Elvira merenung dalam-dalam ke cermin, wajahnya terpancar kecantikan yang sederhana dengan sentuhan solekan yang lembut. Hatinya berdebar kencang, bukan kerana kegembiraan, tetapi kerana keraguan yang bermaharajalela. Di sebalik senyuman yang diukirnya, tersembunyi seribu satu rasa. Dia teringat kembali pada permintaan ibu tirinya, Puan Sarah, wanita yang menjaga dan mengasihinya tanpa syarat sejak pemergian ibu kandungnya dalam kemalangan tragis dua tahun lalu.
"Ibu, betulkah ini keputusan terbaik untukku?" bisiknya perlahan dalam hati. Keraguan dan kecemasan mengaburi fikiran, namun kebaikan dan pengorbanan ibu tirinya sukar untuk diabaikan.
"Elvira, mari turun. Majlis perkahwinan kau dah nak mula," kata Nuffa, sahabat baiknya sejak kecil, yang sentiasa berada di sisi, menjadi pendengar setia kepada segala keluh kesahnya.
"Nuffa, kau rasa betul ke keputusan aku ni?" tanya Elvira, suaranya hampir berbisik. Matanya memohon jawapan yang pasti, namun dia tahu tiada siapa yang benar-benar boleh menjawabnya selain dirinya sendiri.
"Aku tak tahu, Elvira. Tapi mungkin kau akan bahagia?" Nuffa cuba memberi semangat. Dia sendiri tidak pasti, tetapi sebagai sahabat, dia hanya mahu yang terbaik untuk Elvira. "Dahlah, jom turun. Majlis dah nak mula tu."
Cantik. Itu sahaja yang mampu diucapkan Elvira apabila melihat pelamin yang terhias indah, dengan bunga mawar biru dan putih, kesukaannya. Setiap detail dipilih dengan teliti oleh Puan Sarah, menjadikan hari ini tampak sempurna di mata orang lain.
"Elvira, cepat duduk. Majlis dah nak mula," kata ibu tirinya, mematikan lamunannya. Senyuman manis terukir di wajah Puan Sarah, penuh dengan harapan dan kebanggaan.
"Tengku Syafiq Zachary bin Tengku Syafwi Zachary," panggil tok kadi dengan nada tegas namun bersahaja.
"Ya, saya," jawab lelaki itu dengan tenang dan yakin, matanya memandang terus ke arah Elvira.
"Aku nikahkan engkau dengan anak perempuan aku, Tengku Elvira Adelien binti Tengku Muhammad Ismail, dengan mas kahwinnya sebanyak 10 ribu ringgit tunai," lafaz tok kadi dengan penuh adat dan kesungguhan.
"Aku terima nikahnya Tengku Elvira Adelien binti Tengku Muhammad Ismail dengan mas kahwinnya sebanyak 10 ribu ringgit tunai," jawab Tengku Syafiq dengan sekali lafaz, suaranya mantap dan meyakinkan.
"Sah."
"Sah."
Dengan sekali lafaz, Elvira telah menjadi milik Tengku Syafiq Zachary. Hatiku bergetar, namun senyuman tetap terukir di bibir. Dalam sekelip mata, dunia Elvira berubah. Dari seorang gadis yang kehilangan ibu, kini dia menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sepuluh tahun lebih tua.
Majlis perkahwinan antara Elvira dan Syafiq berjalan lancar. Usai sahaja selesai membatalkan wuduk dan solat, para tetamu dibenarkan untuk menjamu selera. Senyuman dan ucapan tahniah tidak putus-putus diterima, namun di sebalik keriuhan itu, hati Elvira masih bertanya-tanya. Adakah ini jalan terbaik untuknya? Adakah dia akan menemui kebahagiaan yang dicari, atau akan terperangkap dalam ikatan yang tidak diingininya? .
Share this novel