Rate

BAB 1

Drama Completed 479

"Im, sampai sini jak hubungan kita. Sya dah tak boleh teruskan hubungan ni lagi", kata Darlisha.
"tapi kenapa Sya. apa salah Im pada Sya? Im tak boleh nak putuskan hubungan ni. Im sayang sangat kat Sya. Sya tak sayang Im lagikah?, kata Imtiyaz kepada Darlisha.
"maafkan Sya, Im." kata Darlisha. lalu Darlisha pun pergi meninggalkan Imtiyaz yang terpaku di situ.
'Maafkan Sya, Im. Sya sayang kat Im, tapi Sya tak nak Im kecewa kelak.' kata Darlisha sambil menangis.
"Darlisha! Darlisha! Darlisha! jangan tinggalkan Im" teriak Im. tapi kata-kata Imtiyaz hanya bagai menuang air ke daun keladi. Darlisha langsung tidak berpaling pada Imtiyaz lagi.

sudah gelap sebulan Imtiyaz dan Darlisha berpisah. sudah puas Imtiyaz menghubungi kekasih hatinya, Darlisha. Tetapi setiap kali Imtiyaz menefon Darlisha, ibu Darlisha mengatakan Darlisha tiada, Darlisha keluar rumah dan pelbagai alasan lagi.
'kenapa Sya dera perasaan Im??? Sya tahukan Im sayang sangat kat Sya. Tetapi kenapa Sya sanggup tinggalkan Im? Apa salah Im pada Sya?' rintin hati Imran.
kali ini Imtiyaz tertekad untuk ke rumah Darlisha Tujuannya hanya satu iaitu mencari kekasih hatinyya. tetapi apabila dia sampai di sana, hanya keluhan berat yang mampu dilepaskannya. Darlisha dan keluarganya telah berpindah ke tempat lain. Imtiyaz cuba untuk menghubungi Darlisha, tetapi talian itu tidak digunakan lagi. betapa kecewanya hati Imtiyaz ketika itu hanya tuhan yang tahu.

Imtiyaz bertanya kepada rakan-rakan Darlisha sekiranya mereka tahu di mana Darlisha berada. tetapi rakan-rakan Darlisha juga tidak mengetahui keberadaan Darlisha sekarang. badan Imtiyaz kian susut selepas berpisah dengan Darlisha. ibu Imtiyaz berasa amat sedih dengan keadaan anak kesayangan itu. lalu, ibu Imtiyaz menyarankan agar Imtiyaz keluar untuk menghirup udara yang segar.

adik Imran, Marlia pun membawa Imtiyaz pergi bersiar-siar. tetapi mood Imtiyaz tetap sama. sepatah ditanya sepatah dijawabnya.
"alang, kenapa alang jadi macamni? mana alang yang dulu? Marlia rindu pada alang Marlia yang dulu, alang yang sentiasa ceria, lawak, mana diri alang yang dulu? hanya kerana perempuan alang jadi macamni? alang, banyak lagi perempuan kat dunia ni. bukan hanya kak Darlisha saja kat dunia. sedarlah alang. dah 2 bulan kak Darlisha tinggalkan alang." ujar Marlia sambil menahan sebak.
"Marlia tak tau perasaan alang. Marlia belum pernah rasa macam yang alang rasa sekarang. alang sayang sangat kat Darlisha. tetapi Darlisha sanggup tinggalkan alang tanpa satu jejak sekalipun. alang sedih, Marlia " ucap Imran.
"alang", ujar Marlia sambil menangis.

Saat Imtiyaz dan Marlia keluar dari restoran, Imtiyaz terlihat kelibat Darlisha lalu mengejarnya. Marlia yang tergamam dengan tindakan abang pantas mengejar Imran. kini barulah Marlia faham mengapa abangnya tiba-tiba berlari. rupa-rupanya Imtiyaz ternampak Darlisha. Namun Darlisha tidak keseorangan, sebaliknya ada seorang jejaka tidak dikenali di sisi gadis itu.
"Darlisha", ucap Imtiyaz dengan nada yang sayu.
Darlisha yang terdengar namanya disebut lantas berpaling mencari suara itu. alangkah tergamamnya Darlisha apabila mendapati suara itu rupa-rupanya suara Imran.
"Imran. apa Im buat kat sini?, ujar Darlisha.
"Im rindu sangat kat Sya", ujar Imtiyaz sambiil mendekati Darlisha.
"Im jangan datang dekat pada Sya", ujar Darlisha.
"tapi kenapa?", ujar Imran.
"sebab nanti boyfriend Sya ni marah." ujar Darlisha. Imtiyaz terkejut dengan kata-kata yang beru diluahkan oleh Darlisha.
"be..ttttuuullll... kaaahhh... iiiniii.. boy..fri..end.. Sya?" ujar Imtiyaz dengan nada yang terketar-ketar.
"iya. ini boyfriend Sya. mari Sya kenalkan. Aqmal, ini kawan Sya, namanya Imran. Imtiyaz inilah boyfriend Sya, Aqmal", ujar Darlisha.
"sampai hati Sya buat Im macam ni." ujar Imran.
"maafkan Sya. Sya tak mampu menepis perasaan Sya pada Aqmal. maafkan Sya" ujar Sya.
Marlia yang mendengar kata-kata Darlisha itu terus naik angin.
"sampai hati betul kak Darlisha buat alang macam ni. alang sayang sangat kat kak Darlisha. semenjak kak Darlisha ringgalkan alang, alang sedih, tahu tak SEDIH!!! kak Darlisha langsung tak ada perasaan. mana perasaan kak Darlisha. sanggup kak Darlisha mempermainkan perasaan alang. kalau Marlia tahu beginilah perangai kak Darlisha, mati hidup balik pun Marlia takkan benarkan kak Darlisha bersama dengan alang dulu", marah InsyMarlia .
"mari alang, kita balik. tak guna bercakap dengan perempuan tak guna ni"

sebaik sahaja Marlia dan Imtiyaz meninggalkan mereka, mutiara jernih mula jatuh dari mata Darlisha.
"salah kah apa yang Sya buat ni, bang? Sya cuma tak nak Im kecewa nanti setelah tau apa yang jadi kat Sya?", rintih Darlisha pada Aqmal.
"Apa yang Sya buat tu tak salah. biarlah dia terluka sekarang daripada dia terluka nanti. dah la tu, mari kita balik", ujar Aqmal memujuk Darlisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience