Kapten memberhentikan motosikalnya. Dia menongkat motosikal itu dengan kaki kirinya. Tangan kanannya diangkat memberikan isyarat kepada rakan rakannya untuk memberhentikan kenderaan mereka.
“Dah sampai” kata Kapten kedalam alat komunikasi di telinganya.
“Budak… bangun… kita dah sampai’ Aishah mengejutkan Budak yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Bingkas bangun Budak. Dia mengeliat, menghilangkan lenguh lenguh dibadannya.
Dia mengesat matanya, lalu perlahan lahan turun dari pacuan 4 roda itu. “Macammana la diaorang ni boleh tidur nyenyak aku tgk dalam jip ni semalam” fikirnya. Dia memandang kehadapan. Kapten dan yang lain lain sedang berdiri mengadap sebuah bangunan 3 tingkat. Dia berjalan menuju kearah mereka sambil memandang keadaan bangunan itu.
Sudah usang keadaan bangunan itu. Pintu depannya sudah terkopak. Tingkap tingkap banyak yang pecah. Kelihatan pohon pohon liar mula memanjat didinding bangunan itu. Begitu juga dengan tembok yang mengelilingi bangunan itu, sudah dipenuhi dengan pohon pohon liar.
Pintu pagarnya juga sudah berkarat teruk. Walaupun dirantai dan dimangga, mangga yang digunakan juga sudah berkarat. Mudah mereka memecahkan mangga itu menggunakan seketul batu yang besar.
“Kita dimana ni?” tanya Budak, tidak ditujukan kepada sesiapa.
“MINDEF… Ministry of Defense ataupun Kementerian Pertahanan…” pertanyaan Budak tadi dijawab oleh Romeo.
“Oh… sinila MINDEF… ayah saya ada cerita, dulu disini, ada satu geng ni, diaorang lawan ngan geng General, geng General kalah… diaorang ada 5 orang je… geng General ada berpuluh orang… hebat diaorang tu…” teruja Budak bercerita sambil mereka berjalan menuju ke pintu masuk MINDEF.
“Pertempuran diaorang tu dengan askar askar General, sekarang dipanggil The Great Battle of MINDEF… hampir setiap malam kami mendengar cerita tu” Budak menyambung kembali ceritanya. Yang lain hanya mendengar, tidak memberikan apa apa respon, kecuali masing masing tersenyum.
Terbeliak mata Budak apabila dia melangkah masuk ke dalam kawasan MINDEF yang usang itu. Di kiri kanan halaman, dipenuhi dengan rangka rangka dan tengkorak manusia. Dia menekup hidungnya, tidak tahan dengan bau busuk yang menusuk. Dia mula berasa sedikit ketakutan melihat pemandangan yang terhampar disekelilingnya sekarang.
Dia nampak Kapten, Romeo, Tupai, Dungun dan Rembau hanya selamba melangkah dihadapannya. Langsung mereka tidak nampak terganggu dengan pemandangan yang ada di sekeliling mereka sekarang.
Mereka sampai ke pintu masuk. Tupai menolak perlahan pintu yang sudah hampir terkopak itu. Pemandangan didalam lebih mengejutkan Budak. Lebih banyak rangka dan tengkorak manusia bergelimpangan. Pakaian yang ada ditubuh rangka rangka itu sudah mereput.
Ada diantara cebisan cebisan pakaian yang mereput itu, Budak kenal pakaian apa. Itu adalah uniform yang dipakai askar askar General. Ada juga cebisan pakaian yang masih nampak lambang MINDEF. ‘Mungkin inilah pekerja pekerja MINDEF yang terkorban semasa pertempuran tu’ fikir Budak.
Dia memberhentikan langkahnya. Mengikut rentak Kapten dan orang orangnya. Mereka semua berhenti sekejap, memandang kepada dua rangka manusia yang ada diatas salah satu sofa disitu.
‘Nampak macam sorang dewasa, sorang kanak kanak… yang dewasa memakai kemeja coklat, yang kanak kanak pakai t shirt hitam ni…’ fikir Budak sambil turut memandang kearah dua rangka itu.
Dia mengalihkan pandangannya kearah Kapten. Dia nampak Kapten memandang kearah Mak. Begitu juga dengan Romeo, Dungun dan Rembau. Hanya Tupai yang melarikan pandangannya. Air muka Mak menampakkan kesedihan yang amat sangat. Matanya mula bergenang. Fatimah lantas memegang tangan Mak. Mak mengesat air matanya, kemudian memandang Kapten, menganggukkan kepalanya. Kapten membalas anggukan itu, dan melangkah.
‘Apahal tadi tu… tiba tiba saja semua berhenti… yang Mak menangis tetiba, kenapa?’ fikir Budak. Ingin dia bertanya kepada salah seorang mereka, tetapi dia dapat rasakan perubahan mood yang berlaku ketika itu, lantas membatalkan niatnya.
Mereka sampai ke satu pintu. Kapten menyelak pintu itu, dan menampakkan anak tangga yang menuju kebawah. Kapten memandang Romeo, Tupai dan Mak. Mereka paham apa yang dimaksudkan Kapten, dan masing masing melangkah turun. Kapten tidak mengikut langkah mereka.
Apabila rakan rakannya hilang dari pandangan, Kapten berpatah balik, berjalan menuju kearah dua rangka manusia yang berada disofa tadi. Dia berdiri dihadapan dua rangka itu. Hairan Budak melihat apa yang dilakukan Kapten. Lebih menghairankan lagi, Kapten membetulkan kedudukan dua rangka itu, dan juga membetulkan pakaian yang sudah mereput yang ada dirangka itu.
Rembau memerhatikan Budak. Dia nampak riak kehairanan yang jelas diwajah Budak. Perlahan lahan dia melangkah kearah Budak, dan berdiri disebelahnya.
“Itu suami dan anak Mak… masa MINDEF ni kena serang dengan askar askar General waktu tu, diaorang ni ada sini, tunggu Mak balik kerja… “ujar Rembau. Matanya memandang Kapten.
Budak mengalihkan pandangannya. Memandang Rembau. Terkejut dia dengan penerangan yang diberikan Rembau tadi.
“Kami sampai lambat… kalau kami sampai awal sikit waktu tu, mungkin kami dapat selamatkan suami dan anak Mak ni… masa kami sampai, suami dan anak Mak dah mati atas sofa tu… kena tembak dikepala dengan askar askar General... staff staff MINDEF semuanya dah mati waktu tu… kalau kami sampai awal sikit, staff staff tu pun mungkin dapat diselamatkan…” sambung Rembau. Matanya masih memandang Kapten, yang sedang berjalan menuju kearahnya.
“Kamilah 5 orang yang bertempur dalam The Great Battle of MINDEF tu... aku, Dungun, Romeo, Tupai dan Kapten...” sambung Rembau lagi. Terkejut Budak mendengar kata kata Rembau. Sekarang baru dia tahu, dia berada dengan siapa sekarang. Baru dia tahu, kenapa ayahnya dulu, nak dia bertembung dengan Kapten dan orang orangnya. Tapi dia menyedari, nada suara Rembau, tak menunjukkan dia bangga dengan pertempuran bersejarah itu. Nada suara Rembau menunjukkan, dia seperti menyesal bercampur marah.
Kapten sampai dihadapan Rembau dan Budak. Dia berdiri, memandang Budak. Budak membalas pandangannya. Dia mulai berasa kagum bercampur segan dengan pemuda yang berdiri dihadapannya sekarang setelah mengetahui siapa dia Kapten yang sebenarnya.
“Masa kami sampai, askar askar General sedang cuba masuk kebilik bawah tanah tadi tu… itu sebenarnya bilik kebal… tempat simpan senjata... Mak selamat pasal waktu tu, dia ada dalam bilik tu… dia lambat keluar… itulah bagaimana kami berjumpa dengan Mak…” sambung Rembau.
“Ramai yang cakap kami ni hero… 5 orang tewaskan berpuluh askar General… salah sorang Jahat Berenam pun kami bunuh waktu tu... ketua Jahat Berenam, Si Ular tu pun cedera parah waktu tu…” Kapten pula menyambung apa yang diceritakan Rembau tadi.
“Tapi kami tak pernah anggap kami ni hero… memang betul kami kalahkan askar General, tapi berapa orang yang kami selamatkan? Mak sorang ja… itupun pasal dia terkunci dalam bilik kebal tu… bilik tu memang akan otomatik terkunci kalau apa apa jadi kat MINDEF ni... sampai sekarang aku tak dapat maafkan diri aku, pasal lambat sampai… kalau kami sampai awal, mungkinla ramai yang dapat kami selamatkan….” Sambung Kapten, sambil memandang Budak.
Budak menundukkan kepalanya. Dia agak tidak bersetuju dengan pancangan Kapten. Memang betul, Kapten lambat sampai. Tapi walaupun lambat, Kapten dan orang orangnya berjaya selamatkan MINDEF, dan waktu yang sama, menakutkan pihak Israel. Baru pihak Israel tahu, ada lagi askar yang hebat di Malaysia ni.
Budak mengangkat kepalanya. Memandang kearah Kapten yang sedang mundar mandir, memandang Dungun yang sedang berkawal di pintu masuk, dan memandang Rembau, yang sedang menyepak nyepak tengkorak askar askar Israel yang berteraburan di lantai. Dia makin yakin, perjalanannya ke Selatan, akan lebih selamat dengan adanya mereka ini.
“Sekarang baru kau tau siapa mereka kan?” terkejut Budak dengan sapaan itu, lantas memandang kesebelahnya. Fatimah dan Aishah tersenyum memandang Budak.
“Ya la kak... tak sangka saya mereka ini la yang ayah saya ceritakan dulu... macam mana akak boleh jumpa diaorang?”
“Senang cerita, diaorang selamatkan kami... akak tak kenal Fatimah dulu… kenal dia masa akak join diaorang ni… nanti bila ada masa, akak ceritakan lagi” terang Aishah.
Budak tersenyum mendengar jawapan Aishah. Pandangannya dialihkan kearah Fatimah, yang ketika itu sedang memandang satu potret besar, gambar seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an, segak memakai seragam tentera.
“Gambar siapa yang kak Fatimah tengah tengok tu kak??” tanya Budak kepada Aishah.
“Itu gambar arwah ayah dia, Menteri Pertahanan waktu Malaysia kena serang dulu… mati kena bunuh askar askar Israel… rumah dia diserang... dia pun dah hampir sangat nak kena bunuh jugak, tapi mujurla diaorang ni ngan Mak sempat sampai dan berjaya selamatkan dia” ujar Aishah.
“Tapi kau jangan tanya Kapten pulak pasal hal ni… dia sampai sekarang salahkan diri sendiri pasal lambat sampai untuk selamatkan ayah Aishah waktu tu...” sambung Aishah.
Budak hanya terdiam mendengar kata kata Aishah. Baru dia sedar, dah banyak Kapten dan orang orangnya lalui. Dah ramai yang mereka hilang.
Share this novel