Prolog

Drama Series 564330

Prolog

"Tolong lah lepaskan saya... saya tak nak buat kerja ni. Tolong lah..." Lara merayu bersungguh-sungguh dengan wajah yang habis lencun dengan airmata.

"Argh! Kau tak ada pilihan lagi. Kau sudah dibeli. Jadi, kau mesti layan tuan yang sudah membeli kau. Sekarang, cepat jalan! Dia dah tunggu di dalam!" Ujar lelaki yang berbadan tegap yang sedang menolak tubuh Lara dari arah belakang.

Lara terus menggeleng laju. Semakin deras airmatanya mengalir ketika itu.

"Tidak, lepaskan saya. Tolong lah... saya merayu." Tubuh Lara menggeletar hebat ketika itu apabila diheret menuju ke sebuah bilik. Pintu dibuka luas lalu tubuhnya ditolak kasar ke dalam sebuah bilik VIP di sebuah kelab malam sehingga dia hampir tersungkur. Namun, syukur Lara mampu mengimbangi tubuhnya.

Cepat-cepat Lara meluru ke arah pintu kembali. "Jangan!"

Namun sayang pintu sudah ditutup rapat.

"Tolong! Buka pintu ni! Saya tak nak!" Lara meraung sambil mengetuk dan menghempas pintu itu dengan telapak tangan dengan kuat. Tombol pintu itu juga dia pulas-pulas tetapi ternyata sudah dikunci dari luar.

Allah...

Lara menangis semahu-mahunya. Lara sudah tidak menghiraukan apa yang ada di dalam bilik itu.

"Ehem!"

Lara tersentak mendengar deheman itu. Semerta tangisnya terhenti. Tubuhnya yang lemah akibat meraung seperti orang gila tadi, kini berubah menggigil ketakutan. Bibirnya juga turut sama menggeletar.

"Turn back, baby... I wanna see you." Arah suara garau itu. Lara menelan air liur beberapa kali. Dia memberanikan diri berpaling secara perlahan ke belakang.

Lara baru tersedar, jika ruang bilik itu suram. Tidak juga terang, tidak juga gelap. Cukup membuat matanya dapat melihat dengan jelas susuk tubuh yang sedang duduk bersandar di sofa dengan sebelah kaki di silang di atas lutut. Kedua tangannya di depa di atas bahu sofa. Lelaki itu memakai baju kemeja putih dengan berseluar slack. Dapat Lara nilai dari kasut kulit yang berkilat itu, pasti lelaki itu kaya. Jika tidak, lelaki itu tidak akan sanggup membeli dirinya dengan harga 500 ribu.

Lara cuba mengamati wajahnya tetapi sayang... kerana bayang tiang lampu di sisi sofa itu tepat mengenai wajahnya, membuat Lara sukar melihat bagaimana bentuk wajah lelaki itu.

"Wow... you really look pretty, baby. Untungnya I dapat beli you." Ucap lelaki itu diselit dengan tawa perlahan. Lara diam dan kejur disitu. Tidak tahu mahu membalas apa. Otaknya hanya berfikir bagaimana dia mahu meloloskan diri dari lelaki itu.

Lara semakin gementar, apabila lelaki itu tiba-tiba bangun dari duduknya. Dia melangkah satu-persatu sehingga akhirnya Lara dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

Lara terpaku dan terpegun. Dia tidak menyangka, lelaki yang membelinya ini... sangat muda dan tampan orangnya. Sempat juga matanya meneliti tubuh lelaki itu dari kaki hingga ke kepala. Lelaki itu mempunyai tubuh sasa dan tinggi.

Semakin lelaki itu mendekati Lara, semakin Lara mengundur sehingga dia sendiri yang tersentak apabila terasa belakangnya sudah mencium daun pintu.

Lelaki itu menundukkan sedikit tubuhnya agar dapat menyamakan tinggi mereka berdua. Lara dapat menghidu bau wangi yang terbit dari tubuh lelaki itu. Bau wangi yang sangat mahal.

"Hai..." sapa lelaki itu dengan suara cukup gemersik di gegendang telinga. Namun, suara itu tidak cukup untuk dapat menepis perasaan takut Lara ketika itu. Lara mengangkat kedua tangannya lalu menyusun sepuluh jari.

"To...tolong... Jangan apa-apakan saya. Sa... saya betul-betul merayu dekat tuan. Tolong lepaskan saya, tuan. Saya mohon..." Lara merayu dengan airmata kembali berjurai. Mengharapkan simpati dari lelaki itu namun ianya sia-sia apabila lelaki itu tiba-tiba tertawa sinis. Dia menegakkan kembali tubuhnya.

"You nak I lepaskan you macam tu je? You must be crazy. I beli you dengan harga 500 ribu sebab I nak you teman dan layan I sampai I rasa puas." Ujar lelaki itu lalu menarik pinggang Lara merapat ke tubuhnya.

Lara terjerit kerana terkejut. Jantungnya terasa mahu meloncat keluar ketika itu. Serta-merta kedua tangannya melekap ke dada bidang lelaki itu.

"Tu.. tuan. Tolong lah, lepaskan saya." Rayu Lara lagi sambil cuba menolak dada lelaki itu namun pelukan lelaki itu begitu kejap sehingga Lara tidak mampu bergerak walau seinci.

"No, I takkan lepaskan you until I get what I want. I nak you layan I juga malam ni." Bisik lelaki itu keras tepat di wajahnya. Lara terus menggeleng laju.

Sekali lagi Lara terjerit apabila dia mencempung tubuhnya secara mendadak. Dia meronta sekuat hati.

"Turunkan saya! Tolong tuan. Saya merayu!"

"No!" Lelaki itu terus menghumban tubuh Lara di atas katil yang sangat empuk itu. Tubuh Lara terus melantun kerana di campak secara kasar.

"Tuan, jangan!" Lara cuba sedaya upaya bangun namun lara terjerit sekali lagi apabila lelaki itu menarik kakinya dengan kasar. Tubuhnya yang separuh bangun terlentang dan terheret ke bawah.

"Jangan tuan!" Lara cuba menegah lelaki itu dari menindih tubuhnya namun apalah dayanya. Kudrat wanita tidak akan mampu menandingi kudrat seorang lelaki. Kedua tangan Lara dicengkam dengan kuat lalu dihenyak di atas tilam.

"Jangan melawan!" Bisik lelaki itu keras. Airmata Lara terus berjurai deras. Lelaki itu menindih tubuh Lara lalu menyambar bibir Lara dengan kasar. Lara meringis kesakitan apabila bibir bawahnya digigit kuat sehingga berdarah.

Puas lelaki itu melumat bibirnya, kini lelaki itu cuba membuka bajunya.

"Jangan!" Lara berusaha keras menepis tangan lelaki itu dari membuka butang baju kemejanya. Namun kerana lelaki itu begitu marah melihat Lara berterusan melawannya, dia terus mengoyak baju Lara.

Prak!

Dada Lara terus terdedah. Lara pantas menyilang kedua tangannya ke dada, cuba menutup asetnya. Airmatanya semakin laju menitis ke sisi wajah. Dia sempat memandang lelaki itu yang begitu rakus membuka seluar jeansnya. Lara meronta sekuat hati namun lelaki itu terus melucutkan seluar jeansnya bersama dengan seluar dalamnya sekali!

Kini tubuh Lara sudah tidak ditutupi walau seurat benang pun. Lara semakin menangis teresak-esak. Spontan sahaja tubuhnya menggigil hebat apabila kedinginan di dalam bilik itu menggigit seluruh tubuhnya. Namun hanya sekejap sahaja. Tubuhnya kembali hangat apabila lelaki itu kembali menindih dan memeluknya. Lara juga baru tersedar, bahawa lelaki itu juga sudah tidak berpakaian lagi.

"Jangan tuan. Tolong lepaskan saya." Lara merayu, merintih serta meraung pada malam itu namun semuanya tiada erti. Lelaki itu langsung tidak menghiraukan rayuannya. Lelaki itu malah galak meneroka, menyentuh, mencumbui dan menjilat seluruh tubuhnya.

Lara mengerang kesakitan pada malam itu apabila mahkota dirinya yang dijaga rapi selama ini dirobek dengan kasar. Lelaki itu meratah tubuhnya sepuas-puasnya sehingga dia terkulai lemah. Entah berapa kali lelaki itu menabur benih di dalam tubuhnya, Lara sendiri juga sudah tidak tahu.

Sungguh, Lara merasa dirinya jijik dan kotor ketika itu. Maruahnya sudah tercalar. Harga dirinya hilang. Dia malu! Lara merasa tiada guna lagi dia hidup di dunia ini. Dia mahu mati!

"Aaaargh!" Lara meraung dan menangis teresak-esak. Dia menggenggam dan mencengkam selimut tebal yang menutupi tubuhnya yang tanpa seurat benang itu sekuat hati.

"Hey... please don't cry." Pujuk lelaki itu. Dia cuba menarik tubuh Lara agar menghadapnya namun Lara mengeraskan tubuh. Lara benci melihat wajah lelaki itu!

Akhirnya lelaki itu memeluk tubuh Lara dari arah belakang. Bahunya di cium dengan lembut oleh lelaki itu konon dapat memujuk dan menenangkan dirinya yang sudah dijamah tanpa belas kasihan.

"Lepaskan... saya. Tuan dah dapat apa yang tuan nak." Ujar Lara tersekat-sekat.

"No, I takkan lepaskan you. I dah beli you. 500 ribu bukan untuk sekali. Tapi, selagi I nakkan you. You're mine now. All of you." Pujuk lelaki itu lagi dengan lembut.

Sial! Lara menyumpah di dalam hati. Dia terus menangis dan terus menangis semahu-mahunya.

"Babe.."

Lara tersentak dari lamunan apabila bahu kanannya disentuh. Dia segera menoleh ke sisi. Maria yang duduk disebelahnya terus merenung wajahnya dengan riak hairan.

"Okay tak suara dia?" Soal Maria. Lara terkebil-kebil lalu memandang ke hadapan. Seorang pemuda yang berdiri di dalam ruang rakaman di studio itu sedang memandangnya, seolah menanti komen dan pendapatnya.

"Err..." Lara tidak tahu mahu memberi komen apa ketika ini kerana dia benar-benar tidak mendengar langsung lelaki itu bernyanyi tadi. Tiba-tiba sahaja dia mengenang kisah hitam itu. Tiada angin tiada ribut. Sedangkan ianya sudah berlalu 8 tahun yang lalu.

Lara meraup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Setelah itu, dia menarik microphone mendekat ke bibirnya.

"Roy, can you do it again?" Roy terus mengangguk sekali sambil menjempul ibu jarinya. Mengatakan 'okay'.

Lara terus melekap headphonenya di kedua belah telinganya. Dia cuba untuk kembali fokus pada pekerjaannya. Dengan isyarat tangan, Roy yang berada di dalam ruang rakaman itu mula menyanyi atau lebih tepatnya lagi, rapping.

Ya, Lara seorang DJ yang sedang meningkat naik di mata dunia hiburan. Dia juga satu-satunya DJ wanita berasal dari Malaysia yang berjaya tersenarai di top 10 DJ di Asia Tenggara. Setiap harinya dipenuhi dengan muzik dan juga dentuman disko. Jadualnya juga sentiasa padat dengan konsert solo sepanjang tahun dan juga undangan parti-parti dari kelas atasan, sehingga dia tiada masa untuk merehatkan tubuh mahupun bercuti. Namun, Lara juga senang dengan kehidupannya yang kini kerana sekurang-kurangnya dia dapat melupakan kisah pahit yang lalu.

Sementara Lara tekun mendengar suara Roy rapping, sambil itu juga dia memusing tombol dan menekan punat sound mixer di depannya. Dengan kepala terangguk-angguk, dia menghayati disetiap penyampaian vokal suara Roy, dengan komponen dan elemen rhymes, flow, pitch dan butir lirik yang disebut oleh Roy.

Selesai sahaja Roy rapping, Lara terus mengangkat tangan kanannya sambil mencantum ibu jarinya dengan hujung telunjuk.

"Okay. Perfecto!" ujar Lara bersama senyuman nipis. Dia berpuas hati mendengar rapping Roy. Dapat dia melihat, Roy tersenyum lebar lalu melepaskan headphone dari telinganya.

Sementara Lara, mula fokus ke arah skrin komputer.

"Babe..." panggil Maria.

"Mmm..." Lara hanya menggumam. Matanya masih fokus pada skrin komputer sambil tangan kanannya menggerakkan tetikus.

"Kau ada dengar rumours tak pasal company kita ni?" Soal Maria mula ingin membuka cerita.

"Rumours apa?" Soal Lara sambil melirik sekilas ke arah Maria.

"Dengar cerita, ada orang beli saham company kita last week. Tuan Husaini lepaskan 40% saham dia pada orang tu. Disebabkan tu, aku ada dengar dari staff lain, hujung minggu ni ada pengundian CEO baru bagi mengganti Tuan Husaini." Cerita Maria. Lara terus terpempan. Pantas dia menoleh sambil memutar kerusinya memandang Maria dengan riak terkejut.

"Really?" Soalnya ingin memastikan. Maria mengangguk beberapa kali.

"Kenapa Tuan Husaini lepaskan saham dia tiba-tiba?" Soal Lara sambil otaknya mula berfikir. Keningnya juga turut sama berkerut nipis. Maria menjongket kedua bahunya.

"I don't know." Jawab Maria. "Tapi dengar cerita yang beli saham tu bukan calang-calang orangnya. Muda tapi dah kahwin lah. Ada seorang anak."

"Siapa?" Soal Lara semakin ingin tahu.

"Emm... siapa eh nama dia?" Maria mula berfikir sambil menggaru kepalanya. Lara pula menanti penuh sabar.

"Ha! Hakim... Hakim, nama dia." Ujar Maria.

"Hakim apa? Takkan Hakim je?" Soal Lara dengan kening berkerut.

"Hakim... Hakim Petra."

Zap! Detak jantung Lara bagai terhenti sesaat. Dia terpempan mendengar nama itu disebut. Matanya langsung tidak berkedip. Adakah ini sebab mengapa dia tiba-tiba terkenang kisah pahit itu kembali tadi?

Nama itu...

Nama yang sudah lama terkubur dan lenyap dari hidupnya. Kini, nama itu muncul kembali.

Hakim Petra?

P/S : Deeyla hanya belanja prolog sahaja dulu. Will update selepas tamatnya KCB. Dan untuk pengetahuan awal, KCB akan di unpublish buat sementara selepas tamat nanti.

Share this novel

Indah Nabiah Kanun
2023-01-21 20:23:12 

bilalah bahagia

divo vtr
2022-09-21 12:06:15 

divo vtr
2022-09-21 12:06:14 


NovelPlus Premium

The best ads free experience