Mata Aira terus membulat dan mulutnya sedikit ternganga. Dia melihat
sekeliling bilik tersebut.
"Ni bilik ke ape.." Aira menggesel-gesel matanya. Tiba-tiba rasa sebak
di hatinya.
Jarang orang tahu tentang hari jadinya. Izzaq yang telah bersamanya
sejak dia 4 tahun yang lalu pun lupa tentang hari istimewa dia.
Karpet merah di kakinya, dia memijak teragak-agak. Pandangannya masih
meliar melihat dinding-dinding yang banyak tertampal nota.
Aira mengambil salah satu nota yang tertampal di dinding.
You wanna know who I'm in love with? Read the first word again.
Gulp! Aira menggosok-gosok matanya sekiranya dia tersalah baca. Dia
mengambil sekeping nota lagi.
I want you today, tomorrow and next week and for the rest of my life
.
Aira membuat muka bingung. Wafiq dah jatuh cinta dengan dia? Seriously?!
Kemudian dia menapak ke katil Wafiq. Ada sebuah kotak segi empat sama
bersaiz sederhana. Tanpa berlengah lagi dia membuka kotak tersebut.
Dia mencapai sehelai kain yang dipanggil tudung. Ada nota di atasnya..
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTVWXYZ
Did I miss something?
Oh yes! I miss U
Ps: Bila tiba harinya, pintaky agar kau dapat pakau untuk aku, itu saja yang aku mahu.
Tanpa Aira sedar dia sedang mengukir senyuman apabila dia membaca setiap
nota yang ditulis oleh suaminya.
Selepas itu Aira terus mencuba memakai tudung tersebut tiba-tiba ada
sesuatu yang jatuh. Cincin. Aira kagum seketika.
'Haishh, dahlah sweet talker, romantik pulak tu suami aku nih. Eh?! Dah
ngaku suami?' perang Aira dalam hati.
Aira duduk di penjuru katil dan mengeluh. Patutkah dia terima Wafiq
dalam hidupnya? Tapi dia cintakan Izzaq. Matanya yang semakin kuyu dan
semakin lama semakin gelap.
Pada pagi itu, Aira terasa dunianya telah diterangi dengan cahaya.
Tidurnya mula tergganggu. Oh wait, kat mana aku ni?! Dia terus tersedar
dari tidurnya. Matanya dibuka perlahan-lahan.
Apabila Aira membuka mata dengan separuh sedar, dia melihat susuk tubuh
badan tersebut sedang dibaluti dengan kain tuala sampai ke lutut, dada
lelaki itu pula terdedah dengan otot yang dinamakan six pack.
Rambut lelaki itu pula, basah dan serabai akibat baru membersihkan diri.
Lelaki itu sedang sibuk mencari bajunya yang dari tadi tidak dijumpai.
Setelah dia mengalah, dia berpaling ke belakang. Mata Aira dan mata
Wafiq bertembung.
Aira tergamam sedikit dan terus bangun manakala Wafiq menghadiahkan
senyuman.
"Ka..kau tak buat pape kan kat aku?!" sangka Aira.
"Tak pun. Aku tidur kat luar. Maklumlah orang tu rindu sangat kat aku
sampai tertidur atas katil aku." perli Wafiq.
"Aku tertidur. Tak bermaksud pape pun 'okey'. Tak malu ke tak pakai
baju. " sengaja dia menekankan perkataan okey itu kepada Wafiq.
Wafiq yang perasan dia hanya pakai sehelai tuala tiba-tiba menjerit.
"OMG, MY CLOTHES!!!" Wafiq terus menutup mukanya sambil berlari
terkedek-kedek.
"Ceh, baru nak malu. Tak padan dengan lelaki. Eh?! aku yang perempuan ni
tak reti malu ke?" bebel Aira cepat-cepat keluar dari bilik tersebut.
Wafiq hanya tersengih macam kerang busuk mendengar celoteh Aira.
Hari itu mungkin akan Wafiq ingat walaupun dia sedang menghitung hari
untuk meninggalkan Aira tidak lama lagi.
****
" An an an tottemo daisuki doraemon!!" nyanyi Wafiq bersemangat.
Budak-budak di situ berikan tepukan gemuruh dengan nyanyian Wafiq.
"Papa Wafiq, nyanyi la lagi. Kitaorang nak dengar lagi." petah budak
yang berumur 7 tahun itu bercakap.
"Aah..aah kami semua nak dengar." sokong budak-budak yang lain.
"Mane boleh papa Wafiq nyanyi lagi. Kalau nak, bayar dulu." usik Wafiq
Semua muka budak-budak tersebut membuat muka cemberut dan ada yang buat
muncung sedepa. Sebiji macam isteri dia.
'Haish.. kat hospital pun ingat dia. Entah ape la dia buat.'
"Alaaaaaaaaa... " rengek Akif manja.
"Ape ala Akif? btw kamu dah makan ubat ke belum?" tegur Wafiq kepada
budak 7 tahun tersebut.
"Errr.. er.." gagap Akif.
"Haaa.. ni mesti tak makan lagi. Takpe takpe biar papa Wafiq suapkan."
tawar Wafiq.
Muka Akif mula bertukar cuak. Wafiq mula mendekati Akif.
"Kawan-kawan dengar ni aku kira.. 1,2,3,4,5,10 LARI!!!!" arah Akif dan
terus memecut.
"Budak-budak!! Mane nak lari?!" ujar Wafiq sambil bercekak pinggang.
Tiba-tiba ada satu tangan menepuk bahunya. Wafiq menoleh lalu tersenyum
apabila ternampak kelibat sahabatnya itu.
"Wuishh bro, pe khabar?! Bila balik?" kata Wafiq dengan ramah.
"Aku? Semalam. Kau patut bangga tau sebab kau orang first yang aku
jumpa." balas Luthfi bangga. +
"Eleh.. kau datang jumpa aku sebab kau kene bayar kat aku je. Penat aku
jaga patient kau memang budak-budak ni. So bayar." Wafiq membuat muka
'toya' sambil menghulurkan tangan seperti pengutip hutang.
"Ah kau! Takde mase aku nak bayar. Aku pergi pun bukannye saje-saje, ni
honeymoon auu!" balas Luthfi tak mahu mengalah.
Wafiq membuat muka menyampah.
"Dah jangan buat muka macam tu. Pikir hensem? Jom lepak bro?" ajak
Luthfi.
"Luth, boleh tak kau jangan jeleskan aku. Aku sekarang tengah kerja yang
kau menyemak kat sini pahal. Tau la cuti. Nak lepak lepas aku habis
kerja ok?" bebel Wafiq panjang.
"Sure." balas Luthfi sebelum pergi ke arah budak-budak yang dari tadi
mengintai mereka.
Pada malam itu seperti dijanjikan Luthfi dan Wafiq melepak di tempat
biasa mereka kunjungi.
"Wei kau pe citer sekarang?" soal Luthfi.
"Macam tu la. Tak berubah pun. Yang berubah status je." kata Wafiq malas.
"What?!" terjerit sedikit Luthfi.
"Ape kau ni?" Wafiq tersengih.
"So kau dah kahwin la ni? Ya Allah kahwin senyap-senyap." ujar Luthfi
dengan nada sedikit kecewa.
"Aku dah kahwin lama dah. Aku cuma tak bagi tahu sebab dulu aku kahwin
dengan dia sebab ibu bapa je. Sekarang.. macam tu lah." terang Wafiq
tersenyum simpul.
"Wuuuuuu, tengah in love arr ni?" teka Luthfi.
Wafiq buat tak tahu tentang soalan tersebut. Matanya meliar dan
ternampak sepasang kekasih tersebut. Wafiq sangat mengenalinya wajah
itu, wajah isterinya. Aira Ayuni.
Share this novel