Bab 2
Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Aku dan keluargaku baru saja selesai makan malam bersama. Malam ini aku menolong ibu mengemas selepas makan. Aku cuba menyibukkan diri supaya tidak memikirkan keadaan ku sekarang ini. Nasib aku baik kerana tiada siapa pun dalam keluargaku mengetahui tentang keadaanku yang sedang berbadan dua.
Aku harap biarlah sampai bila-bila pun keluargaku tidak tahu tentang kehamilanku. Jika sampai keluarga ku tahu tentang keadaan diriku sekarang ini. Aku tidak tahu bagaimana ingin berhadapan dengan mereka. Mereka pasti kecewa dengan diriku.
Sekarang ini aku sudah berada di dalam bilik. Aku mengambil pil yang diberikan oleh Hamizan siang tadi. Aku rasa takut ingin menelan pil ini. Entah kenapa aku rasa tidak sampai hati ingin mengugurkan kandungan ini. Tapi aku takut jika keluargaku mengetahui bahawa diriku sedang mengandung. Hatiku benar-benar berbelah bahagi.
Aku mengambil botol air yang berada di sebelah katil. Aku buka penutup botol tu. Kemudian aku ambil pil yang diberikan oleh Hamizan, lalu aku masuk ke dalam mulut. Setelah pil itu sudah berada didalam mulut, aku cepat-cepat minum air yang ada didalam botol.
Aku mula cuba memejamkan mata supaya aku boleh tidur. Aku juga risau dan takut dengan tindak balas pil itu. Tapi sekarang ini aku tidak merasa apa-apa pun. Walaupun aku cuba untuk tidur tapi aku tak mampu. Kerana perutku tiba-tiba terasa amat sakit. Aku segera bangun dan pergi ke bilik air.
Perutku terasa sangat sakit sehingga badanku berpeluh-peluh. Walaupun hari sudah larut malam. Ingin saja aku mengadu kepada ibu tentang rasa sakit yang aku alami sekarang ini. Tapi aku tidak berani kerana takut rahsia tentang diriku yang sedang berbadan dua diketahui oleh ibu.
Ini semua adalah salah diriku sendiri. Biarlah aku tanggung semuanya sendiri. Rasa sakit yang melanda di perutku semakin menusuk-nusuk. Kerana rasa sakit yang sangat teruk membuatkan air mataku jatuh.
Tok...
Tok...
Tok...
“Sapa dekat dalam bilik air?” tanya satu suara di balik pintu bilik air.
Aku tahu itu suara Kak Long.
“Ayuni dalam ni... Perut Ayuni sakit sangat malam ni,” jawabku.
“Cepatlah sikit! Akak tak tahan nak buang air ni,” teriak Kak Long di balik daun pintu.
“Okey,okey... Ayuni nak keluar dahlah ni” balasku. Aku mula bangun dan membuka daun pintu bilik air.
Dengan memengang perut aku melangkah keluar dari bilik air. Kak Long cepat-cepat masuk ke dalam bilik air bila melihat aku keluar. Sepertinya Kak Long benar-benar sudah tidak tahan untuk membuang air. Keluar saja dari bilik air, aku merasakan perut semakin sakit. Aku memengang dinding untuk berpaut kerana aku merasakan kakiku mula lemah. Entah kenapa aku melihat keadaan keliling agak kabur. Tiba-tiba aku merasakan mataku makin gelap.
Sayup-sayup aku mendengar suara tangisan. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku terkejut bila melihat diriku sedang terbaring di atas katil berwarna putih. Tanganku juga di cucuk jarum dan ada air masuk ke dalam jarum itu. Aku memandang ibu dan Kak Long yang berada di sisi katilku. Tapi tidak ada kelibat ayah di sini.
“Ibu, Ayuni dekat mana ni?” tanyaku sambil menatap wajah ibu. Aku lihat mata ibu merah seperti menangis.
“Kamu ada dekat dalam wad hospital sekarang ni?” jawab Kak Long.
Aku tergamam mendengar jawaban dari Kak Long. Aku menunduk tidak berani ingin memandang ke arah ibu dan Kak Long.
“Doktor kata kamu mengandung... Dan kamu cuba gugurkan kandungan tu,”kata ibu dengan nada yang agak lemah.
“Maafkan Ayuni, ibu,” kataku dengan air mata mula jatuh.
“Bagitahu ibu siapa lelaki yang dah buat kamu mengandung? Kita akan minta dia bertanggungjawab,” ujar ibu sambil membelai rambutku.
“Kandungan Ayuni dah gugur ke belum?” aku tidak menjawab pertanyaan ibu. Sebaliknya aku bertanya tentang kandunganku.
“Kandungan kamu berjaya di selamatkan. Anak dalam kandungan kamu tu benar-benar kuat,” jawab ibu.
Tanganku mula memengang perutku yang masih rata. Aku tidak berjaya mengugurkan kandunganku ini.
“Tu ibu tanya, siapa lelaki yang dah buat kamu mengandung?” soal Kak Long dengan menatap tajam ke arahku.
Dengan perasaan bercampur-baur aku menjawab pertanyaan Kak Long.
“Hamizan,”
“Dia tahu tak kamu mengandung ni?” tanya Kak Long lagi.
Aku hanya mengangguk saja tanda Hamizan tahu.
“Maksudnya Hamizan tahu tapi dia tak mahu bertanggungjawab. Rasanya Hamizan juga yang suruh kamu gugur kandungan ini kan?” kata Kak Long lagi.
Aku hanya diam tidak menjawab atau mengiakan kata-kata Kak Long.
“Siapa Hamizan tu? Kak Long kenalkah dengan Hamizan tu?” soal ibu sambil memandang ke arah Kak Long.
“Kak Long kenal dengan Hamizan. Dia anak Pak Bakar kampung sebelah,” Kak Long menjawab pertanyaan ibu.
“Pak Bakar yang ada banyak kebun sawit dan sawah padi tu. Ibu kenal dengan Pak Bakar tu. Nanti ibu akan pergi jumpa Pak Bakar minta supaya anaknya bertanggungjawab terhadap adik kamu ni,” kata ibu.
Aku hanya diam saja. Kerana aku tidak yakin Hamizan akan mahu bertanggungjawab terhadap diriku. Kerana dari awal Hamizan hanya menyuruh aku mengugurkan kandunganku ini. Tidak ada terdetik pun niat di hatinya ingin bertanggungjawab mengikat aku menjadi isterinya.
Waktu melawat sudah pun tamat. Ibu dan Kak Long pulang, meninggalkan aku didalam wad ini. Aku masih belum dibenarkan pulang. Kata doktor aku banyak kehilangan darah. Doktor ingin memantau keadaanku dulu. Ayah tidak datang ke hospital melihatku. Kerana keadaan ayah yang tidak sihat. Ayah jika hendak pergi ke mana-mana perlu duduk di kerusi roda.
Hati aku tidak tenang setelah Kak Long dan ibu pulang. Kerana aku sedar telah mengecewakan mereka dengan berita diriku sedang berbadan dua. Aku benar-benar menyesal sebab tidak mendengar nasihat ayah dan ibu.
“Maafkan Ayuni, mak ayah,” bisik hatiku.
Kerana badanku yang terasa lemah dan tidak bertenaga. Membuatkan aku cepat melelapkan mata.
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang dari kejauhan. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku lihat ke arah jam yang berada di dinding tidak jauh dari katilku. Jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi.
Aku berharap hari ini boleh keluar dari hospital. Kerana aku tidak suka berada di hospital. Kerana bau-bau ubat yang sangat kuat. Membuatkan tekak terasa loya. Dan setiap beberapa jam jururawat akan bagi ubat tambah darah dan beberapa ubat lain.
Waktu melawat sudah tiba. Ramai pelawat yang masuk ke dalam wad. Hampir semua katil pesakit penuh dengan pelawat. Tapi Kak Long dan ibu belum muncul. Hatiku agak kecewa bila menyedari ibu dan Kak Long tidak datang melawatku.
Apa mungkin ibu dan Kak Long benar-benar kecewa denganku. Sehingga mereka tidak mahu ambil peduli tentang diriku. Tiba-tiba dadaku rasa sesak dan air mataku jatuh tak mampu di tahan. Aku merebahkan tubuh ke atas tilam. Lalu menarik kain selimut menutupi wajahku.
“Ayuni, bangun,” aku mendengar ada suara memanggil namaku.
Aku mula membuka mata untuk melihat siapa yang memanggil namaku. Aku terkejut bila melihat ibu dan Kak Long berada disamping katilku.
“Ibu dan Kak Long datang. Ingatkan ibu dan Kak Long dah tak ingat Ayuni,” kataku.
“Sebenarnya kita orang lambat datang ni, sebab pergi rumah Hamizan,” kata Kak Long.
Aku terdiam mendengar kata-kata Kak Long. Aku juga penasaran apa yang Hamizan dan keluarganya katakan pada ibu dan Kak Long.
Bersambung...
terima kasih support.
Share this novel
tunggu
penasaran jugak ni