Bab 2: Balik Johor

Romance Completed 853190

Bab 2: Balik Johor

Kami bertolak ke Johor lebih kurang pukul 10.00. Berhenti makan di RnR dan solat. Dalam pukul 3.50 kami sampai ke kawasan rumah Hafiz. Sebelum bernikah ibu ada membawa aku ke sini. Ibu menolong aku memindahkan barangan aku ke dalam rumah Hafiz. Ketika itu Hafiz di Jakarta atas urusan kerja.

Siap memunggah barang aku naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Aku mandi dan Hafiz mengemaskan barang-barang masuk ke dalam almari. Selesai mandi, aku mencari akal. Untuk tinggal di bilik sebelah. Aku tidak mahu tidur sebilik, sekatil dan berkongsi apa-apa dengannya. Di rumah ibu, Hafiz tidur di bawah dan aku tidur di atas katil. Hafiz sendiri yang menghormati permintaan aku pada malam itu.

"Hafiz, kalau awak tak kisah, saya nak guna bilik yang saya simpan barang saya. Saya harap awak faham" Hafiz diam tidak membalas apa-apa. Dia masuk ke dalam bilik mandi. Aku masuk ke dalam bilik sebelah. Setelah siap mengemas pakaian dan membentang cadar, memasang sarung bantal dan melipat selimut, aku baring diatas katil. Seronoknya dapat baring!

"Atilia, malam nanti lepas solat ingat. We need to talk." pesan Hafiz. Selepas itu dia hilang entah ke mana. Aku lihat dia berpakaian sukan. Mungkin ke padang bermain sukan. Sehingga maghrib Hafiz masih tidak kelihatan. Handphone berbunyi menandakan mesej masuk.

From: Hafiz

Atilia. saya dah beli makanan. Tak perlu masak. Saya baru siap solat di masjid. dalam 10 mins saya sampai.

Aku memandang jam. Hampir pukul 9 malam. Debar aku kian terasa. Entah apa yang ingin dibicarakan sangat oleh Hafiz. Mujur esok aku masih cuti. Jika tidak waktu begini aku sedang sibuk menggosok baju menyiapkan kelengkapan ke butik dan menyemak jadual aku selama seminggu. Deruan kereta Hafiz memasuki ruangan parking. Dia keluar dari kereta dan memberi salam.

"Waalaikumsalam. Lewat awak balik. Saya ingatkan awak pergi mana" tegurku. Hafiz senyum dan menyimpan peralatan badmintonnya di rak bawah tangga. Dia lengkap berpakaian baju Melayu dan kain pelikat. Aku syak dia mandi di mana-mana sebelum ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.

"Risau juga isteri saya ni pada saya. Saya ingatkan awak tak risau," jawab Hafiz. Eh, bukan risau okay. Hairan je sebab keluar tak bagitahu dan tiba-tiba dah hilang. Tak kuasa nak risau.

Hafiz duduk di sofa berhadapan dengan aku. Dia memperlahankan volume tv. Aku hanyamemerhati. Entahlah nak kata marah, dah tak marah tapi aku taknak semua benda ni. Aku nak hidup aku yang lama. Tak bersuami, lepak sampai malam dan yeah semua benda yang aku buat dulu. Bila dah kahwin aku rasa hidup aku macam diperhatikan. Ni nak masuk tidur pun kena tangguh sebab Hafiz.

"Okay, jadi saya rasa kita dah boleh buat perkenalan secara rasmi. Hai, nama saya Hafiz. Muhammad Hafiz bin Abdullah. Saya berumur 32 tahun, bekerja sebagai salah seorang pengarang di majalah hiburan dan dah 32 tahun hidup membujang. Tapi syukur alhamdulillah, sejak minggu lepas saya dah jumpa jodoh saya dan here I am. Awak pula?" okay ni comel. Kenapa dia tak buat macamni masa kitorang dekat rumah ibu lagi? Maybe dia malu? Or dia rasa selesa kalau kami berdua je, tanpa ada orang lain? Macam tu kot. Aku nak mula tapi aku memang segan. Aku senyum. Entah, senyuman tu keluar macamtu je. Aku tak suruh pun!

"Okay, hai Hafiz. Such a nice name. Nama saya Nur Atilia binti Rahman. Umur saya 25 tahun dan saya merupakan pemilik butik. Saya baru memulakan perniagaan dan dah hampir dua tahun saya buka butik sendiri. We have such a huge age differences." balasku. Hafiz senyum lagi. Okay ni fakta pasal Hafiz. Kalau dia senyum sampai telinga dan mata dia hampir nak tertutup. Lesung pipit dia pun.. Takde lah nak cakap comel, tapi ni attraction la bagi aku. Geram pulak tengok.

"Oh Atilia. So now you are my wife. Awak dan bersedia?" Bersedia apa pulak ni? Takkan malamni dia dah nak...

"Wait Hafiz. Disebabkan kita masih baru kenal, saya rasa kita tak perlu rushing untuk semua ini. Saya takkan minta cerai dengan awak. Saya akan cuba kenal isi hati awak, belajar untuk sayang awak. Tapi please, takkan malam ni ?" tanya aku cuak. Memang aku bantah perkahwinan ini pada mulanya, but I guess I can slowly develop my feelings towards him. Lagipun sekarang dia suami aku. Kami boleh buat semua benda perlahan-lahan. Hafiz ni….

"Awak ni fikir sampai situ pulak. Mana ada saya fikir macamtu. Saya faham maksud awak. Saya takkan paksa awak. Maksud saya Atilia, awak dah bersedia nak hidup dengan saya? Susah senang bersama? Jujur, percaya dengan saya?" Hafiz ketawa perlahan. Okay, aku yang malu sekarang. Aku buat muka faham.

"Jadi saya rasa perkenalan kita dah lengkap. Perlahan-lahan kita akan kenal masing-masing. Saya nak masuk tidur" aku meminta diri. Hafiz menarik tangan aku, meminta aku duduk lagi.

"Atilia, boleh saya minta satu perkara? Saya harap awak tak bantah."

"Awak nak apa? Air? Saya boleh bancuhkan" pegangan Hafiz kuat. Tidak mahu melepaskan aku pergi.

"Awak isteri saya, dan saya suami awak. Jadi saya ada permintaan. Please, tidur satu bilik dengan saya. On one bed. Jangan tidur bilik lain, tempat lain. Jangan paksa saya buat apa yang saya tak suka. Saya tak suka berkeras," Habis yang dia paksa aku tidur sebilik dengan dia ni, bukan paksaan ke?

Aku naik ke tingkat atas. Aku masuk ke dalam bilik Hafiz dan baring diatas katil. Tidak lama kemudian aku dengar Hafiz membuka pintu bilik. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Yes, aku perlu tidur!

Hafiz berbaring disebelahku. Aku dengar dia bermain dengan handphone sebelum dia meletakkan diatas meja bersebelahan dengan katil kami. Okay, katil kami la.

Sedang aku cuba untuk lelapkan mata, terasa sesuatu menjalar di bahagian pinggang. Yes, tangan Hafiz. Tangan Hafiz di pinggang! Aku cuba mengalihkan tangannya.

"Sayang,kalau awak cuba, saya akan buat perkara lain" Hafiz mencium telingaku. Aku terasa panas. Okay, baik biarkan sebelum Hafiz lebih-lebih.

"Atilia, terima kasih sebab awak terima saya. At first place, saya ada bagitahu ibu kalau awak menolak, saya terima dengan baik. Mungkin awak ada pilihan sendiri. Namun ibu berkeras nak teruskan. Saya tak sangka kita dah mula hidup sebagai suami isteri. Terima kasih sayang. I love you," Hafiz please. Aku taknak jatuh hati dengan kau malamni.

Aku berpusing menghadap Hafiz. Dia senyum dan membelai pipi dan rambutku. Sentuhan Hafiz sangat membuat aku terangsang. Aku menarik nafas. Yes, aku kena bertahan.

"Awak suka?" tanya Hafiz. Muka aku terasa panas. Semakin membahang. Aku terus memandang Hafiz. Dalam kelam malam, senyuman mata sepetnya masih menjadi penarik utama kepada aku.

"Kalau saya suka kenapa? Are you trying to bring me to the next level?" umpan aku. Sengaja melihat apa respon Hafiz.

"If you want it, I dont have any problems. Are you sure?" soal Hafiz. Salah langkah, malam ini membawa aku ke dunia lain. Aku senyum dan menarik selimut. Baik aku tidur.

"Saya nak tidur. Goodnight," ujarku sebelum aku memejam mata. Tiba-tiba badanku dipusing menghadap Hafiz. Dia menarik kepalaku dekat dengan kepalanya. Bibirnya mencium dahiku beberapa kali. Turun ke hidung, pipi dan mulut. Dan di mulut ciuman Hafiz paling lama. Paling terkesan dihati aku.

"Goodnight wife. I love you more than everything in this world." kata Hafiz sebelum melepaskan pelukannya. Aku hanya senyum. Mata dipejam rapat dan aku mula lena.
?

Share this novel

Jemay
2024-07-09 09:43:19 

Menulis dalam bahasa melayu pun banyak yang tak betul, lagi mahu dicampur aduk dengan bahasa inggeris. Tak payah nak tunjuk "educated" sangatlah kalau menulis dalam bahasa sendiri pun tak betul.

Nursianalyn Analyn
2020-10-06 14:31:08 

adakah kisah benar

Yan Azian
2020-04-07 20:04:52 

Best..


NovelPlus Premium

The best ads free experience