Bab 4 Aku memandang keluar jendela. Hati aku tidak tenang walaupun baru saja selesai menunaikan solat asar. Aku sudah hampir dua minggu keluar dari hospital. Dua minggu lagi aku bakal bernikah dengan bapa saudara Hamizan. Yang jarak umurnya muda 4 tahun saja dari ibuku sendiri. Umur ibu 44 tahun sekarang ni. Ayah pula tua lima tahun dari ibu. Ayah dan ibu tidaklah terlalu jauh jarak umur mereka. Tapi umurku dan bakal suami terlalu jauh jarak usia kami. Apalagi bakal suamiku itu adalah bapa saudara Hamizan bekas kekasih hatiku. Aku memang sakit hati dan kecewa dengan Hamizan yang lepas tangan. Dan tidak mahu bertanggung ...