cinta

Inspirational Completed 566

"Kejamnya cinta. Cinta menjarakkan hubungan dengan insan-insan yang pernah disayangi. Cinta merubah sikap dan perlakuan. Cinta merubah prinsip diri. Cinta bagaikan taufan di laut yang menyebabkan ombak dan pantai berubah.

Cinta juga terlalu manis. Manisnya membunuh. Seperti kencing manis yang membawa risiko buta dan kematian. Begitulah bahaya kemanisan cinta. Ia umpama pemanis tiruan yang beracun. Dalam dos yang tinggi, otak akan rosak dan gagal berfungsi, lantas terlantar di ambang kematian.

Hari ini, cinta dengan mudah mekar di hujung jari. Bermodalkan gajet, cinta dipancing dalam luasnya lautan media sosial yang pelbagai. Tidak hairanlah, anak muda zaman ini berjaga malam semata-mata untuk chatting di internet. Berbeza dengan anak muda zaman kegemilangan Islam dahulu yang banyak berjaga malam untuk mempertahankan agama dan bersolat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience