Current - MALAYSIA
ONE WEEK LATER
TERATAK BONDA RIA
"LAMA betul kau mandi wajib! Gigih menyental 'kotor' kau ke dekat dalam tu betina..."
Esha Aurellia yang baru sahaja melangkah keluar dari kamar mandi hanya menyinis saat halwa telinganya menyapa baris tutur kata yang dilontarkan oleh bekas suaminya, Jeffrey Athar. Oh! Lupa pula dia yang mereka sudah kembali rujuk seminggu yang lepas.
"Lebih kurang..." Esha Aurellia membalas sambil tertawa sinis lalu segera melangkah ke penyidai kayu dan mula menyarung telekung. Dia mahu menunaikan solat Maghrib yang hampir ke penghujung waktu dan sudah alang-alang itu beliau menyambung pula dengan menunaikan solat Isya'.
"Betina macam kau reti ke solat?!"
Esha Aurellia endahkan sahaja bicara sinis itu lalu mula mengangkat takbir. Dia sudah suntuk waktu dan harus menunaikan solat dengan segera.
"I love you too sayang. Mimpikan abang ya..."
Esha Aurellia yang sedang berbaring di atas sofa panjang sambil berbalas WhatsApp bersama dengan sang kekasih hati hanya menyendeng sinis senyumannya. Bukannya dia tidak tahu yang lelaki itu sengaja menguatkan suaranya.
"Kalau bukan disebabkan Nenda Ria letakkan syarat pada aku untuk kembali rujuk semula dengan kau dan baru aku boleh berkahwin dengan kekasih aku, tak adanya aku nak setuju!" Jeffrey Athar sudah mula berdiri sambil berpeluk tubuh di hujung sofa panjang tempat pembaringan atau lebih tepat lagi merupakan tempat tidur Esha Aurellia di dalam ruang kamar beradu mereka berdua. Katil? Sudah tentulah 'dikuasai' oleh dia!
"You are welcome." Esha Aurellia membalas.
"Apahal pula kau nak welcome bagai ni betina!" Seraut wajah tampan dan segak Jeffrey Athar sudah terbentuk bengis. Sakit sungguh hatinya melihat perempuan ini hanya berbicara sinis penuh selamba. Betul-betul sudah berubah!
"Cakap sajalah yang kau tu nak ucap terima kasih pada aku sebab bersetuju kahwin semula dengan kau. Tanpa persetujuan aku tak adanya kau dapat kahwin dengan girlfriend kau tu! Ikutkan hati aku ni mahu biarkan saja permintaan perempuan tua tu... tapi itulah, orang sudah nak mampus kan... apa salahnya aku tunaikan permintaan terakhir dia... hahaha..."
"Kau..." Jeffrey Athar mula menghampiri lalu mengangkat tangannya... mahu menampar pipi Esha Aurellia atas keceluparannya berkata begitu terhadap Nenda Ria tetapi tingkahnya terhenti saat wanita itu mula menyambung bicaranya semula...
"Dah fikir masak-masak ke sebelum kau nak berkasar dengan aku?"
Jeffrey Athar mula menurunkan tangannya. Hampir sahaja beliau terlupa akan perjanjian yang termenterai di antara mereka berdua dan disaksikan oleh Nenda Ria dan juga kedua ibu bapa mereka.
"Fine! Kali ni aku bagi kau menang tapi kau ingat ya! Bila tiba masanya aku lepaskan kau... aku akan lafazkan talak yang tak mungkin untuk kita berdua bersatu kembali! Dan kau tahu lafaz talak apa yang akan aku sebut nanti kan?!"
"Lafaz la apa yang kau nak lafaz pun... aku pun tak heran lah! Dan sejujurnya aku cakap yang aku pun tak sabar nak tengok perempuan tua tu mampus dan berambus buat selama-lamanya! Hurm... dah alang-alang aku cakap berambus tu kau pun berambus la pergi ke katil kau. Kejap lagi my beloved boyfriend nak call aku. Dah, pergi kau berambus!"
"Kau memang dasar bet..."
KRING...!
KRING...!
"Hello my dear... I miss you too... awww, how sweet..."
Jeffrey Athar mula mengatur langkah ke arah katil dan terus menghempas tubuh tegap dan tingginya dengan kasar lalu disumbatkan earphone ke lubang telinga. Jijik mendengar suara perempuan murahan itu yang begitu gemalai mersik melayani entah mana-mana jantan! Beliau mula menutup mata, mahu bermimpikan seraut wajah kekasih hati...
"ESHA sayang, come breakfast sekali."
Esha Aurellia menghentikan langkah. Hanya kerlingan sinis diberikan pada penghuni yang sudah berada di ruangan meja makan.
"It's okey... I'm rushing."
"Jangan macam tu Esha. Ibu masak nasi lemak lauk sotong kegemaran Esha ni. Come sayang..."
"Kan ak..."
"Aku tahu kau tu sejenis betina yang tak ada adab, tapi cuba jangan berkasar dengan ibu aku... dan kau sudah lupa juga ke dengan perjanjian kita?" Jeffrey Athar memulang paku keras!
Esha Aurellia merengus mendengar bisikan berbisa lelaki itu yang kini posisi tubuh tegap dan tingginya sudah berada di belakang tubuh langsingnya.
Makin kasar bunyi rengusan Esha Aurellia apabila lelaki itu memimpinnya menuju ke ruang meja makan. Makin membengkak hatinya juga terpandang senyuman manis ayah dan ibu mentuanya melihat 'kemesraan' mereka.
"Cantik sungguh menantu ibu... kadang tu faktor usia dan tahap kematangan boleh buatkan seseorang itu semakin cantik kan?" Datin Sri Harlina tidak berkalih renung redupnya menatap seraut wajah cantik Esha Aurellia. Walaupun tampak beku tanpa senyuman, masih terserlah keayuan dan kelembutan wajahnya.
"Cantik pun tak guna juga kalau perangai macam 'ular berbisa'!"
Bicara itu disambut dengan gelak tawa sinis bersulam ejekan beberapa manusia yang berada di ruang meja makan... dan dapat dilihat Jeffrey Athar yang sedang meneguk secawan kopi sedikit bertinggung sinis senyumannya saat mendengar bicara lancang itu terpacul daripada mulut kakaknya.
"Jeslina Airin!" Naik seoktaf suara Puan Sri Harlina.
Esha Aurellia mula bangkit.
"Esha... nasi lemak belum habis lagi tu dalam pinggan. Duduk Esha... habiskan sarapan tu dulu sayang..." Puan Sri Harlina bertutur lembut. Dia tahu menantunya itu terasa hati walaupun hanya bereaksi beku bersahaja.
"It's okey... spesis ular berbisa macam Esha tak makan nasi macam manusia. Spesis ular berbisa macam Esha ni dia lebih suka belit orang... patuk dan jelir lidah bercabang dia tengok mangsa mati berbuih mulut dan menggelupur!"
Esha Aurellia lantas beredar sambil melepaskan tawa penuh bongkak membiarkan beberapa manusia yang gigih bersatu-hati menyakitkan hatinya lopong menganga, termasuklah suaminya, Jeffrey Athar!
ESHA Aurellia menapak laju apabila irisnya sudah menangkap kelibat susuk tubuh kekasih hatinya yang sudah melabuhkan duduk di meja restoran yang terletak di sudut penjuru.
"Honey..." Faizal Rafiq menyapa lunak.
"Sorry dear I lambat, baru lepas habis meeting. So stressful kerja di branch sini. How I miss London..." Esha Aurellia mengeluh lalu melentok manja kepalanya di bahu kekasih hatinya itu.
Faizal Rafiq tersenyum. Ya, dia juga merindui Kota London. Merupakan tempatnya bermaustatin selama berbelas tahun lamanya sebaik sahaja menamatkan pengajian di sana, juga tempat di mana beliau menemui sang kekasih hati yang juga sudah bermastautin di sana selama enam tahun.
"Faizal dear, you sure tak nak balik London dulu? Macam mana dengan kerja you di sana nanti? Macam I lainlah, memang ada company branch di sini..." Esha Aurellia mula bertanya.
"Speaking about that... actually company I ada minta tolong I monitorkan satu projek di sini dan syarikat arkitek di KL yang dilantik oleh company di London akan bagi I tempat untuk buat paperwork."
"Maksudnya you akan ada di sinilah ya?" Esha Aurellia mula teruja. Gundah-gulana hatinya selama seminggu ini memikirkan kiranya terpaksa berjauhan dengan kekasih hatinya ini.
"Of course honey! Gila ke nak I tinggalkan you di sini. Boleh naik gila I! Nak-nak lagi dengan status you yang sudah berkahwin semula dengan ex-husband you!" Nadanya sudah berbaur cemburu tetapi dibuang jauh perasaan itu kerana dia percaya dengan janji Esha Aurellia padanya.
"Faizal Rafiq... is that really you?"
Esha Aurellia pantas menegakkan posisi kepalanya yang sedari tadi bersandar lentok di bahu Faizal Rafiq.
"Eh Suzanne! Aduh you ni... long time no see! Apa khabar? Honey, this is Suzanne... kawan I sewaktu di universiti dulu. Suzanne, kenalkan ini Esha Aurellia."
"Hurm... hi." Acuh tidak acuh sahaja Esha Aurellia menyapa.
Suzanne yang melihat bentuk seraut wajah cantik wanita yang diperkenalkan sebagai Esha Aurellia itu mula tersenyum simpul.
"Hi Esha... nice to meet you. Jangan mendung sangat muka cantik you tu dear..."
Esha Aurellia tersipu-sipu dengan sikap tidak semenggahnya sebentar tadi lantas melemparkan senyuman penuh manis pada wanita yang bernama Suzanne saat wanita itu menyuakan jari manisnya yang tersarung elok dengan sebentuk cincin.
TERATAK BONDA RIA
Apabila waktu hampir menginjak ke pukul sembilan setengah malam barulah susuk tubuh Esha Aurellia melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah bertiga tingkat itu.
"Esha anak mama..."
Esha Aurellia hanya menonong laju langkahnya menuju ke tangga rumah. Mahu segera naik ke kamar beradunya! Apa lagi 'drama' yang mahu dipersembahkan di hadapannya? Lupakah dulu akan perbuatan dan tingkah mereka yang tegar merobekkan hatinya hingga dia terpaksa membawa diri jauh dari bumi Malaysia demi merawat hatinya yang sudah hancur luluh! Lupakah mereka itu semua?!
Empat bulan cukup terseksa rasanya mahu menghadap manusia-manusia yang begitu dia benci sekali. Moga perempuan tua itu mampus cepat!
Mellbie ISR
21/9/2021
Share this novel
Hi sis DHIA AMIRA... happy reading :)
best ... bru nk bca