Langkah laju kaki bunga menolak troli yang terisi bagasi.Tersenyum melihat jejaka tinggi lampai melambai padanya.lelaki berkulit cerah dengan mata sedikit menyepet.Wiliam anak kepada Nathan,jejaka berketurunan Iban dan tionghua..senang dipanggil willy.Bunga tersenyum,saat willy merapat dan mengambi alih tugas menolak troli...berjalan menyusur kearah tempat letak kereta...
"Bunga,are you okay?tanya William sambil merenung wajah gadis manis didepannya.Bunga tersenyum tanpa membalas,namun William tahu,bunga masih sedih.wiliam membukakan pintu kereta buat gadis itu.Selepas memasukkan bagasi dibonet kereta,William masuk ketempat pemandu.Merenung wajah bunga yang agak muram."Dearr..ada apa-apa yang bunga nak cerita kat willy or nak jumpa dengan tok daddy dulu,?soal William risau melihat bunga.Semalam tok mummy telefon William, masa tu dia masih diklinik,kata tok mummy Bunga dah putus tunang dengan sahabatnya Muqris.
Bunga menghela nafas panjang,merenung wajah William yang sedang fokus memandu,jejaka cantik itu sesuai untuk William dengan kening lebat dan bulu mata lentik,wajah terawat bersih,tanpa apa- apa noda diwajahnya." macam perempuan...hahaha" bisik hati bunga.Wiliam mengerutkan dahinya,hairan melihat Bunga tersengeh sendiri macam orang tak betul." Dear...sure ni you okay? soal William lagi.Wiliam menyentuh lengan bunga yang berlapik dengan kain,Bunga memandang wajah William dan tersengeh.." Bunga tengah fikir pasal abang willy la,.." jawab bunga selamba." Owh..kenapa,abang kacak ke?Soal William teruja." Hmmm...kacak tu...macamana nak cakap arr,abang kacak dengan cantik,tapi tak mancho,sebab wajah abang macam perempuan"ujar bunga kemudian ketawa terbahak- bahak...
William tersenyum sahaja,hatinya berbunga-bunga bila boleh melihat bunga ketawa.Wajah manis itu tidak lagi muram.Sungguh William sayangkan gadis comel berkulit sawo matang ini,gadis melayu...Hampir sepuluh tahun William menyimpan sendiri rasa itu,hingga sekarang..tak pernah berubah.Gadis ceria yang pernah menghiburkannya ketika dia kehilangan kedua orang tuanya.Mereka bertemu pertama kali di sandakan saat William berusia 23 tahun,kini Bunga sudah berusia 23 tahun dan William sudah hampir menjangkau 33 tahun,sebaya Muqris...William masih berharap,moga ada jodohnya dengan bunga...itulah doanya..William sudah lama memeluk ugama Islam,jauh sebelum dia kembali bertemu bunga.Dan rahsia ini cuma tok daddy sahaja yang tahu...William tersenyum....hatinya kian terisi dengan kehadiran Bunga Raudhah....
" Abang willy...boleh bunga jumpa tok daddy dulu,nak tanya pasal rumah yang papa beli dekat batu sapi dan taman kinabalu,Bunga dapat tawaran kerja sambil belajar di syarikat tsoi brother,uncle ang tsoi kan sahabat tok daddy..abang willy bawa bunga pi rumah tok daddy rindu nak jumpa jasmine,mesti dah besarkan"!! ujar Bunga seperti teruja...
William tersenyum dan menganguk kepalanya, sambil terus fokus memandu menuju kebanglo persendirian,di batu sapi...Banglo milik bapa angkatnya,tok daddy, atau nama sebenar uncle muktar,tok mummy pulak adalah isteri uncle muktar merupakan adik kandung mendiang papanya Nathan anak lucas.Jasmine merupakan anak ilham dan Betty,sepupu William.Wiliam tak pernah sendiri,mereka merupakan keluarga William saat William kehilangan...
Dari jauh sudah kelihatan Banglo putih biru milik uncle muktar..dihiasi tanaman bunga kertas dan mawar.Pintu pagar sudah siap terbuka menanti mereka.Kelihatan Ilham yang tersenyum mengendong bayi lelaki kecil,dan kanak-kanak perempuan bertocang dua disebelah ilham,tersenyum melihat mereka datang.Uncle muktar mendepakan tangan memeluk erat tubuh gadis kesayangannya...cucu saudaranya...gadis yang dari kecil diuji dengan berbagai dugaan,meskipun anak yang bongsu...tetapi dibesarkan oleh tok daddy nya kerana bondanya koma setelah melahirkannya...ketika itu Lufti seperti orang tidak siuman,malah hampir menghantar Bunga kerumah anak yatim,menyalahkan bunga sebab ain hampir kehilangan nyawa...Mujurlah kakak iparnya bertindak awal.Bunga gadis manis sudah dewasa,sayangnya harus diuji dengan Sikap Muqris,tunangannya.kali ini rajuk bunga tak mampu lagi Muqris pujuk,kerana bunga sudahpun memutuskan untuk menetap disabah dan memulakan hidup baru...
Bunga merenung foto wajah Muqris di telefon bimbitnya,kemudian menekan delete..dia ingin membuka lembaran baru.Seandai di takdirkan bernikah,dia ingin lelaki itu terus menikahinya tanpa perlu bertunang...bercinta atau apa sahaja.Bercinta selepas nikah,mungkin itu lebih baik..itu tekadnya..itu pilihannya.Biarlah Muqris dengan kehidupanya, dan dia dengan kehidupannya...biarkan takdir menentukan dimana ia bermula dan berakhir.
Share this novel