-1-

Mystery & Detective Completed 104207

LayQa sedang merenung langit yang biru sambil duduk di oangkin luar rumahnya yang menghadap lautan biru.

Dia sedari kecil hanya tinggal bersama Neneknya selepas Ibunya lari bersama jantan lain selepas kematian Ayahnya.

Neneknya Limah yang kini berusian 69 tahun menjaganya dengan penuh kasih sayang.

"LayQa!! LayQa!!" Panggil Lais.

Lais anak seorang Kapten Jet Pejuang yang tinggal menyewa di sebelah simpang rumahnya.

Ku Adam Lais anak kepada Ku Adam Luthfan dan mempunyai seorang kakak Ku Alia Luthfiah dan seorang Abang Ku Adam LuQman. Mereka tinggal bersama disana dan Lais adalah teman sekelas LayQa.

"Aku kat sini!!" Teriak LayQa dari arah tepi pantai.

Lais berlari mendapatkan LayQa.

"LayQa cikgu ada call aku tadi. Dia nak kita berdua datang latihan menari petang ni." Kata Lais.

"Aku taknak lah Lais. Lagipun aku rasa aku nak keluar dari kelab tarian tu." Kata LayQa.

"Kenapa?" Tanya Lais.

"Sebab aku tak tahan. Kau kuat sangat buli aku." Kata LayQa.

"Alaa kau tahu kan. Aku mana ada ramai kawan. Kau dan Si Herry je kawan aku." Kata Lais.

"Lagipun aku tak sanggup jadi sasaran Papa kau." Kata LayQa lagi.

"Ahhh. Pedulilah Dia LayQa. Memang aku dah minat dalam bidang tarian ni. Papa nak buat apa?" Kata Lais.

"Ada Sebab Papa kau taknak kau aktif dalam kelab ni." Kata LayQa.

"Ni Hobi aku LayQa. Aku taknak hidup aku diatur oleh mereka." Kata Lais.

"Tapi kau bertuah masih ada Papa dan Umie kau. Macam aku? Hanya ada Nenek." Kata LayQa.

"Tapi kau juga masih ada Mama kan?" Kata Lais.

"Ye aku masih ada Mama. Aku bertuah dia masih hidup, dan aku terlalu beruntung dapat melihatnya, Tapi aku kehilangan peranannya sebagai seorang Mama dan kasih sayangnya." Kata LayQa.

Lais terlupa. LayQa sebenarnya membenci seorang yang telah melahirkannya kedunia. Dia berpura melihat jam.

"Jom lah LayQa. Kita dah lambat." Kata Lais.

"Kau pergilah. Aku taknak." Kata LayQa lagi.

Namun selagi LayQa tak berganjak dari pangkin itu, Lais tetap memohonnya agar pergi bersamanya.

Dia menarik kuat lengan aku mengikutinya.

"Kau ambik beg sebelum aku hangin kat sini. Jangan lupa pakai tudung, baju tu pakai cardigan yang akj belikan hari tu." Kata Lais.

"Kau suka paksa aku kan." Kata LayQa.

"Satu." Kiraan Lais mula meniti dibibirnya.

Aku yang masih tak puas hati dengannya menghentakkan kaki masuk kedalam rumah.

Nenek keluar melihat Lais didepan pintu rumah. Dia tersenyum melihat Lais yang ada disana.

"Nek." Sapa Lais lalu menyalam dan mengucup tangan tua itu.

"Tunggu LayQa?" Tanya Nek Limah.

"Ya Nek. Lambat sangat Minah senget tu." Kata Lais bergurau dengan Nek Limah.

"Hello!! Kalau aku Minah senget kau tu apa?" Kata LayQa.

"Aku ofcourse jejaka Malaya." Kata Lais.

"Huh perasan." LayQa muncul semula dimuka pintu. Menoleh kearah neneknya.

"Nek, Lay pergi dulu ye." Kata LayQa.

"Baiklah. Jangan lewat balik tau. Malam ni Abang Shah kau berinai." Kata Nek Limah.

Shah adalah Sepupu LayQa sebelah Arwah ayahnya. Cucu Sulung Nek Limah.

Mereka berjalan kaki kesekolah yang ada dihujung kg tak jauh dari simoang rumah mereka berdua.

"Lais tunggu aku. Kat depan tu Anjing dia suka sangat mengejar orang." Kata LayQa.

"Ishh cepatlah." Kata Lais menanti LayQa yang ada dibelakangnya.

Sampai disekolah mereka dinanti oleh cikgu Rosni. Cikgu kelab Seni Tari SMK Teluk Mutiara.

"Lambat." Kata mereka termasuk Herry dan Syifa.

"Lantak kitorang lah. Nak lambat ke tak." Kata LayQa.

"Eee Aku sekeh gak kepala kau ni LayQa." Kata Herry.

"Dah jom kita mulakan."Panggil Cikgu Rosni.

Latihan tarian berlansung hingga jam 5 petang. LayQa duduk sambil mengambil beg sekolahnya yang dibawanya tadi.

"Nah." Syifa menghulurkan air lemon tea pada LayQa.

"Thanks Fa." Kata LayQa.

Mereka berjalan berempat keluar dari sekolah. Herry yang mempunyai motorsikal ingin membawa Lais pulang bersamanya. Manakala Syifa dijemput oleh orang tuanya.

"Jom Lais. Aku hantar kau." Kata Herry.

Lais menoleh LayQa disisinya. LayQa perasan akan pandangan Lais lalu menoleh melihat Lais.

"Pergilah. Aku ok." Kata LayQa.

"Betul ni?" Tanya.Lais.

"Haah. Pergilah." Kata LayQa.

Lais berlari meninggalkan LayQa berjalan kaki pulang kerumahnya. Walauoun dekat denga sekolah, Namun halangan paling ditakutinya adalah Anjing yang menjaga rumah Agam Keluarga Sebastian yang berada ditengah antara Sekolah dan simpang menuju kerumahnya.

Sampai dikawasan halaman rumahnya Lais teringat akan Anjing yang suka mengejar penduduk dideoan rumah Agam milik Yuan Sebastian itu.

Dia meletakkan begnya lalu berlari menuju ke luar simpang rumahnya. Kelibat LayQa masih tidak terlihat.

Masuk kereta Ayahnya lalu berhenti disisinya. Cermin diturunkan.

"Kau nak kemana lagi tu Lais." garau suara ayahnya Luthfan.

Kakaknya hanya melihatnya dengan tatapan kesian.

"Lais nak cari LayQa." Kata Lais lalu pergi meninggalkan kereta ayahnya.

Luthfiah tersenyum melihat gelagat adiknya. Sebiji perangai macam adiknya kedua LuQman.

"Benar benar bawak petaka lah duk kat sini." Kata Luthfan.

"Dahlah Ayah. Biarlah lagipun Lais mana banyak kawan. Si LayQa tu je yang Fi tengok selalu dengan Lais.

"Dah lah Fi. Kau bukan tahu kenapa Ayah larang Lais bergaul dengan budak tu." Kata Luthfan.

"Abang. Jangan dilihat seseorang tu dari harta kekayaan dia." Kata Jesnita isterinya.

"Bukan sebab tu Abang larang dia. Tapi Abang tak nak apa yang Haji Imran bagitahu abang jadi pada anak kita kemudian hari." Kata Luthfan Lalu keluar dari dalam keretanya dan masuk kedalam rumah sewanya.

"Kenapa? Sebab Mak dia tu?" Tanya Jesnita.

"Awak pun tahu sebabnya." Kata Luthfan.

"Allah Abang. Yang salah Mak dia. Bukan LayQa. Abang ingat LayQa tu nak ke keluarga dia macam tu?" Tanya Jesnita.

"Hah tu lah awak. Apa yang saya cakap awak taknak dengar. Jangan kena batang hidung nanti baru awak nak menyesal." Kata Luthfan.

"Dah lah Mak. Jangan dilawan cakap Ayah tu." Kata Luthfiah memegang bahu ibunya.

Sementara itu, Lais mencari LayQa Sedangkan LayQa kini berhenti tepat didepan seorang anjing yang besar.

Terlekat kaku kakinya ditanah melihat tepat kearah anjing yang menanti untuk menerkam LayQa.

"Hush. Hush." Kata LayQa.

"LayQa!!" Teriak Lais.

LayQa mengangkat wajahnya melihat Lais sedang menghampirinya bersama sebatang ranting kayu.

Anjing itu menepi melihat kayu ditangan Lais. Ceoat cepat Lais menggapai tangan LayQa.

"Lekas." Kata Lais.

Lais membuang kayu ditangannya. Namun tanpa disangka Anjing tadi mengejar mereka berdua laju.

"Laisss!!!!" Teriak LayQa.

"Cepatlah LayQa." Kata Lais menarik tangan LayQa hingga membuatkan LayQa tak dapat mengimbangi Badannya dan dia jatuh tersungkur.

"LayQa." Kata Lais.

Sebuah motorbike berhenti disisi mereka dan menghalau Anjing itu.

"Kau ok tak?" Tanya Lais.

"Aku ok. Selur dilututnya koyak. Sikunya luka sama juga dengan lututnya.

"Luka ni." Kata Lais.

"Biar Abang LuQ hantar dia." Kata LuQman.

"Takpe saya Ok." Kata LayQa.

"Jangan risau dia abang aku." Kata Lais.

LayQa memdongak melihat lelaki yang dipanggil Lais Abang.

Dug! Dug!!.

Jantung LuQman mula berdetak tak menentu. Namun diabaikannya. Dia buat seperti biasa

"Takpe Saya ok. Jangan risau." Kata LayQa mula berdiri dan berjalan terhenjut-henjut.

"Lais jangan balik lambat ye. Hantar Cucu Nek Limah ni balik terus." Kata LuQman.

"Ok Bang." Kata Lais.

LuQman berlalu perlahan meninggalkan Lais dan LayQa. Namun LuQman sempat melihat Wajah manis LayQa dari cermin Sisi motornya.

Tak dapat nak dikatakan perasaannya apabila memandang wajah LayQa, Gadis yang berusia 17 tahun itu.

"Kenapa dengan aku ni?" Tanya LuQman pada dirinya.

Dia.memutarkan motorbikenya masuk kekawasan laman rumahnya.

Mendengar Suara Ayahnya sedang membebel.

"Haihhh apa lagi yabg dimarahkan Ayah ni." Kata LuQman.

LuQman menapak masuk kedalam rumah. Orang pertama yang dilihatnya adalah ayahnya Luthfan. LuQman malas nak menegur Ayahnya sebab jika dia buka mulut akan panjanglah nanti. Dia baru nak angkat kaki, mendengar derap kaki menuju kearahnya.

"Abang LuQ." Kata Lais memegang bahunya.

"Hah. Kenapa?" Tanya LuQman.

"Malam ni kita pergi majlis berinai Cucu Nek Limah ye." Kata Lais.

"Nak buat apa?" Tanya Luthfan.

LuQman melihat Ayahnya uang sedang merenung mereka berdua.

"Ok." Kata LuQman. Lalu masuk kebiliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience