“Saya sedar saya tak layak untuk Puteri, saya hanyalah anak kepada
pekerja ayah awak. Saya anak kepada wanita yang cuba mengambil
kesempatan kerana awak, gadis kaya yang sebatang kara. /Poor/ my
Puteri...” Dia mencium ubun-ubunku. Air mataku jatuh lagi dan lagi.
“Lama saya simpan di hati saya untuk menjaga awak, menjadikan awak
puteri hati saya... Dan sekarang awak adalah milik saya. Dan saya adalah
milik awak, Puteri...”
Aku terpegun dengan apa yang dia katakan. “Tapi selama ni saya jahat.
Selalu keluar pergi disko. Liar...”
“Saya tahu sebab saya yang jaga awak dari dulu. Saya tahu siapa kawan
awak, apa yang awak buat, semua saya tahu. Saya tahu di hati awak masih
tersemat ajaran Islam. Saya tahu awak masih sayangkan Allah. Semenjak
ayah awak meninggal dunia, saya tahu awak menyesal dengan apa yang awak
buat sebelum ini. Tetapi maafkan saya sebab mama saya dah buat awak
tertekan. Lupakan segalanya, kita mulakan hidup baru...”
Aku genggam tangannya kuat. Menangis di dalam pelukannya dengan hati
yang cukup hancur.
“Saya bukan isteri yang baik...” Aku tuturkan juga apa yang ada di
hatiku. Fauzan cium pipiku lembut dan mengusap tubuhku dengan penuh
kasih-sayang.
“Asal awak sudi berubah...”
AKU duduk di atas sajadah sambil termenung lama. Tiga minggu berlalu,
dan jauh di sudut hatiku, aku kini terlalu bahagia.
“Tihani, dah siap solat?” Fauzan menjenguk kepala ke dalam bilik. Aku
senyum lalu membuka telekung yang tersarung di kepala.
“Sayang mesti tak percaya ni.” Fauzan mendekati aku lalu memeluk
tubuhku. Aku memandang wajahnya penuh persoalan.
“/Ishy/... Puteri abang beri renungan menggoda.” Usik Fauzan menyentuh
hidungku. Aku tersengih kecil.
“Sekali pandang wajah Tihani penuh sangat misteri. Itu sebab abang jatuh
sayang. Tapi sekarang tak nampak misteri lagi.” Ucap Fauzan gelak kecil.
Aku membulatkan mata merenung anak matanya.
“Apa abang cakap?” Aku menegakkan kepala.
“Marah eh? Sekarang tak nampak misteri, sekarang nampak menggoda.”
Fauzan gelak habis-habis. Wajahku yang serius beransur-ansur lega
mendengar kata-katanya.
“Jom abang nak tunjuk sesuatu...” Fauzan tarik tangan aku keluar. Aku
tergamam aje bila sampai ke ruang tamu.
“Nak buat apa benda ni banyak-banyak? Siapa nak makan?” Tanyaku hairan.
Tiga kotak. Semua epal.
“Ni buah kegemaran isteri abang. Jadi Tihani la yang patut makan.” Wah!
Sedapnya dia bercakap! Dia ingat aku ni tong gas ke apa nak makan buah
sebanyak ini?
Share this novel