Series
3853
"LISHA, oh Lisha. Kamu dekat bawah ke?"
Suara mama menjerit sampai tingkat bawa boleh dengar. Pagi lagi ni, mama nak apa?
"Ya, dekat bawah. Tengah tengok TV dengan gemok. Mama nak apa tu?"
Kalau diam, nanti mama membebel.
"Mama nak keluar sekejap. Kamu duduk rumah, jangan pergi mana-mana. Mama ada hal dengan aunty Nina."
Tersenyum-senyum aku bila mama cakap dia nak keluar. Terasa bagaikan dunia ini aku yang punya. Boleh tidur puas-puas lepas ni.
"Mama ada kerja untuk kamu. Hari ini mama nak kamu bersihkan taman belakang. Rumah gemok, cuci guna sabun yang mama dah sediakan tadi. Baju tolong jemur dekat luar. Lap meja bawah tu sampai berkilat. Kasut kemas dekat rak. TV, kasi bersih habuk tu. Mama tahu sebelum mama balik dah settle semuanya."
Argh!
Musnah semua angan-anganku. Ingatkan bolehlah lepak dekat atas. Aleh-aleh mama bagi kerja pula. Bukankah ada bibik?
"Bik Tah mana?"
"Bik Tah balik kampung. Mama lupa nak bagitahu kamu."
"Semua ke nak kena buat?"
"Ya. Semua... kalau kamu tak buat, tak ada duit belanja bulan ni. No hangout with your friend. And mama tak nak belikan beg baru untuk kamu."
Ugutan mama betul-betul buatkan aku nak menjerit.
"Dengar tak mama cakap ni?"
"Ya mama. Lisha dengar." balasku dengan malas.
"Lama ke mama keluar dengan aunty Nina?" soalku sambil menyikat bulu-bulu si gemok. Satu hal pula aku nak kena cuci rumah gemok. Harap-harap dia tak tinggalkan hadiahlah.
"Tak pasti lagi. Aunty Nina nak buat event dekat rumah dia. Nak buat pelancaran baju baru. Nak tak nak mama kena ada dekat sana nak bincang apa yang patut. Kalau kamu lapar, kamu order grab ajelah. Tak pun kamu singgah mana-mana kedai makan dekat seberang sana. Tapi jangan jauh-jauh."
Aku mengeluh.
Aunty Nina ni tak penat ke? Asyik kerja aje. Hari tu baru aje buat majlis dekat KL besar-besaran. Tak sampai sebulan, buat majlis lagi.
Aku geleng kepala.
"Kamu ada dengar cerita jiran tak, yang rumah sebelah kita akan ada orang masuk?"
Aku pandang mama yang sedang turun tangga menghampiri aku.Berkerut dahiku ketika itu.
"Kita ada jiran ke?"
Mama tepuk dahi.
"Itulah kamu... asyik terperuk dekat rumah belakang aje. Bukan nak beramah mesra dengan jiran-jiran kita."
Soalan aku cuma satu, dan mama punya jawapan nak membidas tu berjela-jela.
"Jiran kita semuanya dah tua-tua. Lisha muda, segan pula kalau Lisha join komuniti orang tua-tua berborak. Lisha tak pandai nak mencelah. Kalau diam dan dengar buat apa ikut bersembangkan? Lebih baik Lisha teman si gemok makan dekat belakang."
Mama geleng kepala.
"Lepas ni memang ada jiran baru masuk. Tak silap mama, Bik Tah cakap lelaki bujang."
"Boleh mama mengorat dan jadi papa baru untuk Lisha. Bernas tak idea, Lisha?"
Pap!
Argh!
Aku tahan sakit bila mama ketuk dahi aku guna remote TV.
"Sakitlah mama!"
"Itulah bercakap benda yang bukan-bukan lagi. Dahlah mama nak pergi. Dah lambat."
Aku salam mama dan kucup lembut kekura tangan wanita kesayanganku.
"Jangan lupa settlekan kerja sebelum mama balik."Sempat mama bagi amaran sebelum dia hilang dari pandangan.
Aku baring atas sofa dengan bermalasan.
Kemas rumah?
Malasnya!
"GEMOK! Kau dengar tak aku panggil ni? Sini, makanan aku dah hidang depan mata. Kau intai anak dara siapa? Kau jangan gemok. Jangan cari pasal dengan mama. Tak nak kena sunat, sini makan!"
Penat aku panggil si kucing jantan seekor ni. Tadi bukan main meleseh-leseh dekat kaki aku minta makanan waktu aku cuci rumah dia.
Ni aku panggil, boleh buat pekak pula.
"Meow," baru terkedek-kedek nak datang ke sini.
"Tuhan, tolong lembutkn hati dia..."
Terenjut bahuku bila dengar suara garau menyanyi. Kuat pulak tu nasib baik sedap.Suara radio dari kereta mama ke?Mama dah balik ke?Awal pula. Nasib baiklah aku dah siapkan kerja.
"Untuk terimaku seadanya..."Lagi sekali aku dengar suara orang menyanyi.Tapikan tak silap aku, lagu ni perempuan yang menyanyi dan bukannya lelaki. Siapa pula yang menyanyi petang-petang macam ni?
Aku bangun. Kemudian aku mengatur langkah ke arah tembok pemisah. Ada kereta Pajero di rumah sebelah. Tak akanlah jiran baru tu pindah hari ni? Dan lagi satu bukankah selalu orang masuk lalu pintu depan?
"Aduh, boleh patah pinggang aku macam ni."
Aku dengar suara garau itu mengaduh kecil.
"Along pun satu bukan nak reti tolong adiknya tengah susah."
Dia merungut pula.Macam perempuan.
Aku rasa perasaan ingin tahu siapa jiran sebelah semakin berkobar-kobar. Bukan nak menyibuk tapi bak kata mama kita perlulah beramah mesra.
Tak salahkan? Aku pandang kiri dan kanan nak cari kerusi atau tangga yang boleh untuk aku panjat. Jumpa pun! Laju aku tarik tangga kecil itu dan letak di atas rumput.
Panjat atasnya...
Dan cuba intai-intai siapa jiran baru aku tu.
"Pak cik?" menjerit terkejut aku bila wajah lelaki itu terpampang depan mata.
Lelaki itu hampir terjatuh bila dengar jeritan aku. Nasib baiklah tongkat dia tak terpelanting.
"Kau?"
"Pak cik buat apa pindah sini?" soalku tanpa salam.
"Salah ke aku pindah sini?"
"Siapa cakap salah?"
"Tadi kau cakap kenapa aku pindah sini kan?" Terketap-ketap giginya dengan muka garang.
"Ya. Tapi tak ada pula saya cakap salah." Dalihku dengan muka tak bersalah. Mujurlah mulut aku sempat break tadi. Kalau aku cakap salah, tak ke sia-sia kena maki.
"Muka garang-garang ni, pak cik period ke?" soalku dengan muka selamba.Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
"Kau diam boleh tak? Aku nak buat kerja pun tak senang." Dia jeling tajam pada aku.
Wow!
Jelingan maut dia bagi.
Pergh!
Menusuk ke kalbu.
"Pak cik marah saya lagi ke?"
"Bolah tak jangan panggil aku pak cik? Aku belum tua lagi!"
Marah betul si pak cik sorang ni!
Terkekek aku tertawa di sini.
Ni kalau Aunty Nina nampak muka anaknya bengang, mesti dia pun ketawa sekali.
"Sorang-sorang buat kerja ke tu?"
Dia diam. Masih fokus punggah barang.
"Nampaknya pak cik masih marah saya kan?"
Dia mengeluh halus.
"Aku nak marah kau sebab apa?" soalnya sambil meletak kotak di atas pondok.
"Marah pasal hari tulah. Dekat rumah mummy pak cik."
Dia diam sekejap. Mukanya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.
"Ya. Aku masih marahkan kau. Jadi sila pergi masuk dalam rumah kau dan jangan jadi penyibuk dekat sini." Selamba Uthman menghalau aku.
Aku mencebik. Tak kuasa aku nak menyibuk pasal dia.Baru aku nak turun dari tangga dia memanggil pula.
"Weh,"
Aku pandang dia dengan kening terangkat ke atas.
"Pak cik nak apa?"
Dia merengus halus.
"Boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong angkut barang aku semua ni masuk dalam."
"Mana boleh!" tempik aku tak sengaja.
Matanya terkebil-kebil memandang aku. "Kenapa tak boleh pula?"
"Pak cik kan lebih tua dari saya kan? Sepatutnya pak cik boleh fikir lebih matang. Mana boleh saya datang rumah pak cik. Pak cik tu lelaki bukannya perempuan." Tak pasal-pasal aku membebel.
"Uthman! You dekat mana?" Terdengar suara perempuan memanggil nama lelaki itu.
"Sini kak, dekat belakang." jawabnya sebelum dia memandang aku semula. "Kalau ada perempuan, kau nak tolong aku?"
"Akan dipertimbangkan."
"Okay cun!" Dia tersenyum sinis.
"Sini pun you, dari tadi I cari you dekat depan tak ada pula. Banyaknya barang you. Macam perempuan. Siapa nak angkut masuk dalam ni?" Bebel perempuan cantik itu dengan memek muka tak puas hati.
"Kau tak payah susah hati, kak. Ada budak boleh tolong kau."
Bulat mata aku. Patutlah dia tanya tadi.
"Mana?"
"Tu yang tengah menghendap aku."
Terbeliak biji mataku bila Uthman membuat tuduhan tidak berasa.
Aku pandang wanita di sebelah Uthman. Tajam anak mata perempuan itu memandang aku.
"Hi mak cik." Sapa aku dengan senyuman dibuat-buat.
"Hei, I bukan mak ciklah!"
Share this novel