Kalau sayangkan dia kerana Allah.
kenapa 'lagha'kan dia?
Kalau sayang dia kerana Allah,
kenapa 'dodoikan' dia dalam hatimu?
Kalau sayangkan dia kerana Allah,
kenapa kotorkan dia?
Kalau sayang dia kerana Allah,
kenapa 'mustakmal'kan dia?
Kalau sayang dia kerana Allah,
kenapa jadikan yang haram?
Kalau yang nikmat itu halal,
kenapa masih mencari yang haram?
Kalau yang nikmat itu sah,
kenapa masih mem'batil'kan dia?
Kalau yang nikmat itu berwali,
kenapa bersayang tanpa wali?
Kalau yang nikmat itu kamu miliki secara halal,
kenapa masih kamu miliknya secara haram?
Yang berdua itu tidak haram,
Tapi jangan dilupa masih ada yang ketiga.
Yamg bercouple itu tidak haram,
Tapi jangan dilupa larangan Allah.
Yang berkasih itu tidak haram,
Tapi jangan dilupa La Taqrabu Zina.
Yang bercinta itu tidak haram,
Tapi jangan dilupa perbuatan kita.
Andai kita kotori dia yang bukan kita punya, yakinkah nanti kita dapat yang suci?
Sudah tentu tidak. Kotor juga semestinya.
Yang kita kotori itu, yang telah dimuliakan oleh bapa dan abang mereka. Yang kita cinta itu, belum tentu kita punya.
Cinta bukan couple.
Cinta itu fitrah.
Tapi, couple itu fitnah!
Mengapa perlu kotorkan fitrah itu dengan fitnah?
Whatever it is, back to Allah.
Pencipta cinta.
Kamu sayang Allah, Allah kurniakan kepadamu orang yang setia jaga cinta dia kepadamu.
Dunia akhirat, biidznillah.
Ihfazillah, yahfazka.
Share this novel