yang sampaikan pada Daddy. Semangat ya anak perempuan Daddy. " Kata Dato Darwin.
Bergenang airmata di kelopak matanya apabila di terkenangkan pesan Arwah Daddynya.
" Daddy, Dian akan kuat. Dian akan dengar cakap Daddy. Tapi andai Dian dah penat, izinkan Dian bertemu Daddy Dan Mama kat sana. " Kata Dian Danila.
Perlahan-lahan airmata jatuh ke pipinya disaat angin malam menghembus ke wajahnya.
Dian melangkah menuju keluar Balkoni. Kawasan rumah yang sangat luas terbentang depan mata. Walaupun pandangan gelap diwaktu malam, namun kawasan rumah itu dipenuhi oleh lampu dikiri dan kanan tanah.
" Ya Allah, sekarang aku sedang bertarung di Man jadda wajada Mu. Dan aku mohon akan Kun fayakun dari Mu menemani setiap langkahku.
Brraaakkk!!!
Pintu bilik terbuka luas dek tolakan kasar dari arah luar. Wajah bengis Uthman memandang lekat kearahnya. yang terlihat sedikit ketakutan pada dirinya.
" Kau ingat kau tuan puteri ke hah??? Nak makan dijemput? " Tanya Ku Uthman bengang.
Langkah diatur kearah Dian Danila dan dengan kasar lengan Dian ditarik kuat.
" Aku tak nak makan lah... " Jawab Dian Danila.
" Apa? " Tanya Ku Uthman berhenti menarik tangan Dian Danila.
" Aku taknak makan. " Kata Dian Danila.
" Apa masalah kau ni hah? Aku suruh kau makan je. Tu pun kau susah nak ikut ke? " Tanya Ku Uthman.
Tanpa mampu dikawal amarahnya, tangannya terus melekat di leher Dian. Leher gadis itu ditekan kuat hingga menyebabkan Dian tak mampu bernafas.
" Kau memang suka lawan cakap orang. " Kata Ku Uthman.
" Kalau dengan aku, kau kena buku dengan ruas. " Kata Ku Uthman La'iq.
Dian tak melawan. Walaupun nafasnya makin pendek. Dia telah mati dari kena hidup dalam neraka dunia.
Ilham yang kebetulan ingin memanggil keduanya melihat perlakuan Uthman kepada Dian.
" Uthman!!!! ” Herdik nya dari luar bilik. Cepat-cepat dia melangkah dan meleraikan cekikkan Uthman di leher Dian.
" Kau dah gila ke Uth? Kau nak bunuh dia? " Tanya Ilham apabila Uthman melepaskan leher gadis itu.
Dian terbatuk-batuk akibat serangan dari lelaki itu. Silapnya namun dia memang tak makan sebelah malam walaupun saat dirinya berada di dalam penjara.
" Kau dah kenapa hah? " Tanya Ilham lagi duduk mencangkung disisi Dian.
" Dian Okey? " Tanya Ilham membantu sepupunya.
" Kenapa Abang Ham datang? Sepatutnya Abang Ham biarkan dia bunuh Dian. Sebab Dian nak mati dari hidup dalam dosa. " Kata Dian Danila.
" Kau berambus dari bilik ni Ilham! " Tengking Ku Uthman bengang.
" Bawak mengucap Uth. Apa salah Dian dekat kau? Yang berhutang Mak tiri dia bukan dia. " Kata Ilham.
Share this novel