Bab 7

Action Series 1097

"Aik,takkan la nak tegur junior sendiri tak boleh kot." perli Syaza. Irdina hanya menundukkan kepalanya memandang kelantai.

"Aku datang sini hanya nak merapatkan hubungan silaturrahim je. Kau kan suka pandang muka aku." sambung Syaza lagi.

"Okeyla,disebabkan kau hanya diam je,aku ada benda nak cakapni. Saja nak share tips ni dekat kau. Orang kata,nak rapatkan hubungan antara junior dengan senior,junior kena buat apa je yang senior suruh. Jadi,aku nak suruhla kau basuhkan baju aku. Boleh kan?" panjang lebar apa yang diucapkan Syaza dan diakhiri dengan pertanyaan.

"Tapi kak..."

"Aip,kau nak kena lagi teruk ke dari semalam ha? Aku dah suruh buat tu,buat je la. Aku banyak sangat alasan ni ha?" tanya Syaza. Pagi-pagi nak buat aku sakit hati.

"Baiklah kak. Saya basuh sekarang."

"Ha,macam ni la junior yang baik. Kau pergi dorm aku,mintak baju-baju kotor aku dekat Lisa. Basuh baju aku ni sampai bersih dan wangi. Lagi satu,jangan sampai baju aku ni rosak. Kalau rosak,siap kau aku kerjakan." ugut Syaza. Terangguk-angguk Irdina menerima arahan daripada Syaza. Dia lekas naik ketingkat atas menuju ke dorm chempaka.

Tok! Tok!

Irdina mengetuk pintu bilik. Satu minit,dua minit,pintu masih tak dibuka. Irdina mengetuk lagi sekali.

Krakk!

Pintu akhirnya dibuka. Terjengul muka Lisa menahan marah akibat tidurnya diganggu.

"Kau nak apa pagi-pagi buta kacau orang tidur? Cari bala ke?" marah Lisa. Pagi buta?dah sah kau ni mereng Lisa oii.

"Maafkan saya kak. Saya cuma nak mintak baju Syaza. Dia suruh basuh." jawab Irdina takut-takut.

"Kau ni banyak betulkan alasan. Kau tunggu sekejap. Hish,menyusahkan je kau ni." Lisa menutup kembali pintu. Tidak lama kemudian,pintu kembali dibuka.

"Nah kau ambik ni. Basuh semuanya." Lisa membaling 3 baldi yang dipenuhi pakaian kepada Irdina. Irdina jatuh tersembam kelantai. Auch! Irdina melihat sikunya yang telah luka.

"Satu baldi tu Syaza punya. 2 lagi tu pakaian Aku dan Sofeah. Basuh bersih-bersih. Kalau tak bersih,siap kau aku kerjakan." Kata Lisa sambil memulas telinga Irdina.

"Baik kak,baik. Aaarghh!" menjerit kesakitan Irdina kerana telinganya dipulas. Sakit lain macam. Macam nak tercabut pun ada.

"Dah berambus!" marah Lisa lalu menghempaskan kembali pintu biliknya. Irdina terkial-kial mengangkat 3 baldi sekaligus menuruni anak tangga. Tingkat atas ada je tandas tapi selalu tiada air. Jadi lebih senang pergi ketingkat 2. Tak perlu risau pasal air. Memang selalu je keluar.

Irdina meletakkan 3 baldi pakaian itu kelantai. Dia mengeluh. Dia menyingsingkan lengan bajunya. Bersedia untuk memulakan kerja.

'Sampai bila aku kena jadi hamba abdi buat mereka? Aku tak mampu nak lawan dorang.'

'Aku ni lemah,sebab tu dorang boleh pijak pijak kepala aku'bisik Irdina didalam hati.


*****

"Fuhh,siap jugak akhirnya. Tinggal sidai je lagi. Aku kena kejutkan Mia dulu ni." kata Irdina sendirian. Dia membasuh tangannya yang dipenuhi dengan sabun pencuci pakaian. Dia meletakkan baldi ditempat jemuran kain lalu melangkah menuju kebiliknya semula.

'Krakk'

Pintu ditolak oleh Irdina dengan perlahan. Ternyata Mia masih tidur. Wahh,seronoknya dapat tidur.

"Mia,bangun Mia. Kata ada latihan. Kang nanti lewat,aku tak tau." kejut Irdina serata bergurau. Tiada balasan.

"Mia,bangun." Irdina mula menggoncangkan tubuh Mia. Mia mengeliat. Hah,baru nak jaga.

"Dah pukul berapa?" tanya Mia.

"Dah pukul 9.53. Bangun lekas. Nanti kau lewat gi latihan." Irdina menarik tangan Mia supaya bangun. Dengan malas Mia bangun dari pembaringan.

"Malasnya nak pergi" rungut Mia. Irdina sekadar tersengih.

"Kau betul ke ni nak pergi keluar petang ni? Takut kau penat je nanti. Esok dah start class balik. Kalau kau penat,tak pela. Biar aku je pergi seorang." kata Irdina priharin. Mana tak penatnya,Mia berlatih je dari pukul 10 hingga pukul 2.

"Takpe,biar aku ikut kau. Aku dah biasa dah penat ni. Ha..ha..ha. Lagipun dah lama aku tak keluar gi jalan-jalan." jawab Mia. Amboi,ada udang disebalik batu rupanya.

"Aku ok je. Tapi jangan nak merungut kata penat la itu la ini la. Aku cili je nanti mulut tu." Kata Irdina sambil ketawa. Bukan selalu dapat ketawa macam ni.

"Amboi,ada hati nak cilikan mulut orang ye."

"Ha..ha..ha. Dah la,gi bersiap." kata Irdina sambil memegang tombol pintu.

"Eh,kau nak pergi mana?" tanya Mia.

"Aku nak sidai baju jap"

Fuh,penat. Sorry lmbt update. Ada hal sikit. Stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience