Duduk didalam tirai besi selama hampir 5 tahun akibat salah orang lain, pertama kali dia menerima tetamu yang ingin menemui dirinya.
"Dian Danila?" Panggil penjaga penjara.
"Saya." Balas Dian Danila.
"Ada nak jumpa." Kata penjaga penjara.
Dian berdiri dan melangkah ke arah pintu jeriji besi.
Tangannya digari dan perlahan dia dibawa keluar dari tempat itu.
"Di situ." Kata pegawai penjara itu. Dia membuka gari ditangan Dian lalu meminta Dian untuk duduk di hadapan cermin.
Lelaki itu meminta Dian agar menggunakan telefon penghubung yang berada di tepi dinding.
Dian turut mengambil gagang telefon lalu menekupkan di telinganya.
"Dian Danila?" Tanya lelaki itu.
"Saya tak kenal siapa awak? Apa tujuan awak nak jumpa saya?" Tanya Dian Danila.
"Siapa saya itu tak penting. Saya cuma nak awak tau yang saya akan keluarkan awak dari sini." Kata lelaki itu.
Dian ketawa sejenak. 5 tahun berada dalam jeriji besi ni, baru sekarang dia akan dibantu?
"Untuk apa Tuan? 5 tahun saya kat dalam ni. Tempat ni dah macam rumah bagi saya." Kata Dian Danila.
Lelaki itu cuma diam.
"Kenapa Tuan nak keluarkan saya?" Tanya Dian lagi.
"Sebab awak tak bersalah." Kata lelaki itu.
"Saya bersalah atau tak, semua tu dah terlambat Tuan. Tak ada gunanya lagi saya melawan keputusan ni. 5 tahun sahaja lagi, saya akan bebas." Kata Dian Danila.
"Listen to me Dian. Samada awak nak atau tidak, saya tetap akan keluarkan awak. Awak tak perlu tunggu 5 tahun lagi." Kata lelaki itu lagi.
"Sedangkan undang-undang yang selama ini saya percaya pun mampu diputar belit, inikan pula kata-kata Tuan. Tuan tau kan apa kesalahan saya dimasukkan dalam ni? Dian Danila, membunuh Bapa sendiri. Tuan rasa orang macam saya layak untuk bebas?" Kata Dian Danila.
"Saya tau semua itu tak betul Dian. Tunggu saya, saya akan keluarkan awak dan buktikan yang awak tak bersalah." Kata lelaki itu.
Dian hanya tersenyum lalu meletakkan semula gagang telefon ditempatnya. Dia berdiri lalu menggelengkan kepalanya.
"Saya tak perlukan belas kasihan tu sekarang." Katanya dan hanya dia dan pegawai penjara dibelakangnya yang dengar.
"Sudah?" Tanya pegawai penjara.
"Dah." Balas Dian Danila menghulurkan kedua tangannya untuk digari semula.
Megat Zainal hanya mampu melihat gadis itu kembali digari dan dibawa semula masuk kedalam jeriji besinya.
Dia bangun dari duduknya dan melangkah keluar. Melihat kereta Honda Civic Navy blue menantinya diluar.
Melangkah masuk kedalam kereta dan menemui lelaki didalamnya.
"Apa kata Dian, Nal?" Tanya Dani Daniel.
"Dia tak terima pertolongan aku." Kata Megat Zainal.
"Kenapa?" Tanya Dani Daniel.
"Sebab dia rasa yang dia tak layak untuk bebas." Kata Megat Zainal.
"Aku tak kisah Megat, aku harap kau dapat bantu aku bebaskan dia. Puas aku mencarinya selama ni, rupanya hidupnya sangat-sangat menderita." Kata Dani Daniel.
"Aku tengok dia tadi, dia langsung tak ada perasaan sedih. Umpama dia terima kenyataan yang ayahnya mati disebabkan dia. Aku tak boleh bayangkan Dani." Kata Megat Zainal.
"Tak Megat. Dian tak bersalah. Semua ni terjadi sebab perbuatan Mak tiri aku tu. Disebabkan dia lah Dian terpaksa menderita selama 5 tahun dalam ni. Aku menyesal sangat sebab tak ada di sisi Dian masa tu Megat." Kata Dani Daniel.
Gambar sewaktu mereka kecil dipandang dan diusap lembut.
"Abang minta maaf, adik. Abang berjanji akan tuntut bela atas apa yang terajadi pada adik selama ni." Kata Dani Daniel..
"Kau kena tolong aku, Megat. Aku dah tak tahu nak minta tolong pada siapa lagi. Hanya kau yang mampu keluarkan dia dari situ dan membuka semula kes lima tahun lalu," pinta Dani Daniel.
"Aku akan cuba, Dani." Kata Megat Zainal.
Disatu sisi, Dian sedang duduk sambil menanti makan tengahari dihantar. Dia teringatkan Abangnya.
"Abang Neil apa khabar sekarang? Dian rindukan Abang Neil. Kalaulah Abang Neil tak pergi malam tu, semua ni takkan jadi Bang. Daddy mesti masih hidup." Kata Dian Danila.
Airmata bergenang di kelopak matanya.
"Mesti Abang Neil benci dan malu dekat Dian kan. Mungkin Abang Neil takkan mengaku Dian ni adik Abang lagi lepas ni. Yelah, Dian kan dah jadi seorang bekas banduan bila Dian dah bebas nanti." Kata Dian Danila lagi.
"Ya Allah, kau perkuatkan lah sabarku untuk menempuh semua yang berlaku keatas ku selama ni. Dan jika ini jalan takdir untukku, aku terima dengan hati yang terbuka luas Ya Rabb.." Kata Dian Danila teresak.
"Dian..." Panggil teman satu selnya.
"Ye kak Yanti?" Jawab Dian Danila.
"Kenapa ni?" Tanyanya melihat wajah sembab Dian.
"Takde apa kak. Cuma terkenangkan, apa nasib saya bila dah keluar dari sini." Kata Dian Danila.
"Jangan terlalu difikirkan Dian. Apa pun yang akan jadi pada kita lepas ni, kita terima dan redha. Hanya Allah yang tahu tiap yang kita buat." Kata Yanti.
"Ye kak. Dian faham. Tapi Dian berdoa sangat, bila Dian keluar dari sini, Dian mintak jangan pertemukan Dian dengan mereka yang berkhianat pada Dian dan arwah Daddy." Kata Dian Danila.
"Ye akak faham. Sama juga dengan akak. Kalau boleh akak taknak langsung bertemu dengan suami akak. Kalau tak sebab dia, akak takkan ada kat sini Dian." Kata Yanti.
Jauh di sudut hati, mereka rela menghabiskan sisa hidup di dalam jeriji besi dan taknak keluar dari tempat itu dan bertemu dengan manusia-manusia munafik yang berkeliaran diluar.
"Kak bila nanti salah seorang dari kita bebas, ingatlah untuk bertemu nanti di mana-mana." Kata Dina Danila.
"InsyaAllah. Jika kita tak diterima masyarakat, sebaiknya kita pergi jauh dari mereka semua." Kata Yanti.
Dian Danila menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh temannya itu.
Petang itu, Di dalam sebuah butik, Misha santai duduk menanti anaknya serta bakal menantunya mencuba pakaian pengantin.
"Mom, cantik tak?" Tanya Murni.
"So beautiful." Jawab Misha.
Mereka bersukacita ketika gadis itu menderita di dalam penjara selama bertahun-tahun. Namun, mereka tidak pernah membayangkan siapa yang akan menjadi lawan mereka.
"Belilah mana yang kamu rasa cantik." Kata Misha.
"Mom, Nal nak cakap dengan Mom sekejap boleh." Kata Megat Zainal
"Boleh. Lepas dah pilih baju nanti kita ke cofee shop." Kata Misha.
"Nal, I cantik tak?" Tanya Murni.
"You cantik Baby. Cantik sangat." Kata Megat Zainal.
Dia masih berfikir bagaimana cara untuk mulakan perbicaraan tentang gadis itu pada Misha.
Di kedai kopi, Misha perasaan yang Megat Zainal mengeluh berat sejak tadi.
"Kenapa ni Nal, ada masalah berat ke?" Tanya Misha.
"Sebenarnya Aunty, Dani bawa Nal jumpa Dian dekat penjara. Dia nak Nal tolong dia untuk keluarkan Dian." Kata Megat Zainal.
"What?! Dani dah balik?" Tanya Misha.
"Ye Aunty"
"Habis tu macam mana Nal? Dian akan keluar ke? Bile?" Bertalu-talu soalan Misha.
"Sabar Aunty. Benda ni bukan senang nak settle. Lagipun masa Nal jumpa dengan Dian, dia sendiri yang kata tak nak keluar. Dia sanggup untuk duduk dalam tu 5 tahun lagi." Kata Megat Zainal.
"Tapi ini Dani, Nal. Mesti dia akan usahakan untuk keluarkan adik sial tu secepat mungkin. Macam mana ni Nal?" Kata Misha penuh risau.
"Mom. Betul kata Nal. Mungkin Dani pun perlu ambil masa lama untuk selesaikan hal Dian. Lagipun Nal mesti akan tau dulu nanti. Yang penting sekarang kita kena pindahkan harta Daddy mereka kepada Mommy." Kata Murni.
"Nal boleh tolong?" Tanya Misha.
"Nal akan siasat peguam yang pegang wasiat Daddy mereka. Aunty jangan risau." Kata Megat Zainal.
"Nal kena pastikan juga yang perempuan tu tak keluar penjara. Perhatikan Dani. Jangan sampai dia dapat tahu hubungan Nal dengan Murni." Kata Misha.
Share this novel
selamat
118 sis