BAB 7

Thriller Completed 3677

Hilaian itu menyebabkan Aisya menutup telinganya. Kelihatan Anne sedang menyerang suaminya sendiri dengan sebilah pisau yang berkilat. Adam berusaha melindungi anaknya dari serangan mama mereka sendiri. Kejadian itu seakan sudah dirancang dengan sempurna oleh Anne memandangkan pintu keluar utama dari hotel itu bermangga dari dalam. Apa motif sebenar Anne untuk membunuh suami dan anak-anaknya. Adakah ini bahana meroyan..?

Keadaan semakin cemas kerana Adam telah dapat ditikam oleh Anne. Raungan Adam memenuhi ruang dan bergema hebat. Darah yang megalir dari pisau dijilat hebat oleh Anne. Anne menghirup darah suaminya sendiri…! kedengaran Adam menjerit kepada anak-anaknya. Adam mengarahkan anak-anaknya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dan itu membuatkan Anne semakin marah apabila Adam cuba menyelamatkan mangsa-mangsanya. Anne menikam suaminya berkali-kali hingga lelaki itu mati di situ. Aisya menangis sendirian apabila menyaksikan kejadian ngeri itu. Menggigil tubuhnya menahan tangis kerana takut diketahui.

Anne kelihatan amat berpuas hati apabila suaminya yang menjadi penghalang utama kerjanya telah mati. Anne terus mencari tempat persembunyian anak-anaknya. Kedengaran setiap pintu bilik dibuka ganas. Mungkin apa yang dicarinya tak dijumpai, Anne meraung amarah. Tidak lama kemudian kedengaran tombol pintu dipulas lembut. Ketukan-ketukan lembut juga kedengaran. Aisya yang berada di bawah sekadar mendengar tanpa dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“open up U my sweetie pie….” pujukan dari Anne itu tidak bersambut. Hanya dibiarkan sepi tanpa berjawab.

“open the door my baby…I knew both of U are inside.. open it dear…mummy here…” Anne marah kerana pujukannya tak bersambut. Hanya diam tak berjawab.

“open it U two….!!!! or i’ll break it….!!!! open it…i will kill both of U…!!!!” tombol pintu dipulas ganas. Ketukan demi ketukan seakan pintu itu mahu dipecahkan. Entah menggunakan apa, pintu itu berjaya dipecahkan oleh Anne. Suara anak-anaknya masih lagi tidak kedengaran. Mungkin mereka sedang bersembunyi. Aisya terus berdoa supaya anak-anak kecil itu selamat.

“don’t try to run or hide from me… I will get both of U soon…hahahaahahahahahahaaaa….!!!!”

Tiba-tiba kedengaran suara kecil menjerit hebat mengarahkan salah seorang dari mereka untuk lari. Kelihatan seorang anak kecil dalam lingkungan umur enam tahun sedang berlari menuruni anak tangga seorang diri sambil menangis hebat. Yang memilukan, anak kecil itu segera mandapatkan ayahnya yang sudah terkulai tidak lagi berdaya.

“daddy…wake up please…please dont sleep…please help me and Deanna…we are so afraid with mummy…she want to kill us..daddy…please wake up…I love U daddy…dont U love me daddy…” kedengaran anak kecil itu merayu-rayu. Kedengaran Deanna sedang menjerit-jerit. Mungkin cuba melepaskan diri dari ibunya.

“Deanna…! I love U…I afraid…” kelihatan kembarnya dapat melepaskan diri lalu mendapatkan Diniey.

“I love U too…We have to pray to ALLAH. ALLAH will help us….” balas Deanna sambil teresak-esak menangis.

“daddy….? he will not help us…?” soal Diniey naif

“daddy is sleep because he can not breath..let daddy rest….” ujar Deanna sambil melekapkan telinganya ke dada kiri Adam yang sudah meninggal dunia. Aisya semakin sayu melihat adegan itu. Mereka berdua cuba melarikan diri namun tindakan kejam Anne membatasi mereka. Anna menarik rambut Deanna lalu menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh. Diniey pula serta-merta berhenti, cuba untuk membantu namun tidak berhasil.

“dont cry…!!!!! sit there….!!!” arah Anne. Dua kanak-kanak yang ketakutan itu hanya menurut dan duduk di tengah-tengah nyalaan lilin yang banyak itu. Kelihatan Anne menuang arak dalam tiga gelas yang berasingan. Gelas-gelas itu disuakan kepada anak-anaknya.

“drink this…..!!!”

“mummy…daddy said, we cant drink this….”

“Ur daddy said…?” kanak-kanak naif itu sekadar mengangguk.

“look there…!!!! there is ur beloved daddy….!!! i killed him…hahahaha….!!!! drink this…!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience