BAB 4

Romantic Comedy Completed 9527

Iklan Tanah Kubur memenuhi ruang siaran televisyen di Kopitiam Ah Beng menyiarkan kubur berasap akibat dari suka membawa fitnah dimasa hidupnya menarik perhatian pengunjung Kopitiam Ah Beng.

“Panas pula pagi ni ya?”

Di sudut kiri Kopitiam, Usu Sood sibuk membuat untung kira hasil jualan lembu dan kambing ternakannya.

“Banyak untung bulan ni Sood?” Ah Beng membetulkan letak kain lap di bahunya.

“Boleh lah beng, bagi anak bini makan. Barang semua dah makin mahal ni kena kerja kuat sikit. Kalau tak kami makan rumput lah macam lembu-lembu aku tu makan.”

“Kalau dah banyak untung tu, order-order lah mee goreng ke nasi lemak ke kat kedai aku, ini tidak, dah dekat seabad dah asyik order air kopi aje. Muka kau pon dah hitam macam lembu aku tengok.”

“Kau bergurau kasar eh beng. Tunggu aku banyak untung sikit aku beli D’herbs putih susu yang bini aku pakai tu. Kau tengok aku dari jauh kau silau nanti Beng.”

“Patut lah aku tengok orang rumah kau dah rupa Rafeah Buang sekarang ni Sood. Bukan main mengancam lagi. Macam anak dara.”

“Rafeah Buang apa Beng, dah macam buang tebiat je aku tengok orang rumah aku. Macam kopi susu. Yelah kulit kalau dah kopi tu nak jadi susu, tak mau nya jadi susu asli Beng. Kopi susu jugak jadinya.”

Mengekek Ah Beng ketawa.

Lambakan produk pemutihan seakan menjadi-jadi lewat ini. Entah kenapa wanita zaman ini semua berebut mahu menjadi putih.

Semua nak jadi susu, siapa nak jadi kopi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience