BAB 6

Romance Completed 12493

Cahaya matahari yang terang telah menyebabkan Wafiq rase terganggu dan
tersedar dari lenanya.

Rambutnya yang sedikit panjang dan serabut dibiarkan begitu. Dia
memandang sekeliling dengan mata separuh terbuka.

Kosong. Sunyi.

"Mungkin dia dah pergi kerja." gumam Wafiq sendirian.

Setelah beberapa minit yang diambil oleh Wafiq untuk sedar sepenuhnya
terus bangun dan bersiap pergi ke kerja.

Wafiq pergi ke dapur untuk bersarapan dahulu. Kemudian dia mengukir
senyuman apabila melihat nota kecil di tudung saji.
Aku termasak lebih jadi anggap sajalalah itu rezeki kau. Makan dan jangan lupa baca doa makan.

Aira POV

Aku berjalan menuju ke suatu tempat yang pernah aku selalu kunjungi
dahulu. Rumah Izzaq.

"Assalamualaikum.." aku memberi salam.

Sunyi.

"Assalamualaikum!" aku mencuba sekali lagi.

Tiba-tiba pintu rumah Izzaq terbuka. Keluar seorang lelaki yang ada
kacukan Belanda yang sedikit tidak terurus.

"Izzaq.." mata Aira berkaca.

"Aira.. a..awak hidup lagi." air mata Izzaq jatuh.

Aira mengangguk beberapa kali. Aku mendekati Izzaq. Lelaki itu terus
menangis teresak-esak.+

"Saya.. saya mintak maaf. Saya takkan mabuk dah. Saya dah tinggalkan
semua tu dah. Saya tak buat dah yang awak larang. Saya cintakan awak.."
ujar lelaki itu di depan aku tersedu sedan.

Aira hanya mengangguk. Hakikatya dia tahu yang dia sudah berpunya.

"Ye..ye. Saya tahu. Tapi..." aku sengaja tidak menghabiskan ayat.

"Tapi ape?" tanya Izzaq.

"Waktu saya koma dulu.. saya dah jadi isteri orang." ujarku perlahan.

Izzaq mengesat air matanya dan agak tergamam dengan kenyataan aku.

"Jom kita jumpa suami awak. Saya pasti dia akan lepaskan awak. Saya tahu
awak dengan dia bukan kahwin atas dasar cinta kan?" kata Izzaq kepadaku.

Aku meneguk air liurku. Jumpa Wafiq? Dia berfikir dua tiga kali.

Apabila Wafiq tiba di hospital, wajahnya berseri-seri sahaja. Siapa tak
gembira isteri masak kan?

"Ehh, doktor gembira semacam nampak. Kenapa?" tegur Atiqah yang perasan
dengan muka Wafiq yang tak lekang dengan senyuman.

"Erk.. takde pape la." balas Wafiq.

Atiqah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihat tingkah laku
Wafiq.

"No.. awak tak boleh jumpa dia." ujar Aira kepada Izzaq.

"Why?" soal Izzaq sambil berkerut.

"Because.." Aira cuba mencari alasan.

"Jangan awak cakap yang awak..." sangka Izzaq.

"Hello.. no and never. Saya hanya cintakan awak seorang je la." balas
Aira tanpa ragu-ragu.

"So bila kita nak jumpa suami awak?" Izzaq memandang wajah Aira.

"Malam ni." kata Aira.

Wafiq meminta diri untuk pulang ke rumah dengan lebih awal kerana ada
sesuatu yang dia mahu lakukan.

Sebelum pulang ke rumah dia pergi ke Baskin Robin terlebih dahulu.

"Sis, saya nak kek aiskrim coklat yang paling hujung tu. Lepastu tolong
tuliskan 'Happy Birthday Aira Ayuni ke-20 tahun' ye." pesan Wafiq.

Selepas semua urusan selesai, barulah dia pulang ke rumah.

Benda pertama yang dia lakukan ialah letak kek aiskrim tersebut ke dalam
peti ais.

Kemudian dia melihat jam. Jam menunjukkan pukul 5:30 petang.

"Sila tunggu ye mrs Aira, mr Wafiq ada sesuatu for you." ucap Wafiq
perlahan sambil tersenyum meleret.

Telefon Wafiq berdering.

"Hello? Waalaikummusalam." jawab Wafiq.

"Ah..ah.. ye. Alright nanti aku datang." balas Wafiq.

Kemudian dia mematikan panggilan. Wafiq mengeluh.

"Sorry Aira, aku ade hal kat hospital la pula." Keluh Wafiq.

Aira mula mundar-mandir di hadapan pintu rumah. Mukanya kelihatan resah.
Sangat resah.

"Aduhh! Mane dia ni?" marah Aira sambil cuba menghubungi Wafiq
berkali-kali.

"Wait la sayang. Dia kan doktor. Busy. Nanti kalau awak kahwin dengan
saya. Saya akan selalu jaga awak." kata Izzaq memujuk.

Muka Aira terus berubah menjadi manis apabila mendengar kata-kata
tersebut daripada mulut Izzaq.

Brippp Bripppp~~

Apabila telefon Aira berdering terus dia mengangkat apabila melihat nama
muncul di skrin telefonnya.

"Hello." kedengaran suara Wafiq di hujung talian.

" Heh baru sekarang nak telefon? Aku telefon kau bape kali tau tak!"
bentak Aira.

"Aik, marah nampak. Takkan kau dah rindu aku?" usik Wafiq sambil
tersenyum simpul.

"Uwekkk.. takder mase aku nak rindu kau! Btw bila kau nak balik?" suara
Aira dikawal sedikit.

"Aku? Aku tak balik hari ni. Kawan aku ada kecemasan so aku terpaksa
ganti tempat dia ni ha. Kenapa rindu aku sangat eh? Takper..takper esok
aku balik." kata Wafiq lagi.

"Hurmm.." Aira layan tak layan sahaja.

"Aira, aku nak mintak tolong boleh? Kau pergi dalam bilik aku lepas tu
rasenye ade barang atas katil. Tolong tengokkan ye." arah Wafiq.

"Err, yelah. Kalau aku rajin aku tengok." ujar Aira malas.

"Alright. Sayang kau. Dah la aku kene pergi dah ni. Happy birthday
Aira." terus Wafiq mematikan panggilan.

"Haa? Aku tak dengar? Hello? Hello? Dammit!!!" Aira meraup mukanya. +

Izzaq yang dari tadi menjadi pemerhati tiba-tiba bersuara.

"Dia tak balik ke malam ni?" tanya Izzaq mendatar.

Aira sekadar mengangguk.

"So..nanti je la saya jumpa 'husband' awak." sengaja Izzaq menekankan
perkataan husband.

"Awak... taknak cakap sesuatu ke kat saya?" Aira cuba ceriakan suaranya.

"Huh? Cakap ape?" tanya Izzaq.

"Oh nothing. Nevermind lah. Bye awak. Have a sweet dreams." Wajah Aira
dimaniskan.

Sebaik sahaja Izzaq meninggalkan perkarangan rumah tersebut, Aira
termenung seketika.

Wafiq atau Izzaq? Apabila Aira teringatkan Wafiq, jantung dia rasa ada
sesuatu tak kena. Laju semacam. Berbeza dengan Izzaq tetapi mata Aira
hanya mengatakan keputusan memilih Izzaq adalah tepat.

"Eh! Tadi Wafiq suruh aku tengokkan barang dia. Hishh dia ni memang suka
menyusahkan aku." bebel Aira tetapi kakinya tetap menuju ke bilik Wafiq.

Apabila Aira sampai di hadapan pintu bilik Wafiq tiba-tiba dia terfikir.
'Boleh ke aku masuk? ni bilik laki aku sendiri tau.' desis hati Aira.

Aira menggeleng-gelengkan kepalanya dan menarik nafas. 1!! 2!! 3!! terus
dia memulas tombol pintu itu.

Matanya terus membulat dengan mulutnya sedikit ternganga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience