(Sequel daripada kisah Playdate) 2 tahun pemergian bekas suaminya membuatkan Dian Armila perlahan-lahan cuba mengubah diri dan menanam sifat ketabahan di dalam hatinya meskipun dia tahu dirinya masih lagi belum benar-benar kuat untuk meneruskan kehidupan. Pertemuan empat mata dengan seseorang ketika dia ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas tiga hari bercuti di Pulau Pangkor, Perak telah menimbulkan satu 'tanda' yang agak menghairankan buat dirinya. Lebih hairan dia rasakan saat suatu hari Kak Azi, seniornya meminta tolong untuk menggantikan tempatnya dan perlu ke Pulau Pangkor semula atas urusan kerja. Dan disitu, dia dan gerangan tersebut dipertemukan semula. Apa yang sebenarnya sedang berlaku? Kenapa pula dengan Aeril Hadi? Kenapa lelaki itu sangat kisah dan khuatir tentang dirinya setelah sahabatnya sudah pergi? Adakah lelaki itu mula menyimpan suatu perasaan? Takkan semudah itu. Dian takkan pernah lupakan kisah lamanya sampai bila-bila! Dia takkan ada perasaan pada salag seorang dari mereka. Baik Hadi mahupun Fattah. "You hah Syah, pantang perempuan nampak cantik. Mesti nak try!" Syah...? Siapa 'Syah'? Adakah dua pelanduk serupa atau... "Saya mungkin tak boleh jadi yang pertama seperti dia. Tapi mungkin, saya boleh jadi yang terakhir dan selama-lamanya untuk awak, Dian." @laszentio
View All Chapters (Total 33 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-06-15 1 Replies
Alhamdulillah Dian dah kembaliii .... Thanks Author ....
2023-12-28
Alhamdulillah... Welcome back Laszentino ... Yeayyy nak sambungan ceta Dian dgn Shah .....
2023-08-23
sis please bca komen sy. sy dh bca playdate sgt2 best dlm msa yg sma sedeh sgt ending dia tp bila bca soulmate ni terus hati berbunga2. please smbung blik soulmate????