Sudah 40 minit berlalu,Lina masih lagi tidak sedar dan ibunya belum pulang.Tiba-tiba,pintu rumah Lina dibuka secara perlahan,dan itu adalah ibu Lina.
"Lina,tolong ibu angkat barang ni kejap"
Ibu Lina meminta pertolongan Lina.Tetapi ibunya hairan,kenapa Lina tidak menolongnya,malah menyahut pon tak.
Ibunya pergi ke dapur dan ternampak Lina sedang terbaring di atas lantai.Barang yang ibunya pegang terlepas dari tangannya dan berlari ke arah Lina.
"Lina,Lina bangun,kamu ok tak ni?" tanya ibu Lina kepada nya.Tetapi Lina tetap tak jawab dan masih belum sedar.Ibunya mengambil telefonnya untuk panggil ambulans.
"Hello,tolong saya,anak saya tak sedar dari tadi" kata ibu Lina dengan cemas.
Setelah Lina dah dibawa ke hospital,Lina masih lagi tidak sedar.Ibunya mula risau dan call suaminya yang masih belum pulang dari kerja.
******************
"Errr,saya kat mana ni?" kata Lina yang baru sedar dari tidur.
"Eh,saya kat mana ni?Bukan saya ada kat rumah ke,kenapa ada dekat hutan pulak ni?" tanya Lina kepada dirinya sendiri dalam keadaan takut.
Lina mula berasa panik dan berlari tanpa arah tuju,dia lari dan terus berlari sehingga terlanggar seseorang yang kelihatan sebaya dengannya dan terjatuh.
"A-aduh...sakitnya" kata Lina yang hampir mengeluarkan air mata kerana terjatuh.
"Eh,maaf 2,saya tak perasan awak tadi" kata seorang perempuan yang dilanggar oleh Lina tadi.
"Aaah?Tak de la,saya yang patut minta maaf,saya lari tanpa arah tuju" jawab Lina.
Lina berkata lagi "ahmm,nama saya Lina,selamat berkenalan" Lina perkenalkan dirinya.
"Hai,nama saya Lili" kata perempuan tadi.
Sambung Lili lagi "awak sesat ke?"
"Err,saya pon tak tau,tadi saya ada kat rumah je.Tak tau macam mana boleh ada kat sini" jawab Lina.
"Kalau macam tu,jom la ikut saya pergi kampung,kat sini bahaya kalau sorang 2" pelawa Lili.
"Ha,kampung!?Nak 2,lagi pon saya tak tau saya kat mana" jawab Lina.
"Ok,jom ikut saya" balas Lili.
Lina hanya ikut Lili dari belakang dan tidak mengatakan apa-apa.Tiba-tiba Lili bertanya.
"Lina,awak dari mana?"
"Err,saya dari bandar utama landded" jawab Lina.
"Jadi awak pon bukan dari sini jugak"
"Ha?!Apa maksud awak?" tanya Lina.
"Saya pon dari bandar utama landded jugak,saya tiba di sini sama cara macam awak.Waktu tu saya jatuh pingsan,sedar2 je saya ada kat dalam hutan macam awak" terang Lili.
"Aah la,tadi saya tiba-tiba pengsan.Sedar je ada kat dalam hutan ni" kata Lina.
Lina bertanya "habis?Awak je ke yang dari sana?"
"Mungkin,sebab saya tak pernah bagitau kat sape-sape,saya dah tinggal di sini selama 2 tahun"
"Apa yang jadi kat keluarga awak?Agaknya mereka tau tak?" tanya Lina lagi.
"Mungkin mereka dah tau kot"
Tiba-tiba . . .
"ssiss" bunyi di semak yang seolah-olah ada seseorang yang sedang lalu.
Lili memalingkan muka ke arah bunyi itu..
"Kenapa ni?" tanya Lina.
"Shshshshu,diam" arah Lili.
Lili pon pergi ke arah semak tu perlahan-lahan dan periksa...tapi tiada apa-apa di situ.
"Kenapa?" tanya Lina lagi.
"Hmm,tak de apa" jawab Lili.
Setelah sampai di kampung . . .
"Saya dah pulangg" kata Lili.
"Kakak" seorang budak perempuan yang berumur lebih kurang 5 tahun berlari ke arah Lili dan terus peluk Lili.
"Hai Rina,kakak dah pulang" kata Lili sambil senyum.
"Eh,siapa ni Lili?" tanya seorang Pak Cik.
"Ouh...ni tetamu saya,dia sesat.Jadi saya bawa pulang" jawab Lili.
"Hai,nama saya Lina" Lina perkenalkan dirinya.
"Ooo...Hai nama Pak Cik,Leo.Boleh panggil Pak Cik Leo" kata Pak Cik tadi.
"Yeay,kawan kakak.Hai nama saya Rina" kata budak yang peluk Lili tadi.
"Hai Rina,hai Pak Cik.Selamat berkenalan" Lina mengatakannya sambil tersenyum lebar.
"Dah,jom Lina,saya perkenalkan orang lain pulak" kata Lili kepada Lina.
"Ok" jawab Lina.
"Rina nak ikut kakak boleh?" tanya Rina.
"Mesti la boleh" jawab Lili.
"Eh Lili,dah pulang rupanya" kata Suma.
"Aah,saya ada bawa tetamu sekali"
"Hai,nama saya Lina"
"Hai,saya Suma,rakan sekerja Lili"
"Ha?rakan sekerja?" Lina terkejut uang Lili sudah berkerja.
"Aah,saya kerja memburu makanan" jawab Lili.
"Ooo" jawab Lina.
"Kampung ni adalah kampung yang terpencil,tak ramai tau pasal kampung ni.Kampung ni macam bersembunyi.Jadi kampung ni selalunya buat makanan sendiri,macam memburu,berkebun dan lain 2" terang Suma.
"Ooo,jadi kalau ada orang tau pasal tempat ni macam mana? tanya Lina.
"Kampung ni kemungkinan besar dalam bahaya,sebab di dalam hutan ni banyak raksasa...apatah lagi kalau goblin goblin tau pasal tempat ni.Lagi bahaya" jawab Lili.
"Apa?Gob-goblin?" Lina terkejut selepas mendengar tentang goblin dan raksasa itu.
"Yep,tapi awak tak perlu risau...kampung ni dah selamat beratus ratus tahun dah.Saya pasti kampung ni akan selamat" kata Lili.
"Aah,betul tu" sambung Suma.
"Eh,dah petang ni.Lina,jom la tidur kat rumah saya." pelawa Lili.
"Ok" jawab Lina yang masih dalam keadaan terkejutnya itu.
BERSAMBUNG . . .
(Untuk pengetahuan,Suma tu perempuan tau)
Share this novel