Rate

bab 1

Romance Series 3540

kedengaran sayup azan subuh memecah hening suasan subuh. aku dengan bingkas bangun mencapai kunci bilik di atas meja belajar lalu menuju ke kamar milikku di aras 2. aku memulas tombol pintu kamarku. melihat dia katil kosong tanpa penghuni. nampaknya roomate aku x balik semalam bisik hatiku. lantas tanpa membuang masa aku mencapai tuala biru milikku yang tersidai di balik almari pakaian dan menuju ke birai pintu untuk mengambil bakul mandi yang terisi didalamnya peralatan mandi. aku melangkah terus ke kamar mandi nombor 2. kerana kamar mandi yang lain masih digunakan orang. usai mandi, aku terus menghamparkan sejadah merah jambu yang mama belikan di perda sebelum mama dan babah berangkat pulang ke Sabah.

sesudah aku selesai solat. aku bersiap sedia untuk pergi ke kuliah pagi itu. dengan perut yang kosong aku melangkah ke dewan kuliah yang berada di aras 1. pagi itu kelas mathematics engineering 1 bersama puan ain. ya aku budak mechanical engineering semester 1.

***

'weh Bah jom makan sat gi hang nak kena pi kem kat bendang man kan? isi sat perut hang tu. jom aku teman hang makan kat kantin' terpa anis dari belakang. aku mengangguk tanda setuju.

'anis aku nak cakap sikit ni. aku kena pi kem dalam 5 hari kot, kahmis hingga isnin. so aku nak minta pertolongan kau untuk catatkan untuk aku apa yang kelas aku tinggal. so balik nanti aku catch up kat kau' pintaku perlahan. anis hanya mengangguk sambil menyuapkan nasi putih dan ayam goreng ke dalam mulutnya.

jam sudah menunjukkan pukul 1.30 p.m. aku harus ke garage bas untuk berkumpul bersama rakan-rakan aku yang terpilih untuk menyertai kem pada kali itu. pada awalnya aku menolak untuk menyertai kem tersebuat. namun aku dipaksa oleh kakak senior itu untuk menyertai juga kem tersebut. aku akur dan terpaksa mengorbankan masa kuliah demi kem tersebut.

bunyi bas berderum. aku berat melangkah kaki untuk masuk ke dalam perut bas tersebut. perjalanan untuk ke bendang man memakan lebih kurang sejam lebih. sempat aku melelapkan mata dan merehatkan minda seketika. mungkin ini peluang yang Allah ingin sampaikan kepada ku. akhirnya setelah 4 bulan bertarung memerah otak, Allah memberi aku kesempatn untuk merasa nikmat Allah dgn menghantar aku ke kem pada hari ini.

sesampai kami di perkarangan pusat kem itu. masing-masing sibuk untuk mengambil beg pakaian masing-masing untuk masuk ke dalam kamar masing-masing yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. aku bersama 6 org yang lain duduk satu kamar yang mempunyai penghawa dingin. sudah lama kiranya aku tidak tidur di bilik berpenghawa dingin.

***

pagi esoknya, kem bermula dengan sesi pengenalan para facilitators. satu demi satu mereka memperkenalkan diri. hingga seorang itu aku mula fokus pada anak matanya.

'nama abang tengku faiz sani. boleh panggil abang teng'

aku terpukau oleh kelantangan suaranya. dia merupakan president untuk Majlis Pimpinan Negeri Sahabat YADIM Kedah.

hari silih berganti. banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kem tersebut. tibalah masanya untuk perlantikkan ahli jawatan kuasa Sahabat YADIM peringkat Politeknik. aku terpilih untuk menjadi timbalan pengerusi. manakala pengerusi adalah Madnor. pemilihan itu diperhatikan oleh president Sahabat YADIM Kedah sendiri.

'Aqilah! awak orang Sabah ya?' abang teng menyoal.

'ya' jawabku pendek.

aku terkedu seketika. itu merupaka pertama kali kami berbicara sesama kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience