1.Soalan Ayah

Thriller Series 1390

Keluarga Ning Shi dahulunya hidup melimpah ruah.

Tetapi kini dalam sepuluh tahun yang lalu jatuh ke dalam kemiskinan teruk.

Dari masa ke semasa, ayah Ning Shi menjadi senyap. Tetapi kini ayahnya bersoal kepada Ning Shi .

"Ning Shi, seseorang melamar awak" cakap ayah.

"Adakah anda sanggup berkahwin dalam masa 3 tahun sahaja dan kemudian bercerai?" Soal Ayah.

"Apa maksud ayah?" Ucapan ayahnya sungguh memeranjatkan Ning Shi

Perkahwinan adalah sesuatu yang penting, tetapi ia hanya 3 tahun. Apakah yang ayah maksudkan selepas perceraian?

Ayah Ning Shi mengatupkan bibirnya. Amat sukar untuk dia bercakap mengenai soalan dengan anaknya.

Untuk sekejap, ayah yang malang itu terdiam. "Cakap saja ayah, saya dengar awak," Ning Shi menahan nafas.

Sedih melihat ayahnya. Ayah tersenyum pahit, membuat garis kecil di bibirnya yang muram.

?Orang yang kaya, kawan ayah pernah minta kamu berkahwin untuk anaknya,? kata ayah.

"Selama 3 tahun kamu akan menjadi menantu mereka dan tinggal bersama mereka."

"Ni kahwin kontrak ke.?" Ning Shi hairan.

"Itulah sebenarnya, awak pun jangan terkejut pulak. Anak kawan ayah 'dah mati. Awak pengantin si mati."

'A..awak?!" Ning Shi tidak dapat meneruskan kata-katanya. Berkahwin dengan mayat, kahwin dengan hantu? Adakah ayah bergurau?

Tetapi ia adalah ritual yang masih ada yang dilakukan oleh orang yang mempercayainya di China.

Tetapi amat mengerikan, untuk berkahwin dengan seseorang yang telah arwah.

Boleh jadi dia juga akan mengikut simayat dan menjadi hantu. Ning Shi menggeletar takut.

"Taklah macam yang awak fikirkan tu. macam zaman dahulu." Cakap ayahnya.

'Berkahwin, awak cuma status. Ada menantu 3 tahun lepas tu tinggalkan dia dan kalau bernasib baik tu sedikit harta pusaka. ."

Ayahnya diam, tidak nampak bergurau, Selepas itu dia terus bersuara.

"Awak berumur 19 tahun ni, jadi pada umur 22 tahun awak bebas untuk mencari pasangan awak."

Ning Shi diam dan lama dia berfikir. Kenapa dia dipilih? "Kenapa awak?" Soal Ning Xi seolah-olah kepadanya.

Ayahnya menangkap fikirannya. "Itu adalah permintaan arwah anaknya sebelum meninggal dunia. Anaknya bernama David Lee'" kata ayahnya pula.

"Dia mungkin pernah melihat awak." Ning Shi samar-samar mengingati nama lelaki itu, tetapi mungkin dia terlupa.

Boleh jadi lelaki itu lebih tua dan bukan kegemarannya untuk terpikat dengan lelaki yang jauh lebih tua daripadanya.

Berfikir mengambil masa yang lama untuk mengingati, dia masih tidak tahu siapa itu. "Saya tidak mahu ayah, ini Perkahwinan yang pelik."

"Ini perkara biasa Ning Shi Di tempat datuk kamu di Tanah Besar China. Tapi sekarang keluarga ni cuma nak mahu tiga tahun sahaja, tak boleh macam dulu. Pengantin jenazah jadi menantu buat selama-lamanya. menjadi janda tak lagi." Ning Xi pernah mendengarnya.

Biasanya dengan orang yang hampir mati. Pasangan jiwa dan kemudian bersama di alam roh. Atau perkahwinan orang mati dengan orang mati adalah sama dengan perkahwinan orang hidup.

***

Keluarga Lee adalah antara orang terkaya di bandar itu. Amalan mengahwinkan orang yang masih hidup dengan orang yang telah meninggal bukanlah perkara biasa pada zaman moden ini.

Tetapi ada juga yang melakukan untuk menenangkan roh orang atau permintaan daripada orang mati. Pengantin perempuan yang meninggal masih bujang boleh disatukan selepas kematian, atau kemudian kehidupan mereka akan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience