BAB 3

Drama Completed 501

AKU turunkan tandatangan hari ini. Semua sekali tanpa ada yang
tertinggal untuk Puteri Tihani. Untuk kebebasan, aku sanggup. Aku tak
nak tinggal di kepompong ciptaan mereka yang kejam. Yang mencintai harta
lebih dari segala-galanya. Selepas ini aku akan bina hidup baru yang
jauh daripada mereka. Aku teringin kembali ke jalan di mana sepatutnya
aku berada. Tiada penyesalan, tiada dendam. Biarlah ia berlalu. Semua
sekali tanpa ada yang tercicir.

Terima kasih ayah kerana sewaktu ayah hidup, ayah berikan saya
kesenangan duniawi. Sekarang, nikmat itu ditarik oleh Allah, bukan oleh
mereka. Saya terima seadanya dan saya akan mulakan hidup baru. Saya akan
hidup seperti mana yang ayah nakkan dahulu. Saya tak akan liar. Saya tak
akan ke disko lagi. Saya dah banyak berdosa pada ayah, pada Pencipta
saya. Maafkan saya, ayah...

Aku atur langkah kaki keluar dari rumah agam milik Fauzan. Betul-betul
milik Fauzan kerana aku sudah tandatangan.

“NAK lari ke mana?” Aku toleh ke belakang. Fauzan bersandar tenang di
dinding bata. Aku terkejut.

“Nak lari lagi?” Soal Fauzan mendekati aku. Aku fikir satu aje, aku nak
lari. Aku nak lari. Dan aku betul-betul lari.

Langkahku terhenti bila terasa tubuhku diangkat tinggi. Aku
meronta-ronta tetapi pegangan Fauzan semakin kuat.

“Sekali Fauzan berjanji, dia akan tunaikan janji dia.” Bisik Fauzan padaku.

“Aku dah tandatangan semua sekali! Aku tak nak terlibat dengan kau orang
lagi! Aku dah insaf! Aku nak mulakan hidup baru! Lepaskan aku!
Lepaskan!” Tempelak aku sepenuh daya. Fauzan ketawa kecil lalu mengucup
pipiku sebelum sempat aku tahan.

“Dah insaf? Baguslah. Jangan nak jadi manusia liar dari agama Allah.”
Dia bawa aku masuk ke dalam kereta walaupun aku berkali-kali pukul dia.

Sepanjang dia memandu, aku tumpahkan air mata semahu-mahunya. Segala
rasa terjeruk di dada sehingga melukakan diriku.

“Keluar.” Suara Fauzan meniti di telingaku. Aku tercengang-cengang
memandangnya.

Dia buka pintu dan tarik tubuhku.

“Ini rumah kita, Puteri... Rumah saya dan awak. Kalau awak nak lari,
saya pun akan lari bersama. Kita larikan diri ke sini, jauh daripada
mama. Tetapi awak jangan fikir lari daripada saya sebab awak tak akan
lepas dari genggaman saya...” Fauzan memeluk bahuku sambil menunjukkan
rumah teres di hadapanku. Aku pandang wajahnya penuh tanda tanya.

“Saya sayangkan awak sejak dulu lagi. Cuma saya menyesal kerana mama
lebih pentingkan harta benda daripada kebahagian rohani dirinya. Saya
minta maaf kerana telah menarik segala-galanya milik Puteri saya.”
Kedua-dua tangannya melingkar di pinggangku. Dia peluk aku dari belakang
dan aku masih terkaku tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience