Bab 3 - Hello Neighbour

Drama Series 564330

Bab 3

"Assalamualaikum..." laung Lara apabila kaki sudah melangkah masuk ke dalam rumah agam bak istana itu. Hampir dua bulan dia tidak menjejak kaki ke rumah keluarga angkatnya itu disebab kan terlalu sibuk dengan konsert solonya baru-baru ini.

"Waalaikumsalam..." jawab Huzair yang baru muncul di beranda tangga foyer di dalam rumah itu. Lara terus mendongak memandang Huzair yang sudah pun tersenyum lebar memandangnya.

"Lara…”

“Abang..."

Huzair turun meniti anak tangga dengan cepat lalu mengatur langkah luas menghampiri Lara.

"Lara..." tanpa segan silu, Huzair terus mendakap tubuh Lara dengan erat. Lara pula tergamam dan terkaku dalam pelukan yang tak dijangka itu.

"Bila balik?" soal Huzair lalu meleraikan pelukan.

"Minggu lepas. Sorry, baru hari ni Lara dapat balik sini,” ujar Lara lalu mencium tangan Huzair. Sekali lagi Lara tergamam apabila Huzair mencium dahinya sambil melekap telapak tangan di kedua belah pipinya.

"Huzaiiir!"

Huzair dan Lara tersentak. Mereka berdua terus menoleh ke arah hala suara itu datang. Terlihat wanita tua bertudung labuh muncul dari ruang tamu menuju ke arah mereka.

"Tak boleh berpelukan sampai macam tu sekali. Jaga batas pergaulan,” tegur Puan Qadeeja tanpa berkias dengan kening sedikit berkerut.

Huzair terus menggaru belakang kepala sambil tersenyum kekok. Terasa malu pula apabila ditegur oleh umminya di depan Lara.

Lara mengemam bibir. Dia juga rasa serba salah kerana turut sama membiarkan Huzair memeluknya.

"Ummi... apa khabar? Sihat?" Lara terus mencium tangan Puan Qadeeja cepat agar ibu angkatnya itu tidak berlarutan memarahi Huzair yang jelas wajah naik merona.

"Alhamdulillah. Sihat."

"Sorry, ummi sebab baru hari ni Lara datang sini jenguk ummi,” ucap Lara sopan lalu mereka berdua berlaga pipi.

"Tak apa. Ummi faham—Lara sibuk dengan konsert sana sini,” ujar Puan Qadeeja sambil tersenyum manis.

"Abah mana?" soal Lara. Mereka bertiga terus mengatur langkah menuju ke bilik tamu.

"Ada—dekat belakang dapur tengah beri makan ikan koi dia,” jawab Puan Qadeeja. Tidak lama, muncul Tuan Kamsul dari ruang dapur.

"Eh—Lara. Bila sampai?" soal Tuan Kamsul dengan senyuman ceria.

Lara terus mencium tangan ayah angkatnya itu.

"Baru je... Abah sihat?" soal Lara.

"Alhamdullilah, sihat,” jawab Tuan Kamsul lalu mereka melabuh punggung di atas sofa.

"Lara singgah je ke atau bermalam di sini?" soal Tuan Kamsul yang duduk disebelah Puan Qadeeja. Sementara Lara dan Huzair duduk berdua di sofa sebelah kiri.

"Err..." sempat lagi Lara melirik ke arah Huzair yang duduk disebelahnya. Lara dapat merasakan Huzair berharap dia akan bermalam disitu.

"Maaf Abah, Ummi. Lara tak dapat bermalam disini malam ni. Lara terpaksa balik KL sebab malam nanti, Lara ada practice and kena siapkan set terbaru untuk konsert Lara hujung bulan depan nanti,” ujar Lara agak keberatan dan rasa serba salah. Wajah Huzair terus berubah mendung.

"Tak payah nak buat muka sedih sangat, Huzair,” perli Tuan Kamsul selamba, “Bukan nya kamu langsung tak boleh jumpa Lara lagi lepas ni. Tak lama pun, bulan depan kamu pindah kerja dekat KL juga. Dapat lah jumpa 'adik kesayangan' kamu ni,” cebik Tuan Kamsul. Tahu sangat, apa yang terbuku di dalam hati anak tunggalnya itu.

"Abah merepek apa ni..." Wajah Huzair sudah berubah merah padam. Tidak suka diusik abahnya sebegitu. Makin bertambahlah rasa malunya di depan Lara yang tertawa kecil memandangnya kini.

"Tapi, Lara akan stay sini sampai petang nanti. Nak spend time dengan Ummi, Abah dengan Abang Zair,” ucap Lara menguntum senyum.

Huzair kembali tersenyum mendengar kata-kata Lara itu.

****

"Jauh termenung..." tegur Huzair yang kini sedang duduk di atas stool yang diperbuat daripada kayu sambil melakar sesuatu di atas kanvas putih di sebuah bilik galeri milik peribadinya. Bilik itu penuh dengan lakaran wajah Lara yang kebanyakkannya hitam putih yang tersusun bergantung di dinding, ada juga yang diletakkan di atas lantai dengan disandarkan ke dinding.

Lara yang duduk diatas kerusi sambil memeluk kedua lututnya terus terngadah.

"Bila masa pula Lara termenung?" soal Lara dengan kening berkerut, "Lara cuma tak nak bergerak banyak, kan abang tengah lukis gambar Lara. Nanti, tak cantik pula." Ujarnya memberi alasan. Hakikatnya, dia terkenangkan tentang Hakim Petra yang muncul di depannya beberapa minggu yang lalu.

Ingin memberitahu Huzair, dia merasa ragu-ragu. Dia tidak mahu menyusahkan Huzair dan keluarga angkatnya lagi. Huzair—seorang lelaki asing yang datang menyelamatkannya ketika dia jatuh pengsan di tepi jalan raya dalam keadaan basah kuyup ditimpa hujan pada waktu larut malam, setelah seharian mencari Hakim Petra. Seorang lelaki yang tidak kenal erti penat dan lelah ke hulu ke hilir, turun naik, kesana kemari menemaninya mencari Hakim Petra di merata tempat selama berbulan-bulan sehingga Lara sendiri yang berputus asa.

Melihat keadaan Lara yang terkapar-kapar tiada tempat untuk bergantung, akhirnya Huzair memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah berjumpa dengan Puan Qadeeja dan Tuan Kamsul. Siapa sangka, Puan Qadeeja dan Tuan Kamsul sudi menerimanya dengan hati terbuka dan mengambilnya menjadi anak angkat sehingga ke hari ini. Dia amat bersyukur masih ada insan mulia yang ikhlas menerima anak yatim piatu yang bernasib malang sepertinya. Cukup lah, selama 8 tahun ini, keluarga angkatnya menjaga dan memberi dia kehidupan yang serba cukup dan mewah. Lara benar-benar terhutang budi dengan keluarga Huzair.

"Ye lah tu. Tapi, abang dapat tengok dari muka Lara—there's something bothering you. What is it?" soal Huzair lalu meletakkan pencil di atas meja bulat disisinya. Setelah itu, dia menyilang kedua tangannya memeluk tubuh.

"Tak ada apa-apa. Cuma, Lara masih fikir lagu-lagu yang Lara akan bawa untuk konsert nanti. Minggu lepas, Maria ada open special request dekat official fanpage Lara dekat IG untuk konsert hujung bulan depan nanti. Banyak sangat permintaan diorang. So, Maria terpaksa buat random pick macam tu. Biasa lah, Lara tak boleh nak bagi set EDM je masa konsert. Takut nanti fans naik jemu," ujar Lara panjang lebar.

"La—ye ke? Maksud Lara, Lara nyanyi juga ke nanti?" soal Huzair.

Lara mengangguk kecil.

"Ye, nyanyi plus playing some instrument,” jawabnya.

"Abang nak tengok lah konsert Lara kali ni. Masih ada tak tiket? Abang nak beli satu,” ujar Huzair sambil tersenyum.

"Kalau abang, tak payah lah beli tiket. Nanti, Maria boleh bagi pass dekat abang—so senang abang masuk back stage nanti,” ujar Lara.

"Eh—tak nak lah,” tolak Huzair, “Abang nak tengok Lara dari bawah pentas je. Nak tumpang sekaki dengan fans Lara. Mesti seronok kan macam dulu-dulu kita pergi music festival." ujarnya sambil mengingatkan kenangan mereka bersama ketika tinggal di US. Dia sanggup menempah awal tiket VIP untuk dirinya dan juga Lara, setiap kali ada acara muzik festival di negara tersebut. Tak kira lah, di Los Angeles, New York, Las Vegas mahu pun di Hawaii.

Huzair juga sanggup merealisasikan impian Lara mahu menjadi seorang DJ, walaupun jauh di lubuk hatinya dia agak keberatan membiarkan Lara jadi tatapan umum suatu hari nanti. Tetapi kerana Lara, dia relakan. Dia sanggup membayar semua biaya Lara masuk ke kelas muzik, membeli instrument muzikal lengkap buat Lara. Baginya, melihat Lara tersenyum bahagia adalah 'priority' utamanya. Dia tidak sanggup melihat Lara terus bersedih dan meratapi atas kehilangan lelaki yang pernah menghancurkan hati wanita itu.

"Nanti ada yang ambil kesempatan pegang-pegang abang. Maklum lah kan, masa konsert tu nanti, confirm berhimpit, bersesak-sesak dekat bawah tu. Masa tu juga lah, ramai yang ambil kesempatan pegang sana sini,” ujar Lara sambil mencebik.

Huzair terus mengangkat kening tinggi.

"Are you being jealous?"

"Ofcourse..." jawab Lara.

Huzair terus tersenyum lebar. Hatinya mula berbunga-bunga bila mendengar pengakuan Lara itu.

"You're my super hero since you saved me on that night,” tambah Lara sambil tersenyum. Semakin lebar senyuman Huzair lalu dia mengangkat punggungnya menghampiri Lara. Kedua pipi Lara terus dicubit sayang dan penuh geram.

"What a sweet talker."

"Hish! Abang ni! Sakit lah!" dengus Lara lalu menepis tangan Huzair dari terus mencubit pipinya.

****

"Okay, ni adalah list lagu dan juga special request dari fans kau yang aku random pick hari tu. Tak banyak. Hanya 3 lagu with one drum cover performance,” ujar Maria lalu menghulurkan satu keping kertas ke arah Lara.

Lara terus menatap kertas itu.

"Drum cover?" soal Lara dengan kening sedikit berkerut.

"Ha'ah. Don't worry lah, that song kau pernah cover masa buat konsert dekat London 2 years ago. Diorang nak kau buat sekali lagi dekat konsert sini kali ni,” ujar Maria.

Lara terus menghela nafas berat. Kertas itu dia hulurkan kepada Roy.

"Kalau lagu ni, you kena jadi rapper nya,” ujar Lara.

Roy yang berdiri bersandar di hujung meja terus menyambut kertas itu.

"Okay-okay. I on je,” ujar Roy bersetuju dengan terangguk-angguk, “Tapi, siapa yang akan nyanyi part verse dia? Sebab part tu, mesti perempuan yang take place. Kalau lelaki, bunyi dia tak cantik,” Komen Roy. Mereka ketika ini berada di bilik studio milik Lara di One Music Label.

"I will invite Lizzy to join with us. Sebab, dia yang pernah bawa lagu ni masa konsert I dekat London 2 years ago dengan Maxwell. So, she will take from the first verse until interlude. Lepas tu—I masuk dekat Bridge until the end,” Cadang Lara atau lebih kepada arahan.

Maria dan Roy mengangguk setuju.

"So, kalau macam tu bila korang nak practice?" soal Maria.

"Malam ni, aku nak siapkan set aku dulu. Esok boleh start dengan Lizzy sekali. Since Lizzy ada text aku hari tu, dia nak show aku lirik yang dia tulis last month,” ujar Lara.

"Dia nak release new song ke?" soal Maria.

"Bunyi dia macam tu lah—tapi dia nak aku arrange and compose untuk dia,” ujar Lara.

"Woow … banyak duit masyuukk..." ujar Maria meleret panjang.

"Banyak duit masyuk, banyak juga aku kena perah otak aku ni,” perli Lara kembali.

"Okay lah—kalau macam tu, I balik dulu lah. You jangan lewat sangat balik nanti, okay. See you tomorrow,” celah Roy sambil mengenyit mata pada Lara. Ya, Roy memang begitu. Suka mengorat Lara dengan gaya nakal yang mencuit hati Lara. Lara juga tahu, Roy juga menyimpan perasaan padanya sejak mereka berdua sering berlatih bersama dengan lagu terbaru mereka. Namun, Lara tidak mengambil serius akan hal itu.

Roy selalu sahaja menghubungi dan menghantar mesej-mesej romantis padanya. Namun, Lara hanya sekadar melayan Roy sebagai rakan seperjuangan di dunia muzik.

****

Hampir tiga jam Lara bertungkus lumus menyiapkan set EDM terbarunya akhirnya Lara menyandar tubuhnya di dada kerusi bersama keluhan panjang yang memenatkan. Headphone terus ditanggalkan dan dibiarkan bergantung di bahu. Dia meluruskan tangannya lalu mematah-matahkan jari-jemarjnya dengan sekali gus.

Krek! Krek!

Setelah itu, dia melentok kepalanya lalu  menggerakkan nya dengan putaran bulat sehingga mengeluarkan bunyi kriuk kriuk. Kaki panjang yang tersarung demgan seluar skinny jeans itu diangkat lalu dilunjurkan di atas meja.

Lara berniat mahu berehat sebentar sambil menunggu Maria keluar membeli KFC bersama Farhan. Dia pun melelapkan mata sambil berpeluk tubuh. Tidak lama, pintu bilik studio itu dibuka secara perlahan. Sepasang kaki yang tersarung dengan kasut kulit itu melangkah masuk ke dalam dengan langkah perlahan menghampiri Lara yang sudah pun terlelap tidak sedarkan diri.

Hakim Petra tersenyum sinis menatap wajah Lara yang lena tidur itu. Sejak Lara tiba di studio itu 4 jam yang lalu, dia memerhati gerak-geri dan perbuatan Lara melalui CCTV di dalam pejabatnya sehingga kini. Setelah Maria keluar dari studio tadi, baru lah dia pergi ke studio Lara.

"You're still look innocent, baby..." gumamnya sinis. Ya, segarang-garang bagaimanapun Lara bercakap dengannya tempoh hari, baginya Lara tetap wanita polos.

Mata Hakim Petra bergerak perlahan merenung tubuh Lara dari atas kepala hingga ke hujung kaki yang tersarung dengan sneaker adidas putih itu. Sekali lagi, Hakim Petra tersenyum sinis.

Walaupun tubuh Lara dibalut dengan hoodie hitam yang longgar hingga menutupi paha, matanya masih dapat menembusi ke dalam sehingga dia dapat membayangkan bentuk dan setiap lekuk tubuh itu. Dia akui, tubuh Lara yang kini lebih langsing dengan ukuran pinggang 24cm, seksi dan menggiurkan dengan ketulan 4 packs di perut wanita miliknya itu berbanding 8 tahun yang lalu. Itu membuat dia semakin tertarik dan melabuh punggung di atas kerusi beroda tepat di depan Lara.

Hakim Petra menongkat sikunya di lengan kerusi sambil merenung wajah Lara. Dia masih belum rasa puas merenung wajah itu walaupun sudah hampir setengah jam dia berada di bilik studio itu.

Tiba-tiba, telefon bimbit Lara berbunyi. Serta-merta Lara terbangun dari lenanya. Apabila Lara membuka matanya, dia amat terkejut melihat Hakim Petra sedang duduk merenungnya sehingga dia merasakan jantung hampir luruh ketika itu.

"What are you doing here?" soal Lara dengan kening berkerut seribu. Dia menjatuhkan kedua kakinya lalu duduk menegak.

"Watching you,” jawab Hakim Petra.

"Berapa lama you dah dekat sini?"

"About half an hour ago,” ujar Hakim Petra jujur dan tenang.

"What?" Lara tercengang.

Hakim Petra hanya mengangkat kedua keningnya dengan sinis.

"Sekarang you keluar,” Halau Lara tanpa basa-basi. Telunjuknya terus menuding tepat ke arah pintu.

"You halau I?" soal Hakim Petra sinis.

"Yes,” jawab Lara sepatah penuh yakin.

"You halau CEO tempat you cari makan?" soal Hakim Petra. Lagi-lagi dengan nada sinisnya. Itu—membuat Lara mengetap rahang menahan amarah yang baru menjijit naik ketika ini.

"I tak suka orang masuk dalam studio I tanpa kebenaran I dan I tak suka orang ganggu I buat kerja,” ujar Lara cuba mengawal nada suaranya dari melengking.

"I ganggu you?” soal Hakim Petra, sinis, “I tak nampak you buat kerja pun sekarang ni. Apa yang I nampak, you baru je lepas bangun tidur dengan mulut ternganga,” ujarnya, selamba.

Melopong mulut Lara ketika itu. Malu sudah semestinya. Hakim Petra menyilang kedua tangannya memeluk tubuh dengan penuh bergaya.

"Lagipun, kenapa perlu I minta kebenaran dari you untuk masuk studio ni kalau company ni, I yang punya? Bukan setakat company ni je, tapi termasuk orang-orang yang bekerja disini dan juga semua artis yang bernaung di bawah company ni, termasuk... you, baby,” ujar Hakim Petra tersenyum licik, sengaja memanggil Lara dengan panggilan manja itu. Dia ingin Lara mengingati kisah mereka 8 tahun yang lalu.

Mata Lara terus mengecil, menikam tepat ke dalam mata Hakim Petra. Nampaknya, lelaki ini semakin berani mahu menunjukkan taringnya. Tetapi, dia belum tahu lagi taring siapa lebih tajam disaat ini.

"Don't you ever call me with that name,” ujar Lara perlahan tetapi cukup keras.

"Why? Salah ke—I panggil you, baby? Itu kan nama panggilan you sejak dari dulu lagi."

"Not anymore, bastard..."

Hakim Petra terkedu. Tidak menyangka, kali ini Lara berani memanggilnya 'bastard'. Jika sebelum ini, wanita itu memanggilnya 'jantan tak guna'.

"What did you just called me? Bastard?" soal Hakim Petra mula naik angin satu badan. Dia perlahan mengangkat punggungnya lalu menghampiri Lara.

"You really want to see how bastard I am?" soalnya seolah mencabar.

Lara mula cuak. Dia pantas menolak kerusinya ke belakang.

"You nak buat apa, hah?" jerkah Lara berani walaupun jantungnya ketika ini terasa mahu meletup. Bukan dia tidak tahu, lelaki itu jenis pantang dicabar.

"Showing you, how bastard I am,” ujar Hakim Petra sekali lagi sambil melangkah perlahan menghampiri Lara dengan kedua tangan menyeluk ke dalam poket seluar.

Lara bingkas bangun.

"Show it—if you dare. Biar satu dunia tahu, betapa bangsatnya seorang lelaki bernama Hakim Petra terhadap kaum wanita,” ujar Lara keras dengan mencerlung mata tajam menikam anak mata Hakim Petra.

Hakim Petra tidak jadi menghampiri Lara lagi. Dia berhenti disitu sambil membalas tatapan mata tajam itu.

“You jangan ingat, I akan takut dengan ugutan you. I bukan perempuan bodoh yang you kenal 8 tahun yang lalu,” Lara mendengus sinis sebelum dia mencapai begnya lalu melangkah luas keluar dari bilik studio itu.

Bam!

Pintu dihempas kuat sehingga terasa gegendang telinga bergegar. Hakim Petra terus tertawa sinis. Dia tidak menyangka sama sekali Lara berani menentangnya kembali.

Sementara di luar, Lara hampir-hampir merempuh Maria yang sedang menjinjing plastik makanan kerana terlalu melayan perasaan amarahnya.

"Eh! Eh! Eh! Kenapa ni?" soal Maria, terpinga-pinga melihat wajah tegang Lara.

"Jom lah balik. Aku dah siapkan set aku,” ujar Lara sambil melirik ke arah lorong menuju ke bilik studio nya.

"Habis tu, makanan ni?" soal Maria sambil mengangkat sedikit tinggi plastik logo KFC sederhana besar itu.

"Ah! Kau bawa balik je lah!”

"Aik! Bukan ke tadi kau kata kau lapar ke?" soal Maria semakin pelik dengan tingkah laku Lara ketika ini.

"Sekarang aku dah tak rasa lapar."

Semakin berlapis-lapis dahi Maria, hairan bercampur keliru. “Apa?"

"Dah, jom! Balik! Jangan banyak soal. Aku nak rest. Penat,” ujar Lara lalu mendorong tubuh Maria keluar dari bangunan itu bersamanya.

****

Tiba sahaja di kondo, Lara mengangkat hoodienya menutupi kepala. Setelah itu, dia memasang penutup muka bewarna hitam sebelum dia melangkah keluar dari kereta Vellfire itu.

"See you tomorrow,” ujar Lara.

"Allright. Bye..." Maria melambai kecil sebelum pintu kereta di tutup rapat.

Lara mengatur langkah masuk ke dalam bangunan kondo sambil headphone melekap di telinga. Lagu kegemarannya dipasang dengan volume yang sangat kuat sehingga bunyi disekeliling langsung tidak kedengaran.

Lara menekan butang lif. Sambil menanti pintu lif terbuka, ibu jarinya terus menatal skrin ipodnya mencari lagu kegemarannya yang lain.

Terbuka sahaja pintu lif, Lara terus melangkah masuk ke dalam. Dan ketika itu juga, seorang penghuni di kondo tersebut turut sama masuk ke dalam lif. Lara yang tidak menghirau penghuni tersebut, terus menekan nombor 23. Lantai bangunan yang paling teratas sekali dengan hanya mempunyai empat buah kondo dalam satu blok. Dan, kini satu block itu dihuni oleh dua orang iaitu dirinya dan juga jiran barunya.

Lara yang sedang asyik menghayati lagu sambil terangguk kecil itu perlahan-lahan mengerut kening. Bau minyak wangi maskulin yang menyerogot masuk ke rongga hidungnya itu, berhasil membuat dia teringat akan seseorang. Dia pantas melirik ke sisinya. Hanya sekadar ingin tahu, siapa kah gerangan yang memakai minyak wangi yang sama.

Oh my god!

Lara terkedu memandang lelaki yang berdiri tegak disebelahnya sambil kedua tangan menyeluk ke dalam saku seluar.

Hakim Petra melirik Lara dengan sinis ketika itu.

Lara terus menurunkan pelitup mukanya ke bawah dagu. Begitu juga dengan hoodienya bersama headphone dibiar bergantung di bahu.

"You stalk I ke—sampai sanggup ikut I sampai sini?” soal Lara mula naik bengang, “You must be crazy…” sinisnya dengan wajah jengkel bercampur geram.

Hakim Petra terus tertawa sinis.

"Very funny. Sejak bila pula I stalk you? Perasan…” sinisnya sambil menjeling nipis.

Lara semakin bengang. Darahnya sudah naik menyirap seluruh urat nadi hingga ke kepala. Tak mengaku konon!

"Habis tu, apa you buat dekat kondo ni kalau you bukan nak stalk I?" soal Lara sambil mengetap bibir menahan geram. Ada juga yang kena lempang tidak lama lagi. Sudah lah di studio tadi, lelaki itu menunjukkan sisi gilanya. Kini, lelaki itu sanggup mengintipnya hingga ke kondo.

"What do you think?" Soalan dijawab dengan soalan. Hakim Petra menjongket sebelah kening. Tidak menunggu lama, Lara terus menoleh memandang ke arah punat lif yang bernyala ketika ini.

Hanya satu punat yang bernyala! Nombor 23!

Zap!

Lara terkedu. Semakin membulat matanya. Dia pantas menoleh ke arah Hakim Petra kembali. Belum pun sempat dia bersuara...

Ting!

Lif berbunyi menandakan mereka berdua sudah tiba di lantai paling teratas. Pintu lif terbuka luas.

Hakim Petra berpaling menghadap Lara lalu membongkok sedikit tubuhnya menyama ratakan paras tinggi. Lara menarik wajah menjauh apabila terasa wajah lelaki itu terlalu dekat dengannya.

"Hello neighbour,” ucap Hakim Petra sinis bersama senyuman licik, sebelum dia kembali menegakkan tubuh lalu melangkah keluar dari lif itu dengan penuh bergaya.

Lara pula melopong, terpaku berdiri di dalam lif.

'Hello neighbour? ... Jadi, dia ni lah jiran aku?' soal Lara di dalam hati seakan tidak percaya. No, shit!

"Goodnight Lara Sephia. See you tomorrow morning," Hakim Petra mengenyitkan matanya sebelum menyambung langkah menuju ke pintu kondo tepatnya di sebelah kondo Lara.

Lara terus memejam mata rapat lalu mendongak. Bibir diketap kuat. Kedua tangannya mengepal buku lima sehingga menggigil, meninbulkan urat-urat hijau.

"Hakim Petra..." keras sahaja nama itu meniti di bibirnya sambil mengetap rahang dengan kuat.

Ingin sahaja Lara menumbuk dinding lif ketika ini. Dia benar-benar tidak menyangka dan terasa amat geram sekali apabila mengetahui Hakim Petra adalah jirannya.

Bagaimana dia akan menjalani hidup dengan tenang selepas ini jika dia berjiran dengan lelaki yang pernah menghancurkan hidupnya suatu ketika dulu?

Share this novel

Suzilalaily Addenan
2022-01-05 08:55:56 

Like complicated nak pause bc n samb.. Kenapa bila open story to continue, page bkn pd last page has been read? Leceh la.. Lambat utk next, iklan kacau. Any idea to enjoy utk easier tak?


NovelPlus Premium

The best ads free experience