Malaysia – FLASHBACK: SIX YEARS BACK
RUMAH TOK NIK
ANGIN petang bertiup sepoi-sepoi bahasa yang menyapa figuranya, terasa begitu nyaman dan sungguh mendamaikan. Sambil membaca di atas buaian berjala yang berhayun perlahan, sepasang iris bulat bersinar cantik Esha Aurellia sesekali mengerling ke arah Tok Nik yang sedang melakukan 'trim' pada tanaman pokok bunga di taman mini buatan yang cantik struktur bentuk landskapnya, hasil daripada sentuhan tangan berseni lelaki yang berusia dalam lingkungan awal tujuh puluhan itu.
Semenjak kematian Nek Tie dua tahun yang lepas kerana sakit tua, itulah hobi baru datuknya... menghiasi kawasan rumah batu setingkat yang menghadap permandangan laut.
Esha Aurellia pantas bangkit daripada pembaringan santai di atas buaian jala apabila matanya sudah tertancap tubuh tua Tok Nik sedang menghayun langkah menghampirinya.
"Tak habis-habis baca buku seangkatan gini cucu Tok seorang ni..."
Esha Aurellia hanya tergelak manja lalu melentokkan kepalanya ke bahu Tok Nik dan mereka sama-sama menikmati alunan buaian berjala.
"Esha suka baca buku macam ni sampaikan Esha obses..." Esha Aurellia berbicara lembut sambil menutup mata.
"Sebab tu kamu serahkan bulat-bulat ya jodoh kamu pada papa dan mama?" Tok Nik menepuk lembut bahu cucu tunggal kesayangannya... satu-satunya cucu yang dia ada.
"Ya tok... tapi papa dan mama sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Sampaikan papa dan mama bagitahu yang, baik Esha saja yang cari calon suami sendiri. Tapi Esha tak nak! Esha nak juga papa dan mama carikan jodoh untuk Esha sebab buku cakap kalau jodoh ni diaturkan oleh keluarga dan bila pasangan tu bercinta selepas nikah... maka bahagia dan berkekalanlah satu perhubungan itu sebab mendapat redha keberkatan dan restu daripada keluarga..."
Panjang lebar Esha Aurellia bertutur. Benar yang dia begitu obses dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga dan juga percaya dengan kemanisan bercinta selepas bernikah. Esha Aurellia sangat mahukan aturan itu terjadi dalam kehidupannya. Disebabkan terlalu taksub, makanya dia mahu! Fullstop!
"Budak-budak muda zaman sekarang ni bukan main lagi terkejar-kejar mahu cari calon pasangan mereka sendiri tapi kamu ni terbaliklah pula..." Tok Nik tergeleng-geleng. Cucunya ini sudah berusia dua puluh satu tahun dan masih lagi muda tetapi gamaknya sudah 'merenyam' mahu berkahwin! Bertambah 'merenyam' bila sudah tamat pengajian di universiti. Oh cucu Tok... cucu Tok!
TWO WEEKS LATER
VILLA FATTAH
TOK...!
TOK...!
"Esha..."
"Ya mama... kejap." Terkocoh-kocoh Esha Aurellia bangkit daripada pembaringan. Agak terhuyung-hayang tubuhnya kerana masih lagi dalam keadaan separa mamai. Semenjak tamat pengajian, kerjanya asyik makan tidur makan tidur saja! Heh!
"Allahuakbar anak dara seorang ni! Sudah nak masuk waktu Zuhur masih lagi buat tahi mata! Pergi mandi dan lepas tu solat! Dah siap semua turun ke bawah. Mama dan papa ada benda nak cakap sikit." Suara Puan Elis sudah memetir bingit memarahi anak perempuan tunggalnya.
"Kalau hal nak dibincangkan tu papa dan mama sudah cari calon suami untuk Esha... sedap sikit telinga ni nak dengar dan berbincang." Esha Aurellia membalas sambil menguap luas.
"Ya Esha. Nak bincang pasal calon suami kamu la ni. Dah cepat! Pergi mandi! Bucuk masyam anak mama ni!"
Esha Aurellia yang sedari tadi figuranya gemalai malas serta-merta segar! Perkhabaran mama yang satu itu membuatkan hatinya merasa begitu teruja!
Sungguh... itulah yang dia mahukan. Mahu jodohnya diaturkan oleh keluarga kerana seorang gadis bernama 'Esha Aurellia' percaya... aturan jodoh dari keluarga lebih mendapat keberkatan dan bercinta selepas nikah manis nikmatnya. Yeay!
THREE MONTHS LATER
TERATAK BONDA RIA
Beberapa kali Esha Aurellia menilik figura langsingnya di hadapan cermin meja solek dan beberapa kali juga beliau merapikan rambut ikal mayangnya yang mengurai bebas. Sekejapan cuba disanggulkan... sekejapan cuba ditarik ke hadapan... dan sekejapan pula dibentukkan gaya 'messy style'. Semua itu dilakukan semata-mata mahu kelihatan 'seksi' di malam pertama!
Esha Aurellia mengerling jam di dinding kamar beradu milik suami yang baru sah dinikahi pagi tadi di masjid. Tersenyum suka dia apabila mengetahui yang suaminya itu seorang lelaki yang sungguh kacak dan segak orangnya. Bertubuh tegap dan tinggi dan berwajah kacukan Arab-Melayu-Cina!
BAM...!
Bahu Esha Aurellia sedikit terhinjut lantas, beliau berpaling dan...
END FLASHBACK: SIX YEARS BACK
Current – Malaysia
VIGG BUZZ EDITOR
Esha Aurellia membuka kelopak matanya kembali lalu di hadapan pantulan cermin panjang, perlahan-lahan dia mengelus lembut tubuhnya dan jari-jemari runcingnya mula mengitari kawasan beberapa tanda parut hitam yang dicucuh dengan bara api puntung rokok.
Malam pertama seharusnya indah buatnya... umpama dibawa berlayar ke 'syurga' bermadu kasih bersama-sama dengan 'kekasih halal' tetapi... lelaki yang bernama Jeffrey Athar itu membawanya melayari ke lembah 'neraka'!
Menghadiahi isterinya dengan penderaan fizikal di saat lelaki itu di bawah pengaruh alkohol di malam pertama mereka!
TWO MONTHS LATER
TERATAK BONDA RIA
Pagi ini, Esha Aurellia bangkit dengan perasaan yang sungguh ceria. Tidak lekang bibir mungilnya mengukir senyuman. Sesekali terdengar suara mersik halusnya bernyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya lincah mengeringkan rambut. Bersiap-siap mahu ke pejabat.
Jeffrey Athar pula? Dia juga merasa sungguh ceria pagi ini! Pun juga tidak lekang senyuman terbentuk di bibir maskulinnya... malah beliau juga bernyanyi-nyanyi kecil sambil melilit tali leher.
Tapi... keceriaan mereka berdua pagi ini tidak saling berkaitan ya!
ESHA Aurellia mengatur orak langkah malas menuju ke ruang meja makan. Kali ini gagal pula dia mengelak daripada bersarapan bersama-sama dengan kaum kerabat Tan Sri Jaafar Aziz! Semenjak daripada insiden dirinya digelar secara sinikal iaitu dengan diberi gelaran wanita 'ular berbisa' oleh kakak iparnya... tiada lagi dirinya sudi duduk semeja dengan mereka semua. Setiap pagi, pasti dia akan menonong laju keluar dari rumah dengan berpura-pura sedang bercakap di talian Iphone miliknya.
Hari ini Esha Aurellia 'gagal' kerana terlupa mahu berpura-pura sedang bercakap di talian telefon pintarnya! Ini semua gara-gara hatinya terlalu girang sambil bernyanyi-nyanyi kecil berserta atur langkahnya diorak santai bersahaja!
"Hari ini Jeff dan Esha boleh balik awal tak? Kalau boleh sebelum pukul sembilan malam ya." Puan Sri Harlina mula bersuara.
"Ada hal... tak janji." Esha Aurellia dan Jeffrey Athar mula berpandangan sesama sendiri namun diakhiri dengan jelingan 'maut' sedas diberikan sesama mereka sebelum menghadap semula hidangan di dalam pinggan.
Boleh pula mereka menjawab serentak!
Kini Puan Sri Harlina dan Tan Sri Jaafar Aziz pula berpandangan sesama sendiri lalu menyimpul senyuman penuh makna!
ESHA Aurellia yang baru sahaja keluar dari washroom restoran Italian Cuisine yang terletak di tingkat Rooftop di sebuah hotel terkemuka di ibukota mula berkerut dahi. Saat orak langkahnya menapak menghampiri meja restoran, terlihat dua figura manusia... seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang duduk semeja dengan kekasih hatinya, Faizal Rafiq. Dua raut wajah mereka tidak dapat dilihat kerana duduk mereka membelakangi langkahnya dari arah belakang.
"Honey..." Faizal Rafiq melambai-lambai ke arahnya.
Faizal Rafiq bangkit dan mula menarik kerusi untuknya. Lagaknya sungguh 'gentleman'. Tersipu bahagia Esha Aurellia dengan layanan romantis sebegitu daripada sang kekasih hati.
"Thanks dear..."
Esha Aurellia membiarkan sahaja Faizal Rafiq menyelit rambutnya ke belakang telinga.
"Ehem!"
Deheman kasar itu menyentak sedikit Esha Aurellia dan Faizal Rafiq yang sempat bermain mata buat beberapa ketika! Lupa pula di hadapannya kini ada orang lain yang masih belum sempat Esha Aurellia berkenalan dan bertegur sapa.
Saat Esha Aurellia berpaling kepalanya ke hadapan... terkaku menegak sejenak figuranya!
"Hi Esha. Jumpa lagi kita ya. Still remember me?"
"Of course Suzanne. Kawan lama boyfriend I sewaktu di universiti kan?"
Esha Aurellia menjawab tetapi matanya tidak dihalakan pada wanita yang bernama Suzanne itu, tetapi panahan matanya tepat memandang lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya!
"Esha, kenalkan ini bakal tunang I... Jeffrey Athar. Sayang, inilah Esha, girlfriend Faizal." Suzanne mula melingkar manja lengan kekar bakal tunangnya.
Jeffrey Athar dan Esha Aurellia saling berbalas renungan.
Renungan Esha Aurellia lebih kepada sinis... manakala renungan Jeffrey Athar lebih kepada mahu menelan 'pemangsanya'! Sungguh tajam menikam!
ESHA Aurellia 'terlebih' menggedik pula pada malam ini. Entah mengapa dirinya terasa mahu berkelakuan sebegitu! Saat dirinya dimanjai oleh Faizal Rafiq yang sentiasa menyuap makanan ke mulutnya... dapat dilihat seraut wajah Jeffrey Athar yang begitu tegang! Huh... tegang-tegang pun menyuap juga makanan ke mulut bakal tunangnya itu yang juga berkelakuan 'terlebih' menggedik!
TAP...!
Tiba-tiba sahaja lampu di restoran terpadam!
Lalu...
~~~
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Jeffrey Athar and Esha Aurellia...
Happy birthday to you...
~~~~
Ruang restoran kembali terang. Tepukan gemuruh para pekerja restoran yang menyanyikan lagu selamat hari jadi sebentar tadi kedengaran sungguh meriah bergabung pula dengan tepukan para tetamu restoran yang lain.
Esha Aurellia dan Jeffrey Athar terdiam merenung slice cake masing-masing yang sudah berada di hadapan mereka.
Namun di dalam diri masing-masing sudah terkedu. Langsung tidak mereka sedari mahupun tahu yang mereka berdua sebenarnya berkongsi tarikh hari lahir yang sama!
"Wah! This is very suprising! Tak sangka our darling share tarikh birthday yang sama!" Suzanne terjerit kecil kerana terlalu terkejut, juga terasa begitu teruja.
"Ya! I also surprise too Suzanne. So meaning's that... you and Mr. Jeffrey datang ke sini sebab nak celebrate birthday sama-sama dengan bakal tunang you lah ya. Same goes to me, I bawa Esha I ke sini pun sebab nak celebrate birthday sama-sama dengan dia jugalah ni." Faizal Rafiq berdeham seketika sebelum menyambung bicara.
"Tapi selain I bawa Esha ke sini for her birthday celebration, actually I ada another surprise for my honey..." Faizal Rafiq mula bangkit dan melutut di hadapan Esha Aurellia.
"Esha Aurellia binti Abdul Fattah... will you marry me?"
TERATAK BONDA RIA
"Esha Aurellia! Aku suruh kau berhenti... berhentilah!"
Esha Aurellia hanya menonong laju. Mahu segera masuk ke dalam rumah.
"Hoi! Sakitlah! Lepas!" Esha Aurellia meronta-ronta saat Jeffrey Athar mencengkam kuat lengannya dan memaksa tubuhnya menghadap lelaki itu.
"Kau sedar tak kau tu siapa?!" Suara Jeffrey Athar sudah keras menjerkah.
"So?! What's the problem now?!" Suara Esha Aurellia juga lantang kedengaran.
"Berani kau ya terima lamaran kekasih kau tu! Kau sedar tak status kau tu apa?!"
"So what?! Suka hati akulah!"
"Sedarlah yang kau tu isteri aku dan aku ni suami kau!" Jeritan lantang mengungkap sebaris ayat itu daripada tonasi suara Jeffrey Athar umpama halilintar!
Esha Aurellia terpana buat seketika! Salah dengarkah dia? Namun... hanya dekahan tawa sumbang beliau lontarkan!
"Hari ini dalam sejarah! Buat pertama kali keluarkan statement macam tu! Wow! Kelakar... kelakar... hahaha!" Esha Aurellia merentap kasar lengannya daripada cengkaman erat Jeffrey Athar yang kini lagaknya seperti sedang terpana!
"Esha! Tunggu! Aku belum habis lagi cakap dengan kau!" Jeffrey Athar mengejar langkah Esha Aurellia yang sudah laju langkahnya menuju ke pintu rumah banglo bertingkat tiga itu.
CLAK...!
"Suprise...!"
Esha Aurellia tergamam! Jeffrey Athar yang mengejar langkahnya juga tergamam!
"Lama betul kitaorang tunggu nak celebrate birthday Jeff dan Esha sama-sama..." Puan Sri Harlina dan Datin Elis mula mengatur langkah mendekati.
"Selamat hari jadi sayang..."
Tubuh Esha Aurellia 'dikeraskan' saat menerima pelukan dan ciuman oleh ibu mentua dan mamanya.
"Wah! Cantiknya cincin Esha. Tadi celebrate berdua-dua dulu ya dengan abang. Cantik hadiah cincin abang bagi pada Esha." Puan Sri Harlina memuji.
Terjongket sebelah kening Esha Aurellia lalu melontar sinis pandangannya ke arah Jeffrey Athar yang sudah terbentuk bengis seraut wajah tampan dan segaknya.
Cincin lamaran sang kekasih hati yang tersarung cantik di jari manisnya disangkakan cincin pemberian lelaki ini sebagai hadiah di hari jadinya!
Daaa...! Tergelak sinis Esha Aurellia. Khas untuk tatapan pendengaran di halwa telinga lelaki itu.
"Esha... cucu Nenda..."
Esha Aurellia yang galak melepaskan tawa sinis kecil itu mula terdiam.
Berubah terus seraut wajah Esha Aurellia saat halwa telinganya pula menangkap suara yang amat dibencinya itu!
Kenapa perempuan tua itu ada di rumah ini? Sepatutnya perempuan tua itu berada di hospital dan menunggu masa untuk mampus di sana!
Mellbie ISR
23/9/2021
Share this novel