Episod 7

Action Series 123

Episod 7: Pakatan Gila

Scene 1: Perbualan Rahsia – Mikael & Ismal

(Lokasi: Stor sekolah, lampu malap. Bunyi kipas tua berkeriut. Mikael bersandar di dinding dengan senyum sinis, manakala Ismal berdiri, bersilang tangan, memandangnya dengan renungan tajam.)

Ismal: (Nada skeptikal) "Aku pelik. Kenapa kau tiba-tiba setuju nak bekerjasama dengan aku?"

Mikael: (Ketawa kecil, bahu terangkat) "Cikgu fikir aku ni ada pilihan? Hidup aku bukan macam anak orang kaya lain. Mak bapak aku tak pernah peduli pasal aku. Pindah sekolah ni pun bukan sebab diorang ambil berat... cuma kebetulan."

Ismal: (Mengangkat kening) "Kebetulan?"

Mikael: (Senyum sinis) "Masa aku kena buli dulu, ada pihak berkuasa datang buat spotcheck. Bapak aku terpaksa pindahkan aku sebab nak jaga imej parti dia. Bukannya sebab dia kisah pasal aku."

(Ismal terdiam, mula nampak sesuatu yang lebih besar dalam situasi ni. Dia menyandarkan diri ke rak besi usang di belakangnya.)

Ismal: "Jadi kau dah tahu kenapa aku benci sangat kat kau?"

Mikael: (Senyum sinis, mata tajam) "Mestilah tahu. Cikgu dendam politik 20 tahun lepas kan? Hahahaha..."

Ismal: (Mata mengecil) "Kau tahu banyak benda."

Mikael: (Mengangkat bahu) "Bapak aku mungkin tak kisah pasal aku, tapi aku belajar banyak benda dari dia. Salah satunya, kalau kau nak jatuhkan musuh kau, jangan guna otot... guna akal."

(Ismal tersenyum kecil, tapi tak ikhlas.)

Ismal: (Nada mencabar) "Jadi kita deal nak bekerjasama?"

Mikael: (Mengangkat ibu jari) "Kita buat ikut cara aku. Aku nak kacau mental murid-murid lain, biar diorang bangkit lawan. Kau pula, pastikan orang atasan makin sakit kepala. Jangan risau, status bapak aku akan hancur dengan sendirinya."

(Ismal tersenyum buat pertama kali. Dia sedar budak ni bukan sebarang budak bodoh – dia iblis kecil yang tahu bermain permainan.)

---

Scene 2: Langkah Pertama Revolusi

(Sekolah waktu rehat. Mikael duduk di bangku bawah pokok, sambil memerhati keadaan sekeliling.)

(Sekumpulan murid sedang bergaduh di koridor. Ada yang mencuri makanan di kantin. Guru-guru nampak semakin tak terkawal.)

(Mikael mengeluarkan telefon, menaip sesuatu di aplikasi mesej tanpa nama. Seketika kemudian, beberapa pelajar lain membaca mesej di telefon mereka dan mula berbual sesama sendiri dengan wajah serius.)

Mesej Mikael: "Kau orang tahu tak... ada budak miskin yang kena buang sekolah sebab cikgu pilih kasih? Kau ingat sekolah ni adil?"

(Beberapa murid mula berbisik, rasa tak puas hati mula tersebar.)

Mikael: (Bermonolog dalaman) "Benda paling bahaya dalam dunia ni bukan kekerasan, tapi keraguan. Bila manusia mula ragu dengan sistem, diorang sendiri yang akan jatuhkan sistem tu."

(Mikael tersenyum puas. Sementara itu, Ismal masuk ke bilik Guru Besar.)

---

Scene 3: Guru Besar Tertekan

(Lokasi: Pejabat Guru Besar. Encik Razif Zidin, lelaki berkaca mata dan berpakaian kemas, duduk di mejanya sambil mengurut dahi. Ismal berdiri di hadapannya.)

Guru Besar Razif: (Nada letih) "Apa yang kau nak kali ni, Ismal?"

Ismal: "Mikael. Kita kena buang dia sebelum sekolah ni jadi lebih huru-hara."

Guru Besar Razif: (Menggeleng kepala) "Aku tak boleh. Kau pun tahu siapa bapak dia."

Ismal: (Nada sinis) "Jadi kau rela tengok sekolah ni musnah?"

Guru Besar Razif: "Aku tak ada pilihan. Aku tak boleh buat keputusan terburu-buru."

(Ismal mengetap gigi, tangannya mengepal. Dia tahu Guru Besar terlalu takut untuk bertindak.)

(Ismal keluar dari pejabat dengan wajah tegang, manakala di luar, murid-murid semakin kecoh. Mikael duduk bersandar di pagar sekolah, tersenyum sambil melihat situasi yang semakin panas.)

---

Scene 4: Pertemuan Semula – Mikael & Ismal

(Malam. Lorong belakang sekolah. Mikael sedang duduk di tangga kecil, menghisap lolipop, sambil menunggu.)

(Ismal datang, berpeluk tubuh. Wajahnya serius.)

Ismal: "Guru Besar takkan buang kau. Dia terlalu penakut."

Mikael: (Senyum kecil) "Aku dah agak."

Ismal: "Jadi apa langkah seterusnya?"

Mikael: (Memandang ke langit, ketawa perlahan) "Sekarang kita buat benda yang cikgu paling suka..."

(Ismal mengangkat kening, menunggu jawapan.)

Mikael: (Senyum gila) "Kita kacau mental semua orang!"

(Ismal terdiam, kemudian tersenyum tipis. Revolusi sekolah baru sahaja bermula.)

---

Ending Episod 7:

Mikael & Ismal kini jadi sekutu rahsia.

Revolusi sekolah mula perlahan-lahan terbentuk.

Murid-murid semakin ragu dengan sistem sekolah.

Tapi… siapa sebenarnya yang main siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience