Rate

BAB 3

Romance Series 5086

"Tengku Muiz Syahmi Bin Dato' Hisham "

"saya"

"Aku nikah kan dikau dengan Engku Anis zulaikha binti Dato' Putra dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Engku Anis Zulaikha binti Dato' Putra dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai"

"Saksi , sah?"

"SAH !"

"SAH !"

"SAH !"

"Alhamdulillah , kahwin jugak anak kita " kata Datin Laila kepada sahabat susah senang nya .

" Haih macam tak percaya yang anak kita dah kahwin " jawab Datin Zahlia .


Engku Anis bagai tidak percaya dengan sekali lafaz sahaja dia sudah sah menjadi seorang isteri kepada Tengku Muiz iaitu anak kepada sahabat baik mommy nya.

"Pengantin lelaki boleh pergi sarung cincin kepada pengantin perempuan " arah tok kadi

Tengku Muiz berdiri menuju ke arah isteri nya .

Jantung Engku Anis berdebar - debar dengan kehadiran Tengku Muiz di sebelahnya , ia sedikit gugup kerana sebelum ini tidak pernah bersentuhan pada mana - mana lelaki selain daddy nya .

Engku Anis menghulur kan tangan nya kepada Tengku Muiz .

Tengku Muiz pun menyarungkan cincin mahal itu ke jari manis Engku Anis yang lentik dan putih itu.

Bergema dewan itu dengan tepukan gemuruh oleh semua saksi .

" Pengantin lelaki sila cium dahi pengantin perempuan untuk sesi bergambar " pinta jurugambar itu .
Tengku Muiz tanpa ragu mencium dahi mulus sang isteri "

MAJLIS pernikahan itu sudah berakhir pada jam 12 malam . Pengantin di minta ke bilik mereka untuk membersihkan diri dan tidur .

Pintu bilik itu ditolak perlahan . Terkejut Engku Anis tatkala melihat Tengku Muiz sedang bertuala di pinggang nya sehingga 'SIXPACK' miliknya terdedah .

" Dah puas tengok ? " soal Tengku Muiz yang melihat isterinya tak berkelip memandang nya .

Engku Anis tersedar dari lamunan nya tadi . "M-mana ada s-saya tengok , perasan " balas Engku Anis . Malu agaknya ditegur oleh Tengku Muiz .

Tengku Muiz melihat isteri nya yang kesulitan hendak mencapai tuala . Dia bangun dari katil dan mengambil tuala itu untuk isterinya .

" Pendek , tu pun tak sampai " lantang mulut Tengku Muiz berkata .

" Eh saya ni dah tinggi , awak tu yang terlebih tinggi , cili mulut tu baru tahu " bebel Engku Anis .

Tengku Muiz melepaskan tawanya kerana melihat Engku Anis yang hanya setara bahu dengannya itu sedang membebel . Haih comel pulak dia ni .

"Eh gelak pulak dia , tepi la tinggi , ' PENDEK ' nak mandi " sengaja perkataan 'PENDEK' itu ditekankan oleh Engku Anis .

Tengku Muiz hanya tersenyun dan menggeleng kepala melihat telatah Engku Anis .

USAI mandi Engku Anis mengeringkan rambutnya dengan hair dryer dan menyapu krim ke leher putih nya .

Tengku Muiz memandang isteri nya dengan tatapan aneh . Dia juga lelaki normal yang ada nafsu .

"Kenapa awak pandang saya macam tu ? " soal Engku Anis

" Kenapa tak boleh ke nak pandang isteri sendiri ? " soalan berbalas soalan .

"tak boleh " jawab Engku Anis selamba .

Engku Anis menuju ke katil mereka . Tengku Muiz melihat apa sedang dibuat isteri nya .

" Ni sempadan kita , kalau awak lebih siap awak ! " kata Engku Anis yang meletakkan bantal di antara mereka .

" Sekarang ni siapa yang lebih , hm?"

Engku Anis melihat yang dirinya telah melewati sempadan yang dibuat antara mereka .

Anis Anis , kau yang buat batasan kau juga yang langgar .


Engku Anis tidak mempedulikan suaminya itu dan terus melelapkan matanya.

Tengku Muiz juga ikut terlelap melihat isterinya yang sudah kelihatan lena dibuai mimpi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience