* bagaikan siang tiada mentari.. Bagai malam tiada cahaya purnama.. Tanpa mu tiada erti hidup berdua.. Ke akhir masa kau ku cinta *
Pagi nawfal bangun awal.. Terasa tekaknya loya.. Dia muntah banyak sangat.. Tapi merahsiakan pengetahuan tu dari alyah.. Kerana tak mahu alyah merisaukannya dan merasakan dia terbeban..
'aku bagaikan macam orang mengandungkan anak kecil' kata hati nawfal.
Nawfal mula menaip diarinya...
~Hari ni.. Adalah kali ke 15 aku muntah2.. Aku tahu tanda2 ni.. Tapi belum masanya untuk aku beritahu alyah.. Belum masa yang sesuai untuk aku menceritakan hal ni. Aku anggap ianya perkara biasa..
Bila alyah melihat aku pucat.. Dia sempat memberikan kata2 yang menyakitkan aku.. Kata2nya membuatkan aku tidak mahu merisaukannya dan membebankannya.. Bagi dia aku adalah masalah.. Masalah banyak datang kalau aku sakit.. Jadi aku perlu kuat untuknya.
Walaupun.. Aku tiada di matanya.. Aku cukup bahagia bila dia tanyakan khabar aku.. Aku cukup gembira.. Yang dia masih ingat yang aku ni adalah wujud dalam dunianya..
Alyah.. Aku gembira.. Terima kasih.. Hati aku terubat bila kau bertanyakan khabar aku..
Tapi tu cuma sekejap.. Kau mula menyalahkan aku.. Semuanya menjadi putaran alam.. Aku adalah penyebab kau susah.. Aku terima kata2 tu alyah.. Kerana kau.. Yang aku ada seorang..!~
Nawfal save file diari tersebut. Dia mula bangun melihat keadaan rumah yang sangat bersepah2.. Dia terlihat.. Alyah yang tidur di ruangan depan.. Nawfal terbau arak di baju alyah.
'dia minum arak ke..?' kata hati nawfal.
Dia tidak endahkan.. Dia mula mengemas rumah tersebut.. Basuh pinggan.. Basuh baju.. Kemas bilik dan lain2nya.
* bagaikan syurga tanpa bidadari... Kau ibarat hembusan nafas terakhir.. Pulanglah sayang usah kau berpaling.. Di sini ku pasrah menanti *
Nawfal mengambil telefon bimbitnya, kerana berdering berkali2.. Dia melihat di skrin telefon bimbit milik alyah... Tertera 'my crush roy'.
'Roy..?' balas nawfal.. Dia mengingati balik siapa Roy ni.. Bila diingatkan semula.. Dia adalah bekas kekasih pada alyah.. Tapi kenapa masih 'crush'.
Belum sempat dia mengangkat panggilan tersebut.. Telefon bimbit tersebut dirampas oleh alyah.. Yang dah berjaga dari tidur.
"this is my life.. You are nothing to bother.. Who I like..!" balas alyah bengang.
Dia mengambil begnya dan pergi dari situ.
'alyah..! I'm waiting for you to see it in future.. What did you do now... but still I forgive you.. Privasi tak boleh sentuh.. Sorry I forgot.. ' kata hati nawfal.
Nawfal menantikan kepulangan alyah dengan sabarnya.
Share this novel