Bab 1:Pengsan

Fantasy Series 107

Seperti biasa,Lina sedang bersiap untuk ke sekolah.Ketika Lina sedang memakai kasut sekolah,Pak Cik teksi yang sudah lama menunggunya di depan rumahnya itu sudah hilang sabar dan membunyikan honnya " pon pon pon pon" bunyi hon teksi.

"Lina,Pak Cik teksi dah tunggu lama tu,cepat la" kata ibu Lina yang juga hilang sabar.

Setelah Lina siap memakai kasut sekolahnya itu,tanpa mengatakan apa -apa,Lina terus pergi ke sekolah tanpa menaiki teksi yang sudah lama tunggu dia.

"Lina,naik teksi tu!" kata si ibu Lina sekali lagi dengan marah.

Lina tetap keras kepala dan terus ke sekolah.

"Kenapa ibu suruh saya naik teksi?Saya nak jalan kaki je,tu je,bukannya saya ponteng sekolah ke apa" bisikan hati Lina dengan sedih dan marah.

Lina tanpa disedari,dia sudah sampai di sekolahnya,kerana dia masih lagi memikirkan tentang ibunya lagi.

"Hai Lina" teguran kawannya itu menyedarkan Lina yang sedang dalam keadaan marah.

"Hai Hana" jawab si Lina.

"Kenapa ni?Saya tengok awak mengelamun dari tadi ni,ada yang tak kena ke?" tanya Hana kepada Lina.

"Tak de la,ibu saya marah lagi sebab saya jalan kaki"

"La,kenapa awak tak naik je teksi tu?Mungkin ibu kau risau kat awak"

"Bukan apa,tapi saya tak suka naik teksi,tak selesa la,lagipon saya lagi suka jalan kaki" jawab si Lina yang sedang bermain dengan baju Hana.

"Eh,kenapa awak main baju saya ni?"

"Ahmm,sorry,saya tengah tak tenang"

"Hmmm,tak pe la,saya malas nak marah,penat??"

"Hehe,jangan marah"

Tiba-tiba . . .
"Kringgg" bunyi loceng sekolah.

"Alamak,dah lewat,jom masuk kelas cepat" kata si Hana kepada Lina sambil menarik tangan si Lina.

"Ha,ok 2,jangan la tarik saya macam ni"

Lina yang sedang berangan tentang kampung halamannya ketika Cikgunya sedang mengajar di depan kelasnya itu,tiba-tiba memanggil nama Lina untuk menjawab soalannya.

"Lina,lina" panggil Cikgunya.

Lina tidak sedar dan masih lagi berangan tentang kampung kesayangannya itu.Akhirnya,kawannya Hana yang sedarkan dia.

"Lina,cikgu panggil tu" sambil menggoyang goyangkan badan Lina.

"Ha,apa?" Lina yang baru saja sedar dari berangan bertanya kepada Hana.

"Terima kasih Hana" ucapan cikgu kepada Hana,cikgunya berkata lagi "Lina,kamu berdiri di luar kelas"

"Eh,saya?" Lina pon berjalan ke luar kelas yang tidak tau dia melakukan kesalahan apa.

Setelah habis sekolah . . .

"Hana,nak tanya ni.Kenapa cikgu suruh saya berdiri di luar kelas?" tanya Lina.

"Awak tak tau?Cikgu dah panggil nama awak berkali-kali tau tak.Awak berangan apa tadi?" jawab Hana

"Ouh,ye he,s-saya tiba-tiba teringat pasal kampung tadi,dah lama tak balik,sorry" kata Lina sambil menundukkan kepalanya.

"Awak kene minta maaf kat cikgu,bukan saya" sambung Hana.

"Hmm,yea la,esok saya minta maaf ok?"

"Ok,bye Lina,jumpa esok" kata Hana sambil melambaikan tangannya kepada Lina.

"Bye" balas Lina.

Setelah habis sekolah,Lina pon terus pulang ke rumah tanpa menyinggah mana-mana tempat.

"Ibu,saya dah balik" Lina mencabut kasut sekolahnya dan terus masuk ke biliknya.

"Haih,laparnya.Lepas mandi nak makan la" kata Lina dalam hati.

Setelah Lina siap mandi,dia turun untuk pergi makan."Ibu,makanan mana?" tanya Lina

"Ada dalam peti,kamu panaskan la,ibu nak keluar kejap"

"Ha,ok"

Lina pon mengeluarkan makanan dari peti,tiba-tiba kepala Lina jadi pening.Makanan yang Lina pegang itu sudah jatuh dan tumpah.Kepala Lina semakin teruk peningnya,badannya menjadi lemah dan tak berdaya.Kemudian Lina pon jatuh dan terbaring di atas lantai. Penglihatan Lina jadi kabur dan jatuh pengsan.

BERSAMBUNG . . .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience