Prolog

Romance Completed 799702

Prolog

“Attention!”

Semua yang berada di dalam pejabat itu terus menoleh apabila melihat ketua mereka datang sambil menepuk tangan sebanyak dua kali. Mereka terus memanjangkan leher. Seorang wanita berpakaian ceria, berbaju polkadot dan skirt paras betis berdiri di tengah-tengah ruang pejabat itu. Rambut kerintingnya pula dipotong pendek, solekan di wajah juga agak menonjol. Dia adalah pemilik syarikat itu, iaitu SoulMatch. Pekerjanya hanya 4 orang termasuk dirinya dan pejabat mereka terletak di tengah pusat bandaraya.

“Saya ada perkara penting nak dibincangkan dengan kamu semua. Dengar sini baik-baik.”

“Nampak macam serius aje, Puan Maria.” ujar salah seorang pekerjanya. Seorang gadis manis yang masih muda.

Puan Maria mengangkat cermin mata berbingkai besarnya.

“Sudah dua bulan kita tak dapat customer VVIP! Apa yang kamu semua buat? Kalau bab bonus bukan main lagi kamu semua nak, bonus raya, bonus hujung tahun, bonus itu bonus ini. Tapi, kerja kelaut! Kita perlu bersaing dengan banyak agensi cari jodoh lain yang terkenal. Kamu semua dengar tak, Till Heaven Agency baru-baru ni dapat satukan anak pemilik syarikat automotif terkenal di Malaysia ni dengan anak pengerusi Yayasan Holdings. Sedangkan kali terakhir kita dapat kejayaan seperti itu adalah tahun lepas! Huhh. Kamu semua nak kita gulung tikar ke?!”

Semua mereka terdiam di meja masing-masing apabila wanita itu sudah bersuara. Namun, ada seorang wanita mengangkat tangan.

“Puan...”

“Ya Sarah. Kamu ada apa nak cakap? Saya belum habis nak luah perasaan ni!”

“Keadaan kewangan syarikat kita semakin merudum. Kita perlu buat sesuatu untuk bersaing dengan agensi lain yang terkenal. Mereka kerap mendapat pelanggan VVIP sebab pelanggan yang berjaya banyak mempromosikan syarikat mereka kepada kenalan. Saya yakin jika kita berjaya dapat satu customer VVIP yang sangat susah untuk mendapat jodoh, tetapi kita berjaya satukannya dengan soulmatenya, maka company kita pasti akan menjadi terkenal sekelip mata sahaja!” cadang Sarah dengan penuh bersemangat.

“Ohh... Betul-betul. Cadangan tu sangat Bagus!” sahut Naim. Satu-satunya jejaka dalam syarikat itu.

“Maksud kamu Gold Customer...” Puan Mariah terus bertenggek di atas meja salah seorang pekerjanya.

Mereka semua pantas mengangguk.

“Siapa yang boleh cari? Kalau boleh saya nak secepat mungkin!”

“Hmm... Syarikat kita tidak terkenal dikalangan VVIP... Jadi sangat susah untuk mencari Gold Customer...” kata Nina pula.

“Macam mana dengan... Madam Kay...” tiba-tiba Naim memberi satu nama. Mereka semua terdiam lalu memandang ke arahnya tepat. Naim tersengih seperti kerang busuk.

“Kau dah gila? Dah berapa banyak agensi VVIP yang naik gila dengan dia? Ada yang kena saman pulak tu. Kau nak kita terus lingkup ke?” balas Sarah.

“Betul tu... Tak ada siapa lagi yang sanggup cari jodoh untuk dia. Malah lelaki satu Malaysia ni pun fobia nak blind date dengan dia tu. Dia tu... Digelar perempuan gila tapi kaya.” ujar Nina pula. Tiba-tiba wajah wanita berusia 32 tahun itu bermain di mata. Terus meremang bulu romanya.

“Habis tu? Macam mana dengan anak Tan Sri Hassan. Pemilik Yuhan.” cadang Naim lagi.

“Dia baru berusia 22 tahun. Semua agensi sedang memburu dia. Kau fikir dia akan nampak kita? Lagipun dia masih muda.”

“Dengar sini!” Puan Maria kembali berdiri tegak.

“Tak kira siapa pun. mana-mana VIP atau VVIP yang boleh kita dapat, kita ambil je dan kita buat sampai berjaya!”

Mereka semua mengeluh seperti kehilangan semangat.

“Jangan putus asa!!” jerit Puan Maria

“Belum sampai masa lagi SoulMacth nak gulung tikar. 10 tahun lalu syarikat ni pernah jadi sangat terkenal. Saya pasti akan mengulanginya sekali lagi!” kata Puan Maria dengan bersemangat.

Naim mengambil air kopi di atas meja untuk diminum. “Memang selama ni kita terima semua customer. Malah yang berusia 60 tahun pun. Janji kita dibayar kan?”

“Excuse me...”

Serentak mereka semua memandang ke arah pintu utama sehingga Puan Maria hampir terlompat terkejut. Nina dan Sarah terus ternganga sehinga terlupa untuk menutup mulut. Naim yang sedang meneguk air terus tersembur. Dia terbatuk-batuk sehingga belakangnya terpaksa ditepuk oleh Sarah.

“Are you open?” soal wanita itu sambil melangkah masuk.

Diam.

Wanita itu berdiri tegak di hadapan mereka semua. Penampilannya sangat elegan, wajahnya sejuk seperti ais di greenland. Serius dan tiada riaksi wajah yang boleh dibawa berbincang. Di sebelah wanita itu kelihatan seorang wanita yang lebih muda kemungkinan setiusahanya.

“Ma... Madam Kay!” terketar-ketar Puan Maria ketika itu.

Kamilia terus melangkah ke hadapan sambil melihat ke sekeliling agensi itu. Tanpa dipelawa dia duduk di sebuah kerusi yang sememangnya di khaskan untuk pelanggan.

“Patutlah hampir bungkus. Lansung tak mesra pelanggan...”

“Ohh... Madam! I'm so sorry. Kami cuma terkejut sebab tak sangka madam boleh datang ke Soulmatch. Oh my god, madam. Sarah cepat buatkan minuman!” arah Puan Maria lalu kelam kabut datang ke hadapan Kamilia.

Kamilia menyilangkan tangan ke dada lalu memandang ke arah setiusahanya di sebelah.

“Give it to her...” arahnya.

Lidya terus menghampiri Puan Maria lalu menyerahkan sekeping cek. Puan Maria melihat cek di hadapan matanya dengan mulut melopong dan mata terbuntang.

“Kalau kamu berjaya... Saya akan bayar dua kali ganda. Itu adalah deposit.”

“Ma... Madam. Ini sangat banyak. Saya terima!”

Nina, Sarah dan Naim turut melopong. Tidakkah Puan Maria tahu dengan siapa dia sedang berurusan? Seorang janda yang paling sensasi dengan sikap diktator sebagai CEO AZANI Group. Siapa yang sanggup menjadi suami wanita itu? Sejak tersebar di kalangan VVIP beliau pernah membaling kasut tumit tinggi 5 inci tepat di dahi si jejaka selepas blind date! Dan yang lebih mengerikan syarikat itu juga telah di saman!

“I'm looking for a husband.”

****

p/s: ig - puteri_jacaranda

Share this novel

Saphire
2022-03-06 07:28:04 

alaa knpa lockk

Gee Akan Kurus
2022-02-28 23:55:54 

maaf tanya.. novel ni ada dcetak ke.. mana nk beli

Tony Adam
2020-09-01 19:47:25 

lambat lagi ke nk update....


NovelPlus Premium

The best ads free experience