Series
2074
Terbit setiap hari, pada jam 6.00 petang. Sofia hanyalah seorang pelakon gred C yang suam-suam kuku dalam industri hiburan. Hidupnya sering dihimpit jalan buntu. Dianaktirikan oleh bapa kandungnya, Dato' Liam, dibuli oleh ibu tirinya, Datin Ava, dan sentiasa berada di bawah bayang-bayang kakak tirinya, Evelyn, seorang selebriti gred A yang bongkak. Kerana terdesak untuk menyelamatkan kerjayanya, Sofia nekad merancang satu taktik kotor menggunakan 'ubat tidur' untuk memerangkap seorang pelakon popular di sebuah hotel mewah. Namun, takdir mempunyai rancangan yang jauh lebih ironi. Sofia tersalah bilik, tersalah mangsa, dan tersalah membeli ubat. Bukan ubat tidur yang diperolehinya, melainkan ubat perangsang! Akibatnya, dia terperangkap dalam malam yang penuh ghairah dengan Ariel, seorang CEO muda yang tersangat kacak, dominan, dan berpengaruh dari empayar jutawan keluarga Dato' Albert. Bagi Ariel, malam itu adalah satu keajaiban yang mustahil. Selama 26 tahun hidupnya, dia menderita penyakit misteri, alahan melampau yang membuatkan tubuhnya diserang ruam hebat dan sesak nafas setiap kali menyentuh mana-mana wanita, termasuk kekasih hatinya sendiri, Diana. Namun, malam bersama Sofia membuktikan sebaliknya. Sofia adalah satu-satunya 'penawar' yang membuatkan penyakitnya hilang tanpa kesan! Atas desakan dan ugutan keluarga yang mahukan zuriat, Ariel menjejaki Sofia dan menawarkan satu jalan keluar. Sebuah perkahwinan kontrak. "Berapa banyak duit yang aku perlu bayar supaya kau setuju kahwin dengan aku?" - Ariel "Ini perkahwinan palsu. Jadi, jangan ada sebarang sentuhan fizikal antara kita!" - Sofia "Jangan risau. Aku tak pernah berminat dengan perempuan yang tak beradab, kasar, dan selekeh macam kau ni." - Ariel Bagi Sofia, perkahwinan ini adalah talian hayatnya untuk melepaskan diri daripada rancangan ibu tirinya yang mahu mengahwinkannya dengan Alfie, anak jutawan yang mengalami masalah mental. Namun, kehidupan sebumbung dengan Encik CEO yang cerewet dan bermulut puaka bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap hari adalah medan pertempuran ego antara gadis jalanan yang berdikari dan lelaki korporat yang mementingkan protokol. Apabila perkahwinan yang bermula dengan penipuan, kontrak, dan salah faham ini mula diuji badai, mampukah Sofia bertahan di sisi lelaki yang tidak boleh disentuh itu? Dan bagi Ariel, di sebalik topeng dinginnya, mampukah dia menolak getaran aneh di hatinya setiap kali 'ular kecil' bernama Sofia itu mula mencabar kelelakiannya? "Aku dah cakap... jangan sesuka hati jilat jari kau macam tu lagi. Terutamanya di depan lelaki. Kau ni memang sengaja nak uji aku, kan?" - Ariel
Update 05 July 2026