BAB 5 SYAZWIN meletakkan borang permohonan pertukaran yang sudah siap diiisi di hadapan pengetuanya, Puan Kamisah. “Awak dah nekad nak mintak pindah ni?” tanya wanita berusia lima puluhan itu. Syazwin angguk. “Ya puan.” “Tapi kami dah tagging awak untuk tingkatan enam. Tak nak tunggu surat lantikan dulu ke?” Geleng. “Kalau awak pindah sekolah baru yang tak ada tingkatan enam, awak kena ajar arus perdana. Awak sanggup?” Puan Kamisah cuba mempengaruhi Syazwin supaya mengubah fikiran. Dia faham masalah yang dihadapi Syazwin, namun dia agak berat mahu melepaskan guru muda yang inovatif seperti Syazwin. “Saya sanggup puan, asalkan saya dapat pindah dekat dengan ...