Kyokan

Action Series 252

"Yo! Dah bangun?"
Celik sahaja mata, Mizuki mendapati dagunya tenggelam ke bahu Daisuke. Pemuda itu mengendong dia di belakangnya meredah hutan. Anehnya bahu lelaki itu agak basah, dalam masa yang sama dagunya juga terasa dingin apabila disentuh udara, air liur basi.
"WAAAHHH!!! TURUNKAN SAYA! TURUNKAN SAYA!!!"
"Okay okay faham faham! Hahaha, aku tak kisah pun dukung kau sampai ke rumah"
Daisuke berseloroh.
"Waaa- bukan tu masalahnya sekarang!!"
Balas Mizuki, mukanya merah padam akibat malu.

"Apapun baguslah kalau kau dah bertenaga semula. Rekod baru ni, belum cukup sejam sejak kau pitam"
Melihat Mizuki masih berusaha untuk berdiri tegak, dia menghulurkan tangan namun ditepis perlahan oleh gadis tersebut
"Saya okay je. Hmh! Penerangan awak ni bikin salah faham je, awak kata jasad fizikal saya takkan cedera, tapi awak tak cakap pun saya masih akan rasa sakit! Kalau bukan sebab tu, saya dah dapat tangkap hantu tu"
Sedikit mengomel.

Namun bukan kata makin bersalah bahkan lagi terhibur pemuda tersebut dengan balasan Mizuki itu.
"Itulah, aku dah kata jangan lawan pelesit tu tapi kau banyak akal. Memanglah sakit kalau hilang tangan, itu kau tak tahu pasal Reichitsu pun memang dah jelas"
Sindir Daisuke.
"Tapi hari tu awak pun hilang tangan jugak! Tak nampak sak- ke memang sakit sepanjang masa tu?"
Mizuki kurang sakit hati dan bertambah ingin tahu pula, namun pemuda itu diam sahaja, hanya senyuman sebagai jawapan.

"Hmm teknik kau pun ada masalah jugak, salah satu sebab kau terpaksa tanggung semua tu"
Mendengar leteran itu Mizuki cuba mempertahankan tindakannya
"I-itu dah tentulah! Dah baru kali pertama saya cuba teknik tu!"
"dan sebab tulah aku bagi amaran awal"
"Eughh..."
Daisuke masih tersenyum namun lebih tegas kali ini. Merasa agak bersalah, Mizuki mengubah topik perbualan
"Apapun... apa maksud awak teknik saya salah? Kalau kena cara boleh jadi tak sakit ke?"
Menurut arus perbualan tersebut, Daisuke mengambil peluang untuk mengajarnya lebih lagi tentang
"Reitai. Tubuh rohani yang menggantikan jasad kau beserta dengan kelebihan yang datang daripada sifat dan bahan ZB. Bagaimanapun, tubuh rohani tetap sebuah tubuh, ia perlukan organ dan sistem lain untuk berfungsi. Sepertimana otak kau masih berfungsi dalam Reitai, banyak organ lain juga turut sama aktif dalam bentuk tu termasuk saraf-saraf kau."

"Apabila kau membentuk Reichitsu dalam keadaan tubuh kau belum sempurna, otak kau anggap bentuk yang baru tu sebagai sebahagian daripada tubuh ZB kau, jadi apa-apa organ atau saraf yang terbawa sekali akan masuk juga ke bentuk baru tu. Ibarat macam kau penuhkan satu botol dengan air, apa saja ruang yang ada ia akan isi. Bila kau buat macam tu, kau dah tambah sebahagian tubuh kau sekali dengan semua deria tu"

"Hah...? Saya tak berapa faham tapi macam tak masuk akal la. Kenapa pulak Reitai masih perlukan organ manusia?"
"Itu sebab..."
Belum sempat dia sambung pelajaran tentang Reitai, Daisuke terlihat sesuatu di hadapan mereka
"sambung hari lain lah ye, kita dah sampai"
Dia menunjuk ke arah sebuah pondok kayu yang terbengkalai di tengah-tengah hutan. Bangkai sebuah gerai surat khabar lama bercantum dengan hentian bas yang sudah ditinggalkan. Seorang lelaki tua berdiri di belakang kaunter gerai tersebut, menyapa mereka dengan senyuman. Walaupun kedua mata pakcik itu ditutup dengan kain balutan, dia masih boleh "melihat" mereka berdua datang.

"Tok Ki, aku ada sesuatu untuk kau"
Daisuke menyapa selamba, nampaknya dia dah kenal dengan pemilik kedai di tengah-tengah hutan ini.
"Oh, apa ni? Budak mu ke?"
"Tak, klien saja dari kes lain, lagi selamat bawa dia sekali. Mizuki, ni Tok Ki, Tok Ki, Mizuki"
"S-selamat berkenalan, En. Tok Ki...!"
Agak spontan.
"Hoi hoi, mu je yang panggil kite lagu tu, salam kenalan juga ya, cik adik. Silalah tengok-tengok apa yang berminat"

Sedang Daisuke berurusan harga buruannya, pelesit yang ditempur mereka di sekolah tadi, dengan lelaki berkenaan, Mizuki asyik mencuci mata dengan barang-barang di dalam kedai tersebut. Pelbagai barang aneh dan ganjil yang dipamerkan, setiap satunya makin pelik lebih lama dia tengok. Anggota badan yang dikeringkan, haiwan kecil yang dibekukan, organ dalam balang, sejenis cairan yang mencurigakan dalam bikar dan botol, semua benda-benda pelik yang boleh dijumpai dalam rumah bomoh atau saintis gila atau bomoh saintis gila. Dia nampak Daisuke menghulurkan sebuah botol kaca kecil kepada orang tua itu. Di dalamnya adalah makhluk ghaib yang dia macam kenal
"Benda tu... yang dekat sekolah tadi...?"

"Oh satu lagi, Kyokan tu berat sangat lah Tok Ki, tak ada yang ringan sikit ke?"
Daisuke mengadu.

"Hmm takde pulak orang ngadu pasal cukai Reichi die belum ni. Dia berat sebab dia makan Reichi mu je lepah tu buat Kyokan dari tu. Pelanggan kite yang dok biasa beli masih suka hok ni lagi dari yang satu lagi"

Dia meletakkan sesuatu di atas kaunter, kepala ikan. Bukan, sebilah pisau yang menggunakan kepala ikan sebagai hulu, dengan dua biji mata yang tak sepadan, macam diambil dari dua haiwan berbeza. Dilihat lebih teliti, 'bilah' pisau itu sebenarnya adalah lidah yang dibekukan, seakan-akan lidah ular.

"Mungkin mu boleh cuba hok ni, boleh kesan Reichi sekita'nya dan tuka' jadi Kyokan daripada pakai sepenuhnya Reichi mu. Ringan sikit tapi lagi susah pakai jadi depa tak suko sangat. Mu mungkin lagi mudoh pakai ni"
"Baik aku ambil yang ni. Citer sikit macam mana nak guna"

Orang tua tersebut menerangkan bagaimana alat itu memerlukan pengguna mengawalnya untuk membuka Kyokan dan memerlukan lebih perhatian, tumpuan dan kepakaran, menjadikannya kurang popular dengan pelanggan biasanya yang kebanyakannya adalah hantu juga. Mereka rata-rata mempunyai lebih banyak ZB dari manusia sebab tulah mereka lebih suka versi yang berat untuk ZB dari yang berat untuk otak.

"Okay cukup dah ni. Aku cau dulu!"
"Baik seronok urusan dengan mu! Satu gi, nanti jaga sikit, kite denga' ado Reichi dok bagus sekita' ni dok kacau orang sini, sampei Chiikikou pun tak senang duduk"
"Tch"
Daisuke berbisik perlahan.
"Baiklah, kitorang jaga-jaga. Terima kasih untuk amaran tu, Tok Ki"
Balas Daisuke sambil membelakangi orang tua itu dan melambai pergi.
Lelaki tua itu hanya tersenyum.

Selepas agak lama sikit berjalan, Mizuki membuka perbualan.
"Penting sangat ke Kyokan ni?"
Dia berminat selepas terdengar perbualan di kedai tadi.
"Hanya kalau kau kisah pasal alam fizikal. Kyokan ni memudahkan kau lindungi bahan fizikal sedia ada dan menggantikannya dengan bahan ghaib sementara. Dengan cara ni, apa-apa kerosakan dari pertempuran dalam Kyokan tak ganggu dunia luar, sama ada benda hidup atau tak"
Begitu rupanya..., macam tu rupanya kejadian di sekolah tadi.. tapi Tok Ki tu memang bertimbang rasa untuk lindungi dunia manusia la kan, sebab dia yang jual benda tu"
Persepsinya terhadap orang tua itu bertambah baik.

"Itu cuma peniaga yang cari untung. Padahal Persatuan yang tetapkan undang-undang untuk kurangkan kerosakan ke atas alam fizikal ni"
"Apa satu?"
Mizuki agak ketinggalan mendengar penerangan dia.
"Ah silap aku, dekat-dekat sini, kalau tak silap aku diorang panggil Majinkyotai kan? Ringkasnya macam polis lah untuk pastikan hantu-hantu ni tak buat kacau"
"Kacau, maksud awak macam dekat sekolah tadi? Sebab dia ganggu manusia?"

Daisuke agak terpinga-pinga, macam susah dia nak jawab
"Hmm sebenarnya lagi rumit dari tu... Tapi buat masa ni yalah, hantu yang buat masalah banyak sangat akan tarik perhatian Persatuan tu dan mereka akan letak ganjaran untuk hantu lain, atau aku, untuk tangkap hantu tu"
Dia masih menggaru kepalanya semasa penjelasan itu, semacam dia pun tak yakin dengan penjelasannya sendiri.
"dan mereka ni yang kisah sangat pasal keseimbangan dan peraturan jadi mereka buat undang-undang supaya proses buruan tu tak kacau dunia manusia"

"Hebatnya! Jadi awak ni macam pemburu upahan lah ya!"
Matanya bersinar.
"Boleh kata macam tu lah untuk sementara, cepat sikit buat duit walaupun kurang stabil. Pun begitu, pemburu dari kalangan manusia ni hampir tak ada langsung, jadi aku kurang sikit saingan. *keluh* mungkin sebab tu Tok Ki bagi aku yang berat tu"

"Oh saya tahu, biar saya jadi pemburu jugak! Jadi awak boleh ajar lawan dan buru mereka dan saya tolong awak memburu"
Ujar Mizuki, teruja. Sebaliknya Daisuke nampak was-was sahaja
"Kau- dengar sini ya. Pelajaran kau macam mana huh? Kau tak dengar ke aku cakap cara ni cepat tapi kadangkala tak boleh harap. Baik kau belajar rajin-rajin dan cari kerja yang SEBENAR"
Dia meleteri gadis itu sambil mencubit pipi ZBnya, menariknya melampaui batas manusia.

Namun Mizuki melawan dan mempertahankan keputusannya
"Saya kejar dua-dua. Saya boleh belajar sungguh-sungguh semasa dalam kelas dan mula memburu setelah tamat waktu sekolah, kemudian jual dekat Tok Ki untuk buat duit lebih. Lagipun..."
Dia menarik dirinya jauh dari serangan Daisuke.
"Kan saya dah cakap haritu, saya nak lawan mereka. Saya dah penat larikan diri. Dan awak kena tolong saya capai misi ni."

Daisuke agak terkedu dengan tekad dia. Dia nampak lebih yakin dengan gadis itu walaupun sebelum ini dia seperti kurang percaya.
"Jadi kau memang serius la pasal tu... haih, dah kena sakit macam tu pun kau masih... baiklah. Aku kena bagi amaran awal tau, memang kau kena kerja keras, dan dengar cakap aku"
Arah Daisuke, agak terpesona dengan tekad gadis itu.
"Baik, tok guru! saya akan cuba yang terbaik!"
Dengan terujanya dia melantik dirinya sebagai anak didik Daisuke.
Pemuda itu hanya mampu mengeluh,
"Kau terlebih bersemangat ni lagi risau pulak aku..."
Teringat kembali ke mana semangat gadis itu membawanya di sekolah tadi.

Tidak lama kemudian mereka tiba di rumah Mizuki.
"Baik dah sampai, awal jugak kau harini ya"
Mizuki hanya mengeluh mendengar kata-kata Daisuke itu
"Ughh betullah... Mak ada cakap dia akan ambil saya terus dari sekolah setiap hari kalau saya balik lambat lagi harini..."
"Owh? Kau tak nak ke macam tu?"
Dia menyindir.
"Tak naklah! Malu lah dah tua bangka masih perlu mak ambil lagi.. dah la duduk dekat je! Saya.. uhh tak nak bayangkan pun pasal tu, saya masuk dulu lah, jumpa di sekolah esok!"

Dia cuba menamatkan perbualan itu di situ sambil bergegas masuk ke dalam
"Baiklah. Oh satu lagi Mizuki kun-"
Panggilan Daisuke menghentikan langkahnya di pintu rumah
"Jangan percaya sangat orang tua tu"
Katanya, agak serius.

"Eh?"
Namun belum sempat dia selidik lebih lagi dia terdengar suara ibunya memanggil dari dalam. Apabila Mizuki menoleh semula ke pagar rumah dia dapati Daisuke sudah tiada. Pintu rumah pun terbuka
"Mi? dah balik ya!"

Extra chapter sikit hehe. minggu depan masuk Arc baru huhu ada tertinggal sikit haritu, ni yg dah siap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience