Series
834
“Mama, aku sakit. Papa aku perit... Korang kat mana?” seru gadis ini. Mia Arishah,gadis muda yang baru berusia 19 tahun yang disahkan menghidapi tekanan perasaan atau dipanggil depression. Dia pada saat ini amat memerlukan bantuan dari orang tersayang namun, malangnya orang tersayangnya telahpun pergi.
Other side
“Apa nak jadi dengan kamu! Asyik bergaul dengan budak-budak tak senonoh tu! Tahu tak kamu waris papa. Kamu bakal mewarisi harta dan syarikat papa. tapi dengan perangai serupa setan kamu ni, susahlah papa nak harapkan kamu.”
lelaki yang dimarahi hanya terdiam. Hariz Iskandar,pemuda yang merupakan anak bongsu kepada pemilik syarikat ternama itu sepertinya sudah muak dengan perkataan “mewarisi” bagi pemuda seperti dia, apa yang dimahukannya ialah kebebasan dan keseronokan. Kerana sering dikongkong oleh keluarga membuatkan pemuda ini sedikit memberontak.
“Papa,dahlah... Hariz muda lagi. Belum matang. jangan berkira dengan dia.” kata si sulung. Hafiz Ideris,anak sulung Dato'Hazrul Izwandi. Menjadi pensyarah di sebuah universiti dimana tempat adiknya belajar.
“Oi anak yatim piatu!Sini kau!”—Hariz Iskandar
“Adakah kelahiran aku suatu kesalahan?Kenapa harus aku yang menerima semua kesakitan dan kesengsaraan ini?”—Mia Arishah
“Sabarlah cik Mia,Tuhan memberi ujian ni pada awak ada sebabnya.Selalukanlah berdoa dan minta bantuanNya.”—Hafiz Ideris.
Share this novel