Bunga masih resah,berulang kali dia berfikir apakah hubungan syed Muqris dan wanita yang ada dalam Fac nya.Foto mereka bergambar bersama meskipun tidak berpegangan tangan.berulang kali bunga bertanya namun muqris meminta dia percaya, dirinya tetap setia.Namun kini,bunga tak mampu lagi bertahan...
Bunga mengambil keputusan menarik diri dari pertunangan mereka...bunga juga memutuskan untuk membatalkan kontrak practical di syarikat milik tok ayah zubir dengan serta merta.Angah dan along ya juga terkejut begitu juga dengan muqris..berulang kali muqris menghubungi bunga,namun nombornya telah diblock.Dia tahu dia salah...mencuba menguji bunga..sayangnya bunga tak mahu lagi mendengar suaranya mahupun wajahnya.. kesalahannya kali ini,akan membuat bunga pergi dari sisinya....
Bunga berjalan menyusur tepian pantai,melihat kanak-kanak mengutip cengkerang dan butir- butir batu kecil yang berkilau bagai permata.Bunga merenung lagi ombak yang menganas ditengah laut yang agak bergelora.Hati Bunga benar- benar resah..masih tergiang- giang kata-kata tok ma," Muqris dah nak balik,dia bawa kawan katanyanya adik angkatnya,perempuan pulak tu" ujar tok ma petang semalam.Dan bunga tahu,gadis itu siapa,sebab banyak gambar dalam Fac Muqris update kelmarin.Dan bunga mengambil keputusan untuk menerima tawaran pratikal disabah.Semalam papanya cuba memujuk namun Bunga tetap dengan pendirian.Muqris mungkin tiba jam 8 malam,dan Bunga akan berlepas ke kota kinabalu jam 11 pagi.Beberapa kali Muqris menghubungi bunga,namun Bunga tetap berdiam diri...
Bunga merenung cincin yang masih tersarung dijarinya.Perlahan bunga menarik cincin pertunangannya dengan Muqris dari jari manisnya lalu dimasukkan kedalam bekasnya kembali.Bunga menarik nafas dalam-dalam...sehelai kertas diambil,merenung semula kisah mereka suatu ketika dulu...mungkin lebih baik begini...membawa haluan masing- masing,jika ada jodoh mereka pasti bertemu...andai tiada mungkin itu sudah tersurat...dia pasrah..
Jari jemari Bunga menulis bait- bait kata disekeping kertas,dimasukkan kedalam sampul dan diletakan dimeja kecil bucu katil...bersama kotak cincin pertunangannya dan Muqris." semoga aku terus kuat,dan semoga ada sinar hari esok" bisik bunga sebelum berlalu,menarik perlahan bagasi miliknya.
Bunga memeluk seorang demi seorang ahli keluarganya,bundanya tersenyum,mereka juga terkejut bila Bunga memberitahu dia dihantar practical di sabah,setahun Bunga akan tinggal disana.Semalam Muqris menelefon meminta bunga membatalkan kepergiannya kesana,tetapi bunga menolak,jika muqris boleh membuat keputusan sesuka hati,tanpa peduli hati dan perasaannya,dia juga berhak membuat keputusan untuk menjaga hati dan perasaannya...diam dan menjauh tanpa perlu memikirkan hati dan perasaan sesiapa pun,dia ingin hidup tenang....
"Setahun lagi bunga pasti kembali bunda,doakan bunga ya..." bisik bunga ketelinga bundanya.Lufti tersenyum memeluk anak bongsunya,yang cukup tegas,jika sudah membuat keputusan tak mungkin berganjak walau seinci pun,Muqris mungkin tersilap langkah kali ini,tetapi Lufti tahu Hati bunga benar- benar terluka dan kecewa...Dan perjuangan Muqris untuk memujuk bunga mungkin sukar,kerana bunga merupakan anaknya yang paling susah dipujuk rayu...
Bunga melangkah perlahan masuk kebalai pelepasan domestik,melambai buat kali terakhir,berpaling dan melangkah...
" Jika engkau menghargai hubungan kita,engkau tak akan menjadikan wanita lain penting buatmu,walaupun sekadar untuk membantunya...kerana dia adalah orang luar,kecuali jika engkau menyimpan perasaan buatnya...jadi mulai detik ini aku bebaskan engkau dari ikatan ini...aku bebas dan lepaskan wahai lelaki yang pernah kucintai...syed Muqris...
Share this novel