BAB 3: bermulanya masalah sebenar

Crime Series 663

Iskandar menunggang motorsikalnya ke jalan Raya, kelihatan jalan Raya sudah Mula 'jem' tetiba. Radio kereta Yang berada disebelahnya.

"Bulan Lepas tepat pada 4 Hari Bulan ogos, kumpulan perompak Yang dikenali sebagai M.F team telah berjaya merompak bank terbesar Di norya selatan iaitu bank 'M.I.D'. mereka telah berjaya menrampas wang berjumlah 1000,0 juta. Rompakan ini dipercayai berlaku sekitar pukul 9.00 pagi."
Kata pembaca berita itu Di radio, iskandar sedang khusyuk mendengar berita itu sehingga sang pemandu menutup tingkap keretanya.

Memasuki lorong Yang berada Di Kanan, kemudian Terus pecut pergi ke simpang 3. Akhirnya Sampai ke rumah tunang nya, rumah nya besar. Maklumlah, tunang si iskandar ni anak kepada pengarah filem-filem terkenal Di norya republik.

Iskandar Turun Dari motornya sambil membawa sesuatu. Dia menekan loceng rumah itu sebelum memberi salam.

"Assalamualaikum! Nor! Ada tak kat rumah"

Kelihatan seorang wanita berpakaian normal membuka pintu rumah itu, ini noraini atau orang biasa panggil nor,Dia merupakan tunang kepada iskandar.

Sudah 8 Bulan mereka bertunang, Mac depan mereka Akan menjadi suami istri Yang, ya Allah cliché Nye ayat Aku ni.

"Waalaikumusalam...ye is..nak apa?"
Nor menjawab salam sebelum menanyakan Tujuan iskandar berada Di sini.

"Takde apa...ni hah,nak pulangkan buku novel adik Kau ni...best citer dia."
Iskandar menghulurkan sebuah buku Yang bertajuk 'fizik',sebuah novel Seram Dan psikologi Yang ditulis oleh naufal medinah bin jaafar,alias adik kandung kepada nor.

Belum sempat Nor mengambil buku itu Dari tangan iskandar, naufal Dari belakang sudah menrampas novel itu terlebih dahulu.

"Humph,Baru nak pulangkan? Dah tiga Bulan Kau pinjam novel Aku Kau tau tak?!"
Naufal menghentak kaki sambil memberi iskandar pandangan maut.

"Alololo~ marah ye? Takpe nanti abang is belanja air Milo ye."
Bukan nya takut, iskandar sebaliknya Mula menyakat bakal adik ipar nya,membuatkan naufal membengis sekali lagi kemudian masuk semula ke Dalam rumah.

"Ish awak ni, makin awak menyakat si naufal Tu semakin memberontak dia Tu."
Nor memarahi iskandar sambil memukul bahu iskandar.
"Aduh! Sakit lah sayang.."
Ah yes,dia makin mengatal.

Nor hanya mengelengkan kepala melihat gelagat bakal suaminya itu.
"Oh,dah tengok berita?"
"Pasal group hacker itu berjaya menghack sistem maklumat negara Dan kejadian rompakan kat bank selatan norya? Sudah..awak ingat saya tak tengok berita ke?"
Iskandar menjawab semula soalan Nor.

"Ish,bukan Tu lah! Ni mesti awak tak tengok pac Kan? Pasal pembunuhan dekat rumah datin nyonya."
Mata iskandar terbeliak apabila mendengarkan apa Yang Nor sampaikan.

"Dan juga kumpulan penjual vape didapati meletakkan bahan-bahan terlarang macam d-"
Maaf Nor,awak tak boleh sebut perkataan Tu kat sini. Walaupun citer ni bukan family friendly..korang pun tahu jelah apa Yang si Nor ni Cuba katakan Kan?

"Dengar citer kes vape Tu Ada kaitan dengan kumpulan mafia dekat norya.."
Iskandar menutup mulut Nor sebelum memberikan maklumat kes-kes itu dengan lebih Dalam.

"Dah lah Tu,Seram sejuk Pulak Rasa. Awak bukannya polis atau ahli S.K.N pun..."
Iskandar tidak suka apabila menyentuh isu sensitif.

"Dah lah nor,abang nak kene balik ni."

"Aik? Awalnya? Busy ke? Kata tak dapat cari keje lagi"
Nor sebenarnya tidak tahu tentang iskandar berkerja sebagai hacker walaupun dia Salah seorang Yang paling dekat dengan iskandar.

"Bukan apa, rumah I tak kemas lagi. Nanti afiq datang nak lepak situ jap"
Iskandar memberi alasan untuk balik rumah secepat mungkin. Afiq nak lepak konon, tapi sebenarnya iskandar nak sambung kerja hacker dia.

"Oh...ish afiq Tu,sibuk je nak lepak rumah you. Okay lah,bye bye!"
Setelah mendengarkan ucapan daripada Nor,Iskandar tersenyum lalu menuju ke motorsikalnya Dan menghidupkan enjin motor.

Dia memakai topi keledar lalu melambaikan tangan kepada Nor,lalu beredar Dari situ.

Sebaik sahaja iskandar beredar, Ada seseorang mengintai iskandar Di balik semak-samun Yang berada Di depan rumah Nor.

Iskandar Mula memasuki lorong gelap yang merupakan 'shortcut' untuk balik ke apartment nya. Iskandar selalu memasuki lorong tersebut setiap Kali mahu balik selepas menziarahi tunangnya itu.

Secara tiba-tiba, motor iskandar sudah Mula 'semput'. Iskandar berhenti Di tengah lorong untuk memeriksa enjin motor. Pelik,bukan ke si iskandar ni dah isi minyak motor sampai penuh Malam semalam?

Iskandar membongkok untuk melihat sekiranya Ada bende tersekat Di bahagian enjin motor.

Sekali lagi, secara tiba-tiba, seseorang muncul dibelakang iskandar. Apabila iskandar sempat memusingkan kepalanya, orang misteri itu berjaya menutup mulut iskandar dengan Kain.

Iskandar berada pening Dan akhirnya pengsan. Kemudian datanglah sebuah van hitam Dan Lori Di lorong tersebut.

Beberapa orang berpakaian hitam keluar Dari van tersebut dan kemudian mengangkat motor iskandar Naik ke atas Lori.

Iskandar dibawa oleh dua orang Yang lain ke Dalam van Dan kemudian menutup pintu van.

Van Dan Lori itu Mula beredar Dari situ.

[BERSAMBUNG....]

hi!!! bertemu lagi dengan saya! maaf kerana chapter ini mengambil 3 minggu untuk disiapkan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience