Setibanya mereka dirumah, solat zohor di dahulukan. Lagipun mereak sudah terlewat untuk bersolat. Sebelum tamatnya waktu Zohor, mereka usaikan terlebih dahulu.
“kau da ready ke…”
“itulah soalan kau Syam setiap kali nak pasang pita rakaman tu…sudahnya, meletup…”
“jangan cakap macam tu..kali ni kalau tak dapat nak tengok gak…aku bakar video ni…”
“ok…kita tengok ape cite…”
Imej yang terpapar kurang jelas namun masih mereka masih mempunyai pandangan yang baik. Imej seorang perempuan pelik mula ditayangkan. Afiz sudah tersenyum sendiri kerana dia pasti dua minit selepas itu pastinya pemain vcd mereka akan meletup. Seminit…dua minit…tiga minit…empat minit…. Nampaknya, kali ini mereka pasti dapat mengetahui kisah dalam pita rakaman itu.
Mereka semakin hairan…sebenarnya dimanakah alat perakam Aisya diletakkan. Imej perempuan pelik itu bermula di kawasan ruang legar. Selepas itu banyak lagi tempat yang di tayangkan dalam rakaman itu seolah-olah ade seseorang yang sedang mengambil rakaman itu sedangkan, apa yang mereka tahu, perakam mereka diletakkan secara statik.
Gambaran Aisya sedang menggoreng ada dalam video tersebut. Rakaman mereka sedang berbincang untuk meletakkan alat perakam mereka turut ada membuatkan mereka terlampau terkejut memandangkan pada waktu itu mereka baru sahaja berbincang. Belum ada sesiapa di antara mereka yang sudah memasang alatan perakam mereka. Tidak semua suasana dirakamkan dalam video itu.
Rakaman itu terlampau pelik untuk ditonton melainkan mereka yang mengalaminya sahaja mampu menafsir rakaman itu dengan tepat. Seketika kemudian, Aisya yang sedang terkial-kial memasang alat perakamnya terpamer. Imej dan suara kanak-kanak yang sedang bermain jelas terpapar. Aisya yang terkejut dengan suara kanak-kanak tersebut cuba menghalakan kameranya ke arah imej berkenaan. Apa yang terjadi semua terakam disitu.
Aisya terkejut, menjerit, dan berlari untuk mendapatkan rakan-rakannya yang lain jatuh tersungkur lalu pengsan. Seketika kemudian Afiz dan Syam dapat menyaksikan keadaan Aisya yang masih berada dalam hotel itu namun seperti berada dalam dimensi yang lain. Afiz dan Syam tercengang. Mereka turut dapat merasakan ketakutan yang dialami oleh Aisya dimana dia menyaksikan beberapa pembunuhan dalam satu masa. Afiz sesekali mengesat peluh dingin di dahinya yang acap kali mengalir diserang suspen.
Tiba-tiba rakaman tersebut merakam Leya yang sedang terlena di sisi Aisya. Terlihat pula imej mereka berdua sedang mengemas alatan perakam mereka di tingkat bawah. Mereka tertanya-tanya di dalam hati, siapakah yang merakam ini semua.
Rakaman beralih ke tingkat atas dimana Aisya yang tidak sedarkan diri sedang diseret oleh seorang perempuan pelik yang amat menyeramkan. Wajahnya tidak kelihatan sekadar kulitnya yang berwarna putih pucat dan urat yang kebiru-biruan. Entiti tersebut menyeret Aisya ke bilik yang berkunci itu sambil tersenyum kemenangan. Tidak lama kemudian, mereka bertiga pulang ke rumah sewa masing-masing kerana menganggap yang Aisya sedang bersama ibunya.
Dan…adegan selepas mereka pulang itulah menjadi jawapan bagaimana Aisya terbunuh. Beberapa minit setelah mereka pulang, Aisya tersedar daripada pengsan. Perempuan pelik itu telah membiarkan Aisya terbaring di lantai dan dia sekadar memerhati Aisya sambil duduk di kerusi rotan. Perbualan Aisya dan entiti itu jelas kedengaran.
“kenapa kau dan rakan-rakan kau datang ke mari untuk menjejaki aku…? kenapa kamu semua mengganggu keamanan aku…?”
“jangan bunuh aku Anne…!! aku tak bersalah dengan kau…tak de sape yang bersalah dengan kau…Deanna, Diniey dan Adam tak pernah bersalah dengan kau..kau yang ikutkan perasaan…!”
“aku tak pernah tenang dengan diorang semua..dan sekarang, aku tak tenang bila kau dan kawan-kawan kau datang kemari..aku perlu buat korban sekali lagi untuk melepaskan diri aku daripada kemarahan Dewa Christ…”
Dan kemudiannya, Aisya diperlakukan oleh Anne seperti yang Anne lakukan terhadap anaknya. Tangan dan kaki Aisya dikelar ketika dia masih dalam keadaan separa sedar. Teriakannya hanya bergema di dalam kerongkaungnya sahaja. Kemudian, Aisya dijerut hebat hingga putus nyawanya. Syam mengesat air matanya yang mengalir. Sedih dengan kematian ngeri Aisya.
Selepas Aisya tidak lagi bernyawa, perempuan pelik yang bernama Anne itu menelefon ketiga-tiga mereka, Syam, Afiz dan Leya. Jeritan, tangisan dan ketakutan dalam panggilan itu bukanlah Aisya tapi makhluk kejam yang bernama Anne.
Panggilan dibuat tanpa sebarang reaksi, wajahnya kaku namun panggilan itu berjaya mengaktifkan tindakan refleks mereka dan serta-merta mereka menjadi panik untuk menyelamatkan Aisya sedangkan Aisya sudah pun meninggal dunia saat mereka mendapat panggilan itu. Mereka berdua dapat saksikan semula di mana mereka mencari Aisya dalam hotel puaka itu dan bertemu Aisya yang sudah terkulai tidak bernyawa. Ratapan dan tangisan Leya.
Afiz yang mengambil alat perakam Aisya untuk disimpan dalam boot kereta, siasatan polis terhadap mayat Aisya hinggalah saat jenazah Aisya di bawa ke hospital semua terakam disitu. Akhirnya kebenaran telah mereka saksikan. Rakaman tersebut tamat dengan hilai tawa Anne yang seolah-olah memandang tepat ke arah mereka berdua.
“Aisya dah mati mase die call kita Fiz…” ujar Syam sayu.
“aku rase diperbodohkan Syam…diperbodohkan dengan entiti tu…”
“ini lah pemburuan entiti aku yang terakhir fiz…sebab aku tak nak lagi tau ape-ape pon kebenaran yang berkaitan dengan entiti…”
Dan di hospital mental tempat Leya ditahan…
“aisya…maafkan aku..ampunkan aku…aku janji aku dah tak bawak kau kat hotel tu lagi…huuuu…! huuuu…!” dan ratapan itu berterusan dan sesekali berhenti tatkala Leya diberi ubat penenang.
Adakalanya sifat ingin tahu boleh membawa kepada 1001 faedah dan juga 1001 keburukan. Namun kita punya akal untuk menimbang tara mana satu yang harus dilakukan. Jangan ikut nafsu serakah atau ingin mencuba kelainan lain dari batas norma takut nanti silap haribulan hanya mengundang padah.
Share this novel