Bab 4 : satu kumpulan Dalam bilik

Crime Series 663

Iskandar membuka matanya lalu terbangun dari pengsan,dia melihat sekitarnya.

Dia perasan Yang dia sendiri bebaring diatas sebuah tilam, Dan dia melihat ahli-ahli 'HeXagon' berada Di situ Yang sedang tertidur diatas tilam masing-masing. Iskandar Dan ahli 'HeXagon' berada Di sebuah bilik segi empat tempat Yang luas.

"Weh weh! Bangun bangun!"
Iskandar mengoyangkan kawan nya,afiq. Yang juga merupakan seorang ahli 'HeXagon'. Afiq membuka Mata sebelah nya Dan melihat ke arah iskandar sebelum melihat kearah Yang lain.

"Apalah Kau ni?"
Tanya si afiq Yang separuh sedar.

"Weh,Aku Rasa Kita kene culik"
"HAH?!"
Afiq bangun Dari tilam Dan dengan cepatnya dia melihat sekelilingnya.

"Serius lah weh?"
Afiq bertanya lagi kepada iskandar.

"Ye ye,tapi macam mana Kau boleh Ada kat sini?"
Iskandar bertanya balik kepada afiq.

"Aku Dan norman tadi dah nak sampai rumah,macam biasa kitorang pun ikut lah jalan sempit Tu. Lepas Tu tetibe je Ada kereta..eh bukan! Ada van Yang langgar kitorang Dari belakang, kitorang berdua terhantuk Dan pengsan. Tu je kitorang ingat!"
Afiq menjelaskan kronologi kejadian Yang dialami nya Dan norman.

"Weh,korang cakap apa Tu?"
Norman Dari belakang meletakkan tangan nya Di atas bahu iskandar.

Iskandar Yang terkejut langsung terbangun.
"Opocot,ish..apahal Kau Ada kat sini?"

"Aku Baru bangun tadi,Kau pun buat apa kat sini?"
Norman bertanya semula.

"Aku..tak tau lah,tadi Dalam perjalanan balik Dari rumah tunang Aku.."
Sebelum menghabiskan ayat nya, afiq memotong ayat iskandar.

"Pergi jumpa sape? Tunang? Si Nor ke?"
Afiq bertanya kepada iskandar.

"Yelah, takkan Kau tak ingat Kita pergi Majlis tunang iskandar
8 Bulan Lepas?"
Norman hairan Akan afiq Yang tidak tahu menahu tentang pertunangan kawan nya sendiri

"Yeke? Sorry tak ingat"
Afiq hanya menggaru kepala dan ketawa kecil.

Norman hanya mengelengkan kepala melihat karenah kawan nya itu yang cepat terlupa Akan sesuatu. Tetibe sahaja, seseorang muncul Dan meletakkan tangan nya Di bahu norman, norman Yang terkejut melihat siapa dibelakang nya.

"Korang borak apa?"
Tanya rizki Yang Baru bangun Dari pengsan.

"Eh,sejak bila Kau bangun??"
Afiq bertanya kepada rizki Dan rizki hanya menjelingkan Mata kepada nya.

Iskandar hanya mengelengkan kepala sebelum bertanya kepada rizki.
"Weh Riz,macam mana Kau sampai sini?" Tanya iskandar kepada rizki

Rizki menjawab soalan iskandar dengan berkata "entah,Dalam perjalanan balik tadi aku singgah kat warung karipap Yang berada tak jauh Dari Kawasan rumah norman.."

"Aik? Bila masa Ada warung karipap kat Kawasan situ?"
Norman berasa hairan,dia tidak pernah melihat mana-mana warung Di Kawasan perumahan nya.

"Entah. Aku Tanya pakcik Yang Jual Tu, dia Kata dia dah berniaga kat situ selama 2 tahun setengah"
Rizki menjawab semula soalan Yang ditanyakan Oleh norman

"2 tahun? Tapi apasal Aku tak nampak eh?" Norman menggaru kepala sendiri untuk mengingati semula. Dia takut jika dia selama ni terlepas pandang Dan tak perasan Akan kehadiran warung itu.

"Hm..masa Aku nak Beli karipap Tu,Ada kereta warna merah berhenti kat depan warung Tu-" ayat rizki terhenti apabila iskandar bersuara

"Kejap, kereta warna merah Tu...brand Toyota ke?.."
Iskandar bertanya kepada rizki, rizki hanya menaikkan bahu kerana beliau sendiri tidak tahu menahu tentang brand-brand kereta itu.

"Aku pandang kereta Tu untuk beberapa saat,tapi masa Aku berbalik balik kat pakcik karipap Tu. Tetiba sahaja dia pergi sembur spray zolpidem kat Aku"
Rizki menyambung cerita lagi.

Untuk Pengetahuan, zolpidem ialah ubat yang digunakan terutamanya untuk rawatan jangka pendek masalah tidur. Ia biasa nya digunakan sebagai 'sleeping spray'.

"Lepas Tu Aku pengsan,Dan bila dah bangun , Aku berada Di sini."
Rizki selesai menghabiskan cerita nya.

"Dahsyat benar cerita Kau, macam buat-buat je cerita Tu."
Afiq tidak percaya Akan cerita rizki.

"Mana Ada,Kau pun tahu Kan kalau Aku nak menipu Aku tergagap-gagap."
Kata rizki

"Weh,tinggal syafiq je yang belum bangun. Nak kejut Kan dia ke?"
Afiq bertanya kepada kawan-kawan nya,tetapi sebelum Yang lain sempat menjawab soalan afiq. Tiba-tiba Ada bunyi tapak kaki Dari jauh,tepat-tepat Di hadapan pintu Yang berada Di bilik mereka.

"Siapa Tu?"
Rizki merasa tidak senang Akan bunyi itu.

Mereka semua Cuba untuk mencari sesuatu Yang boleh Digunakan until melawan,mana lah tahu Tu musuh ke. Sementara norman Yang sibuk membangunkan syafiq Yang tidak sadarkan diri lagi.

"Syafiq! Bangun syafiq! Kita Dalam bahaya!"
Norman menepuk badan syafiq berkali-kali. Tetapi Dalam masa Yang terdesak,dia Hari mengunakan jurus terhandal nya.

"Baik,Kau memang memaksa Aku!"
Norman dengan cepatnya langsung menumbuk perut syafiq sehingga membuatkan syafiq bangun Dan terjaga.

"Aduh...apahal Kau ni gila??"
Syafiq memarahi norman sambil memeluk perut nya itu.

Yang lain hanya boleh mengelengkan kepala melihat cara 'efektif' norman untuk membangunkan syafiq.

Bunyi tapak kaki semakin menghampiri pintu mereka, Dan Kali ini tapak bunyi tapak kaki itu makin lama semakin cepat.

Pintu besi itu terbuka Dari luar,Dan kelihatan tiga orang Yang memakai pakaian seperti askar Dan memakai topeng sambil membawa sniper.

"Selamat pagi,semua tahanan bangun!"
Jerit Salah satu askar itu. Sambil mengacukan sniper kepada iskandar Dan Yang lain.

Satu-satu daripada askar-askar itu membawa mereka semua keluar Dari bilik itu.

"Lepas lah!-- aduh!"
Afiq Cuba melawan tetapi askar itu mengetuk kepalanya supaya dia diam.

[BERSAMBUNG..]

maaf kerana lambat menyiapkan chapter Kali ni,agak sibuk Dan tiada masa untuk menulis, tetapi enjoy lah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience