Irdina baru sahaja selesai menyidai pakaian milik Syaza,Lisa dan Sofeah. Nak patah tulang belakangnya dari tadi buat kerja.
"Buat apa tu?" sapa satu suara dibelakangnya. Irdina menoleh kebelakang.
"Kau nak apa ni?" tanya Irdina acuh tak acuh. Malas nak layan orang yang selalu cari pasal ni.
"Aik,dah sombong ke? Alaa,lek arr. Awal lagi Dina nak sombong dengan classmate sendiri." kata Naili selamba. Irdina buat endah tak endah je. Bak kata orang sekarang,kena palau. Ha..ha..ha.
"Eh,kau ni memang cari pasal ngan aku kan. Sedao kau je buat derk kat aku." marah Naili sambil menarik rambut Irdina. Mengaduh kesakitan Irdina dibuatnya.
"Sakit" jerit Irdina. Tiba-tiba je ditarik rambutnya tanpa disangka.
"Oh tau sakit,habis tu kau palau aku,kau ingat hati aku tak sakit? Inilah balasannya." kata Naili sambil menarik rambut Irdina dengan lebih kuat. Mereka yang lalu lalang hanya pandang je. Tak terdetik ke dihati nak tolong?
"Kau nak aku jawab apa? Kau nak aku cakap apa salahnya sombong dengan classmate sendiri. Macam tu?" tanya Irdina menahan sakit dikepalanya.
"Dah pandai ye kau nak melawan. Kau ingat kau sape ha? Tak pandai nak hormat orang ke?" marah Naili.
"Kau dengar sini ye,aku ni anak pengetua. Perangai kau yang kurang ajar ni,aku boleh report dekat ayah aku kau tau tak. Kau nak aku bagitau bapak aku ke?" marah Naili sambil menarik rambut Irdina. Irdina menggeleng. Tak mampu nak kata apa lagi. Sakit lebih menguasai.
"Eh,apa kecoh-kecoh ni?" tanya Mia.
*****
"Kau dah kenapa Naili?" Mia menolak Naili sehingga terlepas tangan Naili yang sedari tadi memegang rambut Irdina.
"Wahh,penyelamat datang la." kata Naili sambil menepuk tangan.
"Penyelamat hotak kau. Baik kau cakap dekat aku,apa yang kau dah buat dekat Dina?" marah Mia. Dia memandang Irdina yang sedang melutut sambil memegang kepalanya.
"Aik,sejak bila kau ni ambik berat dekat Dina ni Mia? Ha..ha..ha. Setahu aku,kau mana peduli dengan Dina ni. Dah bertaubat ke?" sindir Naili. Mia bergegas menarik rambut Naili yang bermulut celopar. Kau memang salah orang la Naili nak cari gaduh.
"Aarghh,sakitla. Kau dah kenapa?" marah Naili setelah rambutnya dilepaskan kembali.
"Ooo,tau marah. Sakit ke? Habistu kau buat dekat Dina tadi,kau ingat dia tak sakit?" marah Mia.
"Suka hati aku la nak buat apapun dekat dia. Kau sape nak sibuk hidup dia?" balas Naili.
"Aku ni kawan dia. Dah sah-sah la aku kena protect dia. Kau tu sape yang suka hati mak nenek kau je nak buli Dina?"
"Kau tak kenal aku? Eh,kau ni lupa ke. Aku ni anak pengetua. Dah lupa? Kalau aku report perangai korang ni dekat ayah aku,kau dengan kawan kau tu akan ditendang sekolah. Kau tak sedih ke nanti nak tinggalkan sekolah ni? Tak sedih nak tinggalkan aku?" kata Naili dengan bongkak.
" Pi mampus la. Kau ingat aku takut?"
"Kau lupa ke aku ni sape pulak? Aku ni anak polis la. Inspector Zainal la. Bapak kau pon ayah aku boleh tangkap kalau ayah kau bersubahat dengan kau." sindir Mia. Nak sangat lawan jawatan ayah kan,ha ambik kau. Terdiam terus.
"Asal diam? Dah kalah?" kata Mia terus-terusan menyindir.
"Siap kau ye." Naili memandang Mia dengan penuh amarah. Mia hanya tersenyum sinis. Naili melangkah meninggalkan mereka.
"Siap pergi mana?" laung Mia lalu dia ketawa berdekah-dekah.
Ok dah siap. Proses selesaikan bab seterusnya. Teruskna support ok. tq
Share this novel