Malam berinai Abang sepupu LayQa meriah dengan kedatangan saudara mara. Begitu jua dengan Lais serta keluarganya.
Namun Ayahnya lewat sedikit kerana menanti solat isya. Begitu jua dengan LayQa. Selepas menhantar neneknya kerumah Mak Longnya dia pulang semula kerumahnya.
Selesai solat Isya, LayQa berjalan kaki masuk kedalam simoang yang menuju rumah MakLong nya. Dalam masa yang sama Luthfan jua menapak masuk dan terserempak dengan LayQa.
LayQa hanya senyum dan menganggukkan kepalanya. Namun kakinya terhenti apabila namanya dipanggil oleh Luthfan.
"Jauhkan diri kau dari anak aku. Kau faham." Kata Luthfan menapak menghampiri LayQa.
"Aku taknak kau buat dekat anak aku macam mana Mak kau buat pada kau." Kata Luthfan lalu melangkah maju meninggalkan LayQa.
"Excuse me Tuan Komando Adam Luthfan. Jangan nak suka cakap kalau ianya akan memakan diri." Kata LayQa.
"Kenapa kau terasa kau benar? Sedangkan Mak kau tinggalkan kau pada nenek kau. Jadi kupu kupu malam." Kata Luthfan lagi.
"Kau ingat kau tu Tuhan ke? Kau boleh hukum orang sesuka hati kau!! Kau ingat aku nak ke ada kehiduoan macam ni hah!!!" Herdikan kuat dari LayQa membuatkan semua pengunjung yang datang melihat kearahnya dan Luthfan.
Begitu jua dengan Lais, LuQman, Luthfiah dan Jesnita. Mereka melihat gadis itu berani meninggikan suara pada Luthfan. Sedangkan mereka tak.
"Aku tak mintak semua ni. Kau faham tak!! Aku tak mampu membencinya, Namun aku sangat kecewa. Dan paling Sialnya aku tak pernah merindukan apapun darinya." Kata LayQa.
Deg!!
Kata-kata LayQa membuatkan Luthfan kaku. Dalam ego tinggi dia taknak terlihat kalah keatas perempuan itu.
"Kau." Luthfan memegang tangan LayQa namun dengan sigap, LayQa dapat menangkap tangan yang ingin menyentuh lengannya.
"Ingat jangan sangka kau 'Kapten Komando' kau boleh buat apa je pada oranv seperti aku." Kata LayQa yang mengunci sebelah tangan Luthfan kebelakang badan lelaki itu.
Terbelalak mata Lais melihat apa yang dilakuka. LayQa. Mereka menghampiri LayQa dan Luthfan.
Nenek Limah jua pergi menghampiri cucunya.
"Kenapa ni? LayQa." Kata Nenek Limah.
"Tanya dengan lelaki sombong angkuh ni." Kata LayQa lalu melepaskan tangan Luthfan.
"Abang. Kenapa ni?" Tanya Jesnita.
"Kau nak hina aku? Hinalah. Aku dah cukup kuat dengar orang menghinaku. Kau boleh hina aku. Tapi jangan pernah sangkut pautkan dengan nenek yang menjaga aku sejak ku lahir." Kata LayQa mengesat kasar air mata yang mula jatuh kepipi.
"Lay. Cu. Sabar. Walau apapun orang kata tentang Mak, Lay kena sabar. Bukan Lay yang minta semua ni. Tapi semua dah tertulis oleh takdir." Layly tetap Mak yang melahirkan Lay kedunia ni. Derhaka kalau Lay bencikan Mak Lay." Kata Nek Limah mengusap bahu cucunya.
" Habistu Bagaimana dengan seorang MAK yang tak pernah peduli tentang anaknya. Bolehkah Kalau Lay kata dia Mak yang Derhaka?" Kata LayQa.
LayQa meninggalkan mereka disana dan balik semula kerumah neneknya. Tiada moodnya nak melihat malam berinai Abang saudaranya.
"Lay.. LayQa.." Panggil Nek Limah lemah. Dia tahu LayQa memang benci pada Layly yang langsung tak ambil berat keatasnya sejaknya kecik lagi.
"Nek. Maafkan saya kerana kasar pada LayQa." Kata Luthfan akhirnya.
"Takpe. Dia memang jenis melawan bila orang memyebut pasal Mak atau ayahnya." Kata Nek Limah.
Lais melihat LayQa yang makin menghilang ditelan gelap malam. Terfikir akan apa yang dilihatnya tadi. LayQa boleh mengunci tangan Ayahnya seorang Komando dengan mudah.
Selepas kejadian malam tu LayQa mula mengelak dari bertemu dengan Lais. Walaupun Lais selalu menantinya pulang sekolah. Walaupun dah berubu surat dihantar namun LayQa tetap menjauhinya.
Kini LayQa tidak lagi aktif dalam kelab Seni tari sekolahnya. Dia hanya aktif pada sebelah malam belajar silat pada seorang datuk dikampung sebelah.
Dan pada malam sebelumnya LuQman melihat LayQa sedang berjalan menuju ke kampung sebelah. Nasib Anjing dekat Rumah Agam telah diitangkap oleh Badan penguatkuasa. Jadi senang unyik sesiapa ulang alik.
LuQman mengekorinya. Walaupun tak jauh. Tapi bahaya baginya seorang gadis berjalan pada malam hari.
"Dia ni nak kemana?" tanya LuQman pada dirinya.
Dia mengekori hinggalah LayQa masuk pada simpang ketiga kampung sebelah dan dapat dilihat dari kejauhan, Sebuah gelanggang silat ada disisi sebuah rumah kayu itu.
"Ooo rupanya. Patutlah senang tangkis cengkaman Ayah." Kata LuQman.
LuQman kini sedang mengikuti kursus Navy selama setahun dan kini hanya tinggal beberapa minggu lagi dia akan lulus.
"Comel juga cucu Nek Limah tu. Patutlah Lais gila sangat kat LayQa tu." Kata LuQman lagi.
Tetapi lain kata hatinya yang menyatakan dia mula tertarik pada LayQa. Namun dia tahu usianya dengan LayQa sangat jauh. Dia tua lebih 7 tahun pada Lais. Dan muda 7 tahun dari Lutfiah.
LuQman masuk kedalan halaman rumah dan melihat Lais sedang mundar mandir diluar rumah mereka.
"Kau dah kenapa?" Tanya LuQman yang sedang memakirkan motorbikenya.
"Ayah dan Kak Fi akan di posting kenegeri lain." Kata Lais.
"Lagi?" Tanya LuQman.
"Haah. Kak Fi cakap Ayah yang nak minta Posting." Kata Lais.
"Hah?? Sebab?" Tanya LuQman.
"Entah. Kak Fi pun tak tahu." Kata Lais.
"Habis tu macam mana dengan kau Lais?" Tanya LuQman.
"Apa lagi. Aku pun terpaksa lah ikut mereka. Esok Ayah dan Mak akan kesekolah urus perpindahan aku." Kata Lais.
"Kau taknak bagitahu LayQa ke?" Tanya LuQman.
"Jumpa aku pun dia taknak." Kata Lais.
"Abang LuQ ada nampak dia tadi." Kata LuQman.
"Kat mana?" Tanya Lais.
"Dia kekampung sebelah. Dekat gelangang silat tu." Kata LuQman.
"Ooo betullah Syifa kata tu. LayQa aktif semula dalam dunia silat." Kata Lais menarik nafas dalam.
"Aku nak sangat jumpa dia. Aku rindu nak ganggu dia." Kata Lais.
"Takpe esok kau jumpa dia. Abang LuQ bawa kau kesana.
"Malam ni boleh tak?" Tanya Lais.
"Jangan malam ni Lais." Kata LuQman.
Keesokan seperti biasa LayQa akan pergi kesekolah pada jam 6 pagi. Sebab dia taknak terseremoak dengan Lais.
"LayQa!!" Panggil Lais dari belakang.
LayQa melajukan langkahnya meninggalkan Lais dibelakang. Kalau boleh dia taknak bersua wajah dengan Lais. Langsung taknak.
"LayQa stop. Aku nak cakap dengan kau ni." Kata Lais sambil dapat mnangkap lengan LayQa.
"Aku taknak kau dekat dengan aku. Nanti aku taknak apa yang ayah kau cakap akan jadi dekat kau." Kata LayQa.
"Ayah takde hak nak halang aku nak kawan dengan sesiapa." Kata Lais.
"Jauhkan lah diri kau dari aku Lais." Kata LayQa.
"Tapi aku sayangkan kau LayQa. Aku tak bolehacam ni. Aku rindukan kau. Senyum kau, Marah kau. Please LayQa. Sebelum aku pindah dari sini. Aku nak habiskan masa aku dengan kau." Kata Lais.
Langkah kaki LayQa terhenti mendongak kepala melihat tepat diwajah Lais. Apa yang dikatakan Lais tadi menyentap hatinya.
Apa yang Lais rasa rupanya sama dengan perasaanya. Cuma LayQa taknak menyatakan rasa hatinya. Dia tahu dan sedar siapa dia. Seorang anak dari perempuan yang digelar Kupu kupu malam.
"Lais. Apa yang kau rasa sama macam perasaan aku sekarang pada kau, Tapi aku taknak Ayah kau akan marah besar." Kata LayQa.
"Jumpa aku lepas sekolah dekat pangkin tepi pantai." Kata LayQa apabila perasan kereta milik Luthtan menuju kearah mereka.
Share this novel