BAB 1

Romantic Comedy Completed 9527

“Psst! Mana kopi aku ah beng? Masuk jam ni dah berkulat sikit hari lagi boleh cendawan kulat aku ha kat sini.” Jerit usu sood dari sudut kiri kedai.

Kedai makan yang lebih dikenali dengan Kopitiam Ah Beng itu sentiasa dipenuhi dengan manusia golongan pertengahan abad. Kopitiam ini diibaratkan parlimen untuk berdebat mahupun membentangkan usul tentang apa jua permasalahan bagi kawasan Kampung Lanun Nusa Bangsa. Nak harapkan ahli parlimen jenguk masalah kampung, tunggu pilihanraya akan datang baru turun tabur janji segunung intan. Masa itulah baru Nampak jalan kampung berlubang, atap rumah Mak Senah perlu ditukar, Zainab Baba perlukan kerusi roda, kucing Haryani perlukan friskies dan peruntukan Baby Mila masuk Akademi Fantasia.

MASA ITULAH.

Berbalik pada Ah Beng. Ah beng itu sendiri bukanlah seorang yang berbangsa Cina, Jepun, Myanmar apatah lagi Turkistan. Ah Beng seorang anak pasangan petani melayu yang sudah lama bermastautin di kawasan itu. Mungkin dek kerana matanya yang sepet dari melayu kebanyakan, dia lebih dikenali dengan nama samara Ah Beng. Kalau dipanggil dengan nama Hasyim mungkin ramai akan mempersoalkan,

‘Hasyim yang mana?’

Jadi dengan kata sepakat muafakat AJK Kopitiam Ah Beng merangkap wakil kumpulan Marhabban Al-Rajji peringkat daerah Kuala Kubu yang memenangi hadiah saguhati, beliau akan dipanggil Ah Beng berkuat kuasa dari tarikh pencen Pak Maun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience