Prolog
Hati aku berdebar-debar memegang alat ujian kehamilan. Aku takut jika hasilnya nanti positif. Aku masih muda dan masih belum bernikah. Masih banyak impian aku belum tercapai.
Mahukah Hamizan kekasih hatiku bertangungjawab jika aku benar-benar mengandung. Pasti dia mahu bertanggungjawab sebab kami saling mencintai. Sebelum dia mengambil daraku Hamizan telah berjanji akan bertanggung andainya aku mengandung. Tapi usia kami masih sangat muda. Hamizan mempunyai impian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Setelah beberapa minit aku melihat alat ujian kehamilan yang ada di tanganku. Kakiku terasa lemah, air mataku mulai jatuh. Kerana alat itu timbul dua garis merah. Apa aku nak buat dengan kandungan aku ni. Aku masih muda dan masih banyak impian aku belum tercapai.
Macam mana kalau keluarga aku tahu nanti. Mereka pasti sangat marah dan membenci aku. Apa patut aku buat? Aku kena jumpa Hamizan dan beritahu dia. Pasti dia akan ada jalan untuk masalah ini. Aku yakin Hamizan pasti akan bantu aku. Dia sudah janji pada aku ingin bertanggungjawab. Aku yakin dia akan kotakan janji dia padaku.
Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik air. Dan melangkah keluar.
“Ayuni, kau buat apa lama-lama dalam bilik air? Kau menangis ya,” soal Kak Long.
“Mata Ayuni masuk sabun tadi. Sebab tu lama dalam bilik air,” kataku membuat alasan.
“Tadi ada posmen hantar surat. Mungkin surat tawaran sambung belajar,” beritahu Kak Long.
“Baik, nanti Ayuni tengok surat tu,” balasku.
“Surat tu ada dekat atas meja tepi tv. Kak Long nak mandi ni nanti nak pergi kerja,” ujar Kak Long sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
Aku ambil surat yang terletak atas meja. Aku bawa surat itu masuk ke dalam bilik. Dengan hati-hati aku membuka sampul surat itu. Nampaknya memang betul tembakan Kak Long. Didalam sampul itu adalah surat tawaran untuk aku menyambung pelajaran di sebuah IPTA. Aku letak surat tawaran itu diatas meja di tepi katilku.
Aku mula mengambil telefon bimbit kepunyaan ku. Aku lihat ada mesej dari kekasih hatiku Hamizan. Aku tersenyum melihat mesej dari Hamizan. Aku membalas mesejnya. Aku juga menyatakan hasratku ingin berjumpa dengannya hari ini. Hamizan setuju untuk berjumpa denganku hari ini. Kami berjanji akan bertemu di sebuah lokasi.
Namaku Dayang Ayuni Binti Abang Mohsin. Ayahku asal dari negeri Sarawak. Tetapi sudah merantau ke semenanjung Malaysia dari muda. Dan bertemu jodoh dengan ibuku. Sekarang ini kami tinggal di Perak di kampung halaman ibuku. Setelah ayah jatuh sakit akibat penyakit diabetes yang sudah tahap teruk. Kaki ayah sebelah kanan telah di potong separas peha kerana terluka. Di sebabkan ayah ada penyakit diabetes menyebabkan luka itu lambat baik dan terpaksa di potong.
Walaupun ayah sudah tidak mampu bekerja. Tapi setiap bulan ayah akan dapat duit pencen ilat dari PERKESO. Kehidupan keluargaku tidak kaya tapi cukup semua keperluan. Ibu ada membuka sebuah gerai nasi lemak setiap pagi tidak jauh dari rumah.
Aku keluar dari dalam bilik setelah rapi memakai baju. Aku lihat ibu dan ayah sedang berada di ruang tamu. Ibu dan ayah memandang ke arahku.
“Ayuni, kamu nak pergi mana?” tanya ibu.
“Ayuni nak keluar jumpa kawan sekejap,” jawabku.
“Balik jangan lewat sangat. Kalau boleh sebelum magrib kamu kena ada dekat rumah,” kata ibu memberi peringatan padaku.
“Ibu jangan risau. Ayuni akan sampai rumah sebelum magrib,” aku berjanji dengan ibu.
“Hati-hati bawa motor tu,” ayah memperingati aku.
Aku mula menapak ke arah motosikalku. Aku pandang kereta yang terparkir sebelah motosikalku.
“Kak Long belum pergi kerja lagi,”gumamku bila melihat kereta masih berada di situ.
Kak Long akan pergi ke tempat kerja dengan memandu kereta itu. Mungkin Kak Long masuk lambat hari ni. Hanya Kak Long saja yang tahu tentang Hamizan. Ibu dan ayah tidak tahu langsung tentang aku bercinta dengan Hamizan. Ayah dan ibu memang melarang keras aku dan Kak Long bercinta ketika masih belajar.
Aku sampai di tepi pantai tidak jauh dari rumahku. Aku duduk di bawah sepohon kayu yang agak rendang daunnya. Ini tempat aku dan Hamizan sering berjumpa. Aku memandang air laut yang bergelora. Nampak tenang air laut ini. Aku juga dapat lihat ada dua tiga buah bot sedang bergerak pergi ke arah laut yang luas. Lama-lama bot itu hilang dari pandangan mataku.
“Menung apa tu?” tegur satu suara yang sangat aku kenal.
Aku menoleh ke arah suara itu. Aku mengukir senyuman kepadanya. Kerana dialah Hamizan kekasih hatiku.
“Kenapa Yang nampak lain saja hari ni?” tanya Hamizan lagi. Hanya Hamizan saja yang memanggil aku dengan panggilan Yang sikatan dari Dayang.
Hamizan melabuhkan punggungnya di sisiku.
“Sebenarnya ada perkara yang ingin Yang bagitahu abang,” kataku.
“Abang pun nak bagitahu Yang sesuatu juga ni,” balas Hamizan.
Aku lihat wajah Hamizan nampak ceria seolah-olah perkara yang ia ingin bagitahu itu adalah sesuatu yang mengembirakan dirinya.
“Abang cakaplah dulu,” ujarku dengan menatap wajahnya.
“Abang dapat tawaran belajar dekat sebuah universiti di Sabah. Bulan depan abang akan pergi,” aku hanya mampu mengukir senyuman pahit mendengar kata-kata Hamizan itu.
“Kenapa Yang macam tak gembira saja,” kata Hamizan yang perasan dengan wajah mendungku.
“Yang pun dapat tawaran sambung belajar juga. Tapi mungkin Yang tak boleh nak pergi,” aku memberitahu Hamizan.
“Kenapa pula Yang tak mahu sambung belajar?” soal Hamizan agak hairan mendengar kata-kataku.
“Kerana...” agak sukar untuk aku mengatakan sebenarnya padanya. Tapi aku kena bagitahu Hamizan kerana perkara ini terjadi atas kesalahan kami berdua.
“Yang mengandung,” kataku dan air mataku mula jatuh.
Wajah Hamizan nampak berubah sepertinya terkejut mendengar kata-kataku.
“Apa!” ujar Hamizan terkejut.
“Yang takut... Tak tahu nak buat apa?” kataku dengan air mata membasahi pipi.
Aku lihat Hamizan seperti memikirkan sesuatu. Agak lama Hamizan terdiam.
“Yang kena gugurkan kandungan tu? Bila kandungan tu dah gugur, Yang pun boleh sambung belajar juga. Kita sama-sama boleh kerja impian masing-masing. Abang janji lepas kita habis belajar, abang akan kahwin dengan Yang,” kata Hamizan memberi cadangan.
“Nak gugur macam mana?” tanyaku.
“Jangan risau, nanti abang akan tanya Harris. Awek Harris pun pernah mengandung dan diorang berjaya gugurkan,” Hamizan memberitahu ku.
Aku hanya terdiam mendengar kata-kata Hamizan. Ada perasaan kecewa di lubuk hatiku kerana Hamizan tidak ada langsung niat untuk bertanggungjawab dengan berkahwin denganku. Sebaliknya Hamizan memberi cadangan supaya menggugurkan kandungan ini.
Tapi apa yang di cadangkan oleh Hamizan ada benarnya. Kerana usia kami berdua masih terlalu muda. Masih banyak lagi impian kami yang belum tercapai.
Bersambung...
Share this novel
test_account
bila nak sambung update bab baru